EDITED VERSION🍒
PUAN Marisa dan Encik Nazir melihat sekilas Eiman yang sedang memasukkan beg-beg ke dalam bonet kereta. Hari ini, Eiman dan Neldya Masyitah perlu pulang semula ke Kuala Lumpur kerana Eiman ada hal yang perlu diuruskan.
“Ibu, ayah. Dhia minta diri dulu, eh? Nanti kalau Ethan free, Dhia ajak dia balik.” Kata Neldya Masyitah sebelum kedua-dua tangan orang tuanya disalam dan dicium lembut.
“Hm, yela. Dhia hati-hati kat sana. Jaga diri tau. Jangan lupa solat.” Pesan Puan Marisa.“Awak ni, risau sangat kat anak kita. Dia kat sana ada Ethan. Tahulah Ethan tu nak jaga anak kita. Awak tak payah sibuk.” Kata Encik Nazir selamba sebelum tangannya diangkat untuk melambai kearah anaknya dan Eiman.
“Kenapa pun kalau saya nak suruh dia jaga diri? Dia anak saya. Mestilah saya risau. Kat KL tu macam-macam boleh terjadi tau.” Dahinya berkerut ketika dia berkata.
“Hm, yela.” Encik Nazir mengalah. Dia malas nak berdebat dengan isterinya. Kang ada yang melalut.
Well, like always. Woman always win.
“EIMAN, kita nak pergi mana?” soal Neldya Masyitah ketika kereta Myvi putih milik Eiman selamat sampai di atas jalan raya.
“Erm... buat masa sekarang ni, kita check-in hotel dulu lah macam hari tu. Kau pun tak nak Ethan jumpa kau, kan?” soal Eiman waswas.
Neldya Masyitah lantas mengangguk laju. Dia tidak dapat bayangkan macam mana reaksinya apabila bersua muka kembali bersama Ethan Zachary, suaminya.
“Nanti dah sampai kejut aku tau? Aku nak tidur sekejap.” Pesannya.Eiman hanya berdehem perlahan.
Setelah dua jam memandu, kereta Myvinya sudah sampai dihadapan hotel yang mereka pernah check-in hari tu. Handbrake ditarik. Eiman memandang Neldya Masyitah yang sedang tertidur lena disebelahnya.
“Kau tahu tak? Aku sebenarnya dah lama suka kat kau. Tapi, kau tak pernah nampak aku.” Kata Eiman perlahan sebelum melepaskan nafas perlahan.
Bahu Neldya Masyitah disentuh perlahan sekadar mahu mengejutkan kawannya itu.
“Dhia, bangun lah. Dah sampai ni.”
“Ah? Erm... dah sampai? Rasa macam sekejap je.” Neldya Masyitah menguap perlahan sambil tangannya menekup mulutnya.
Gila lah namanya kalau nak menguap besar-besar. Tak ke dapat malu kalau macam tu? Dah lah depan lelaki kau nak menguap besar-besar.
Begnya diambil sebelum mereka berdua menempah dua bilik. Takkanlah nak tempah satu bilik je, gila ke?
Neldya Masyitah terus masuk ke dalam bilik setelah memasukkan kad yang diberi oleh pembantu hotel kepadanya kedalam bekas nipis yang memuatkan sekeping kad yang terlekat di dinding. Terus terang-benderang bilik itu.
YOU ARE READING
Cintaiku Setulusnya [SU]
RomanceEthan Zachary memilih Neldya Masyitah sebagai isterinya setelah dipaksa oleh mama dan papanya. Namun, dia tidak melayan Neldya seperti isteri yang sebenar-benarnya. Ethan berkahwin dengan Neldya pun kerana dia tidak mahu jawatan CEO syarikat EZS Hol...