"Lione tau ke kat mana hujung dunia tu? " tanya pica
"Tak taulah"
"Kita mungkin akan ikut jalan peta"
"Tapi..."
Lzia senyum. "Jangan risau. Apa apa pun, kita kena percayakan lione"
"Prof.qai pula kat mana?" tanya chelina
"Tak tau. Dia seolah menghilang pula" balas lzia
"Tak bahaya ke kalau kita pergi nanti" tanya sazelyn risau
"Aku pun rasa macam tu"
"Kita akan tempuhi semua tu. Mungkin dalam perjalanan nanti kita akan jumpa sesuatu yang bermakna" ujar alysa sambil senyum
Pica senyum "Ya. Aku rasa macam ada sesuatu akan berlaku nanti"
"Kita kena bawa sarung tangan ke?"
Lzia mengangguk "Kita mungkin perlukan benda tu nanti"
'Ada sesuatu yang berlaku ke?' desis hati lzia. Dia berhenti menyusun alatan lalu duduk diatas katil. Lzia mengeluh
Tok tok
"Sesiapa yang tak sibuk, bukakan pintu" laung pica yang sedang menggosok gigi di singki dapur
Ketukan pintu masih berbunyi.
"Siapa yang memekak tu?" tanya lzia. Dia bangun lalu keluar. Pintu dibuka.
"Hah, ada apa?!"
Orang itu terkejut. "Uish. Garangnya"
"Kau dah kenapa masuk dorm perempuan ni? Nak kena tangkap dengan profesor ke?"
Vince tersengih.
"Takdelah. Nak tanya, korang bawa alat senjata kita tu ke?"
Lzia merenung vince. "Bawalah. Kalau nak kena baham dengan harimau, tak payah bawa"
Vince menggaru kepala. Gigi ditayang.
"Kita gerak awal esok. So, sebelum subuh, kita dah escape akademik" ujar vince
"Kenapa kita tak bagitau ketua profesor je. Takdelah susah nanti" ujar pica yang baru sahaja tiba.
Pica menoleh kekiri. "Ada orang. Masuk" ujarnya lalu menarik tangan vince.
Pintu ditutup
"Ada apa ni?" tanya sazelyn
Lzia mengangkat bahu
"Macam mana nak bagitau ketua professor kalau prof.qai sendiri takde" kata vince lalu melabuhkan punggung diatas sofa
"Eh, tak hidang kopi ke?" sambung vince
Lzia memutarkan mata manakala pica mengecilkan mata memandang vince.
"Kau ingat kami ada masa nak layan kau ke?" ujar gliria
"Fuh panas. Menyesal gila tak bawa steve tadi" gumam vince. Tiba tiba pula dia rasa seram apabila dikelilingi perempuan. Air liur ditelan perlahan. Setitik peluh keluar didahi.
"Ka..kalau macam tu, aku...balik dululah. Barang tak kemas lagi". Vince berura ura menuju kearah pintu.
Sebelum sempat vince melangkah, kolar belakangnya ditarik.
"Kau tak boleh keluar dari pintu. Sekarang waktu petang, dah ramai orang kat luar" ujar pica
"Habistu, aku nak keluar ikut mana?"
"Tingkap"
"Ka...kau biar be...tul"
"Kau boleh terbangkan. Takkan itu pun aku nak ajar" celah chelina
YOU ARE READING
Zodiac Star
FantasyZodiac star👑 Siapa sangka, Mereka adalah sebaya, Juga Mereka diburu, Dan Ditakdirkan untuk menentang kejahatan, Lalu Dipertemukan, Secara kebetulan Menjadi sahabat, Tanpa mengenali sesama sendiri yang Mereka dilahirkan dengan tanda lagenda Iaitu ...