CS 1

365 16 4
                                    

EDITED VERSION🍒

BAJU pengantin berwarna putih yang disulami manik-manik yang berkilauan itu dipandang dengan rasa gemuruh. Manakan tidak, dia bakal dikahwinkan dengan seseorang yang dia tidak kenal langsung.

     Ibunya, Puan Marisa memberitahunya bahawa lelaki yang bakal menjadi suaminya itu baik, hensem dan kaya. Dia tidak pernah bertemu dengan bakal suaminya kerana semasa dia datang ke rumah ibunya, Neldya tiada di rumah. Dia berada di kolej ketika itu.

     Neldya menggigit kukunya. Memang habitatnya jikalau sedang takut atau gemuruh, pasti menggigit kuku. Dia duduk bersila di atas katil yang sudah dihiasi dengan warna purple berserta kelopak-kelopak bunga mawar yang ditaburkan ke atasnya. Nampak sangat sweet.

     Bunyi pintu dibuka menyentakkan lamunannya. Kepala dihalakan ke arah pintu. Puan Marisa melabuhkan punggung di sebelah anak perempuannya.

     Tak sangka, anak yang dijaga selama 23 tahun akan berkahwin dengan lelaki pilihan suaminya, Encik Nazir. Perkahwinan itu merupakan perjanjian antara Encik Nazir dan Dato Idris.

     Dato Idris mahu Neldya menjadi menantunya kerana mahu membalas jasa Encik Nazir yang sudah menolongnya dalam membangunkan syarikat EZS Holding. Tanpanya, mungkin syarikat yang dibinanya akan merosot dan muflis.

Tangan Neldya dipegang lembut oleh Puan Marisa. Neldya Masyitah terkebil-kebil memandang ibunya.

“Lepas ni, Dhia dah jadi isteri orang. Ibu nak nasihat sikit. Jangan derhaka dekat dia. Jangan tinggikan suara dekat dia sebab dia suami Dhia.”

Puan Marisa berjeda seketika.

“Syurga Dhia di bawah telapak kaki dia. Kalau Dhia nak pergi mana-mana, bagitahu dia dulu. Jangan buat dia tertunggu. Dan juga, bagi ibu cucu cepat-cepat ye,” Neldya Masyitah terus menepuk perlahan tangan ibunya seraya menayangkan senyuman kelat.

     What? Baby? Memang taklah. Macam mana nak dapat anak kalau dia sendiri tak kenal dengan bakal suami dia apatah lagi cinta.

“Ibu... kalau ada salah silap Dhia, ibu maafkan ye? Pasal cucu tu, tengoklah dulu. Kalau ada rezeki tu, adalah,” demi menjaga hati ibunya, dia terpaksa berkata begitu.

“Ye... ibu dah maafkan semua dosa Dhia dari Dhia kecil lagi tau. Dah, pergi mandi lepas itu, pakai baju ni. Nanti pengantin lelaki datang, tengok kamu tak siap lagi. Ha, malu saja,” Puan Marisa mentertawakan anaknya.

Isyy... ibu ni. Yela... yela... Dhia pergi mandi sekarang. Bye.” Neldya Masyitah mengambil tuala berwarna pink lalu masuk ke dalam bilik air.

“Dah besar dah Dhia. Rasa macam semalam je baru kamu lahir. Haih. Anak ibu. Kamu sentiasa akan menjadi princess hati ibu dan ayah.” Puan Marisa mencium frame gambar yang terdapat gambar keluarganya ketika anaknya masih kecil lagi.














“AKU terima nikahnya Neldya Masyitah binti Nazir dengan mas kahwinnya RM1000.00 tunai,” Ethan Zachary menyebutnya lancar dengan hanya satu lafaz.

“Alhamdulillah.” Tangan ditadah untuk membaca doa.

     Ethan Zachary menyalami tangan bapa mertuanya iaitu Encik Nazir. Lalu, matanya dikalihkan ke arah Neldya Masyitah yang kelihatan gugup itu. Langkahnya dibawa ke arah isterinya yang cantik dengan sepersalinan gaun kembang berwarna putih dihiasi dengan manik-manik yang berkilauan.

Cintaiku Setulusnya [SU]Where stories live. Discover now