CS 10

302 11 1
                                    

EDITED VERSION🍒

FIGURA seseorang yang dia mahu elak berada di sini. Di tempat yang sama dengannya. Persoalan yang bermain di benak fikirannya, bagaimanakah dia ada di sini? Ada kerja dekat sini ke?

Neldya Masyitah menunduk memandang blaus biru yang dipakainya tatkala mata Ethan Zachary memandang ke arahnya. Kain blaus itu dimain-mainnya sambil hatinya kian resah tatkala ada sepasang kasut menyapa ruang pandangannya.

“Ehem. Miss?” soal Ethan Zachary sekadar mahu menegur sahaja.

Dari tadi lagi dia perasan ada mata yang memerhatinya. Apabila dia berpusing ke segenap ruang hotel itu, dia terus memandang seorang wanita mengandung yang sedang menunduk itu. Tanpa berlengah, terus saja dia berjalan ke arah wanita itu.

Neldya Masyitah menghembuskan nafas perlahan sebelum kepalanya dipaksa angkat jua. Terkedu seketika dia apabila matanya bertentang mata milik suaminya.

Terus beg tangannya diambil. Terkial-kial dia cuba bangun dari sofa itu dengan perutnya yang kian membesar. Dalam fikirannya tika ini, dia hanya mahu mengelak dari Ethan Zachary.

Ethan Zachary terus menangkap pergelangan tangannya. Terus dia tertunduk takut. Badannya sudah bergetar menandakan dia diambang rasa gelisah dan takut. Ah, malangnya dia rasa tika ini. Kenapalah dia perlu terserempak dengan suaminya?

“Heh, kau nak pergi mana lagi, perempuan? Penat aku cari kau merata tempat. Nasib baiklah aku terjumpa kau dekat sini. So, jom balik, dear.” Kata Ethan Zachary sebelum menarik pergelangan tangan isterinya dengan kuat.

“Sakitlah, Ethan...” desisnya perlahan.

Dia terpaksa mengikut langkah suaminya itu yang berjalan laju. Sudahlah dia sedang mengandung tika ini.

“Ethan! Ethan, stop!” panggil Neldya Masyitah yang sudah tidak tahan menanggung rasa senak di bawah perutnya. Dia terasa penat kerana terpaksa mengikut langkah Ethan Zachary yang laju itu.

“Berhentilah!” jerit satu suara sebelum merentap kuat pegangan mereka.

Terus terlerai pegangan mereka.

Ethan Zachary terus memandang lelaki itu yang berani merentap pegangannya. Eiman. Heh, budak ni lagi. Dalam diam, dia tersenyum sinis.

“Kau, apa kau nak lagi dari dia? Tak cukup ke kau seksa mental dia? Bro, kalau kau tak nak dia, buat cara tak nak. Biar aku je yang jadi pengganti kau. Lagipun, aku lagi better dari kau. Kalau aku jadi suami dia, aku akan layan dia dengan baik. Aku takkan berkasar dengan dia macam apa yang kau buat, bro.” Kata Eiman sengaja menyakiti hati lelaki itu.

Membulat mata Neldya Masyitah memandang Eiman. Dia tidak percaya kawannya sendiri mempunyai perasaan cinta terhadapnya. Tapi, sayangnya dia tidak boleh menerima Eiman kerana dia masih isteri Ethan Zachary yang sah.

“E-eiman...” terkedu dia apabila mata Eiman berair sedikit.

So, please lah, bro. Kalau kau nak dia semula, kau jangan berkasar dengan dia. Dia perempuan. Hati perempuan ni rapuh dan lembut. Kita sebagai lelaki, kena lah lindungi mereka.” Entah kenapa hari ini dia terasa seperti sebak sedikit.

Mungkin kerana dia tahu jika dia beritahu Neldya Masyitah tentang perasaannya, pasti wanita itu sudah menolaknua dengan alasan wanita itu hanya menganggapnya sebagai abang sahaja. Dia tahu semua itu.

“Heh, dah habis cakap?” soal Ethan Zachary sinis.

“Aku tak sangka kau sanggup curang dengan aku. Aku ingat kau ni baik sangat. Rupa-rupanya sama sahaja dengan perempuan murah kat luar sana. Berjalan dengan lelaki lain.”

Cintaiku Setulusnya [SU]Where stories live. Discover now