EDITED VERSION🍒
HATINYA ditambat rasa rindu pada anaknya. Sudah 6 bulan dia tidak menanya khabar anaknya. Macam mana keadaan anaknya? Sihatkah? Macam mana dengan keadaan bakal cucunya? Baik-baik sahajakah?
Helaan nafas lemah dihela. Padi yang tumbuh subur itu menjadi pemandangannya. Puan Marisa tersentak apabila lengannya disentuh oleh Encik Nazir.
"Kenapa ni?"
"Abang, saya rindukan Dhia lah. Saya nak jumpa dengan dia. Saya nak tengok cucu saya macam mana. Sihat ke?" ujarnya sayu.
"Saya pun rindu dengan Dhia. Awak nak pergi sana ke?" soal Encik Nazir.
"Sudah tentulah saya nak." Teruja dia berkata.
"Kalau macam itu, awak pergi kemas barang-barang awak. Kita bertolak kejap lagi." Encik Nazir gembira jikalau isterinya gembira.
"Saya kemaskan barang abang sekali, ya?" terus langkahnya dibawa ke almari. Bajunya berserta baju suaminya diambil lalu dimasukkan ke dalam beg.
Enjin kereta dihidupkan. Beg diletakkan di belakang seat. Pemanduannya ke Kuala Lumpur dimulai dengan bismillah.
NELDYA MASYITAH terjaga setelah merasakan lengan kanannya kebas. Matanya dikalihkan ke arah seorang lelaki yang sedang tidur beralaskan lengannya.
Lengannya digerakkan sedikit sekadar untuk mengejutkan lelaki itu. Lelaki itu terjaga lantas kepala dikalihkan ke arahnya. Neldya Masyitah terkejut melihat suaminya.
Macam mana Ethan Zachary berada di sini? Siapa yang beritahunya? Di mana Eiman? Sepatutnya Eiman yang menjaganya, bukan Ethan Zachary. Hatinya semakin diterpa rasa takut apabila Ethan Zachary memandangnya tajam.
"E-ethan." Dia tergagap.
"Neldya, saya minta maaf atas semua yang saya dah lakukan kepada awak. Saya minta maaf sebab pernah pukul awak, maki awak, dera awak sampai pengsan. Saya silap. Lepas awak pergi, saya rasa sunyi. Saya sunyi tanpa adanya awak. Boleh tak kalau kita batalkan balik perjanjian penceraian itu? Kita jadi macam suami isteri yang lain. Bahagia tanpa derita. Please?" katanya dengan riak muka yang sengaja dibuat-buat sedih.
"Saya takkan maafkan awak."
"Kenapa?"
"Sebab awaklah, anak saya hampir tak ada. Sebab awaklah, anak saya hampir gugur. Sebab awaklah, saya hampir kehilangan anak saya. Awak tak takut ke nak bunuh anak sendiri? Saya penat tahu tak? Saya dah explain dekat awak yang ni anak awak. Saya tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki. Saya cakap, awak tak percaya. Saya penat, Ethan. Apalagi yang awak nak? Oh, saya sedar. Saya ni bukan siapa-siapa bagi awak. Saya nak kita bercerai juga lepas saya lahir nanti. Anak ni awak boleh tengok bila-bila masa saja yang awak mahu."
YOU ARE READING
Cintaiku Setulusnya [SU]
RomanceEthan Zachary memilih Neldya Masyitah sebagai isterinya setelah dipaksa oleh mama dan papanya. Namun, dia tidak melayan Neldya seperti isteri yang sebenar-benarnya. Ethan berkahwin dengan Neldya pun kerana dia tidak mahu jawatan CEO syarikat EZS Hol...