EDITED VERSION🍒
KERETA milik Ethan Zachary laju membelah jalan. Ethan Zachary memandu keretanya menuju ke rumahnya.
Keretanya berhenti di halaman rumah banglo dua tingkat. Dia memandang ke arah Neldya Masyitah yang nyenyak tidur dengan perasaan geram.
"Isyyy... dia ni. Bukannya nak teman aku ke apa. Ni boleh pula tidur." Ethan Zachary merengus.
Ethan Zachary menggoncang bahu isterinya itu dengan kasar.
"Woi, perempuan! Bangunlah cepat. Kau ingat kau ni anak raja ke nak suruh aku angkat bagai." Neldya Masyitah terjaga.
Ethan Zachary terus mengangkat begnya. Dia berhenti seketika di tepi Neldya Masyitah.
"Beg kau, kau angkat sendiri. Kau ada tangan, kan? Pandai-pandailah kau." Ethan Zachary terus masuk ke dalam rumah.
"Eiy.. tak macho langsung. Patutnya, tolong lah angkatkan beg aku tu. Ni tak. Biarkan aje." Neldya Masyitah mengambil begnya dengan perasaan geram lalu melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"Ethan! Ethan!" panggilnya.
"Kau nak apa, perempuan?" sahut Ethan Zachary dengan kasar.
"Bilik kita kat mana? Lenguh dah ni tangan saya asyik pegang beg ni." Begnya diletakkan ke bawah.
"Siapa suruh bawa barang banyak sangat. And one more thing, bukan bilik kita eh. Bilik kau kat sebelah kanan tingkat atas. Belah kiri tu bilik aku. Ingat, jangan masuk bilik aku pula. Kau masuk, siap lah kau." Ethan Zachary memberi amaran.
Ethan Zachary terus duduk di atas sofa. Dia membuka televisyen berjenama Panasonic. Tiada apa yang menarik. Dia membuka telefon pintar miliknya berjenama iPhone 11 Pro. Aplikasi Instagram dibuka. Dia menscroll ke bawah.
Terbuntang matanya apabila melihat gambar yang dipost oleh Instagram user bernama Mia Khaisarah. Lebih terkejut lagi apabila melihat captionnya, can't wait to back to my home at Malaysia. Means, Mia Khaisarah akan balik ke Malaysia lah. Cepat-cepat dia mendail nombor buah hatinya itu.
"Hello."
"Hello, sayang." Mia Khaisarah menjawab.
"Like seriously, you will back to Malaysia, sayang?" soal Ethan Zachary sedikit terkejut.
"Ofcourse, sayang. Tak sabar nak jumpa dengan you, my honey bunny." Mia Khaisarah meloretkan senyuman.
"I pun tak sabar nak jumpa dengan you. But, sayang. I ada bad news untuk you."
"Bad news what, sayang? You jangan cakap yang you dah kahwin." Rambutnya dikibaskan.
"T-tak adalah, sayang. Ofcourse not. I akan kahwin dengan you seorang aje lah." Macam mana pula Mia Khaisarah boleh agak ni?
"How sweet of you. Can't wait to see you, baby."
"Me too."
"Erm... sayang, kejap lagi kita sambung lagi ye. Mama panggil tu. Bye. Muah."
"Bye, baby. Muah." Mia Khaisarah memberi flying kiss walaupun Ethan Zachary tidak nampak.
Neldya Masyitah yang berada di atas tangga pula tergamam. Siap berbaby-baby bagai. Siapa yang call lelaki itu tadi, eh? Takkanlah Ethan Zachary ada kekasih pula. Kalau betul, habislah dia. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga.
YOU ARE READING
Cintaiku Setulusnya [SU]
RomanceEthan Zachary memilih Neldya Masyitah sebagai isterinya setelah dipaksa oleh mama dan papanya. Namun, dia tidak melayan Neldya seperti isteri yang sebenar-benarnya. Ethan berkahwin dengan Neldya pun kerana dia tidak mahu jawatan CEO syarikat EZS Hol...