CS 11

276 11 4
                                    

HELLO, Ethan." Eiman cuba memulakan perbualan dengan nada yang tenang.

"Hello? Ni siapa?" soal Ethan Zachary di dalam talian dengan dahinya yang berkerut-kerut melihat nombor private yang menghubunginya.

"Ni aku, Eiman. Aku just nak cakap yang aku–"

"Akan pulangkan semula isteri kau. But, kau kena janji dengan aku-"

"Kau kena layan dia dengan baik. Jangan berkasar dengan dia. Dia perempuan. Dia lemah. Dia sekarang ni dekat hospital. Nanti aku send location. So, mark my words, Ethan." Kata lelaki itu tegas.

Lama Ethan Zachary menyepi di dalam talian.

"Hm, baguslah kalau macam tu. Aku ingat kau ni jahat sangat sampai nak culik isteri aku bawa dia kehulu kehilir macam isteri aku tu bujang. Okey, kejap lagi aku sampai." Putusnya.

Eiman mematikan talian lalu menghantar lokasi hospital yang merupakan tempat dimana dia dan Neldya Masyitah berada sekarang.

Dia menghembuskan nafas perlahan. Pintu wad Neldya Masyitah direnungnya dengan perasaan serba-salah.

"Tak kira macam mana pun. Walau seteruk dan sejahat dia, dia tetap suami kau. Maafkan aku."

Dia berasa serba-salah kerana membuat keputusan untuk memulangkan semula Neldya Masyitah kepada Ethan Zachary, suaminya yang sah. Dia hanyalah sekadar kawan sejak sekolah menengah sahaja.

Dia tidak menpunyai apa-apa hubungan istimewa langsung dengan wanuta itu. Jadi, lebih baik dia memulangkan semula wanita itu ke pangkuan suaminya. Dia tidak mahu gara-gara dia, wanita itu mendapat gelaran isteri nusyuz.

Dan dia...

Terpaksa mengundur diri demi kebahagiaan wanita itu.







Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








BILIK wad itu dicari setelah menanyakan keberadaan bilik itu kepada nurse yang berada di kaunter pertanyaan. Langkah kakinya dilajukan lagi apabila matanya menangkap sosok tubuh lelaki yang menelefonnya tadi.

"Eiman, isteri aku ada kat dalam ke?"

"Ah? Haah. Kau pergilah tengok dia sekejap. Lepas itu, aku ada something nak cakap dengan kau."

Terus Ethan Zachary masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan keberadaan isterinya. Matanya melihat ke arah Neldya Masyitah yang masih lena di atas katil itu.

Tangannya naik mengusap wajah pucat itu. Sebelah tangannya pula naik menyentuh perut wanita itu sebelum diusap-usap sehingga menghasilkan tendangan kecil dari dalam perut itu.

"Finally, aku dapat kau semula. After this, aku akan bawa kau jauh dari semua orang, dear. Just wait for it."

"The game will start later." Katanya dengan nada yang sinis.

Cintaiku Setulusnya [SU]Where stories live. Discover now