"...sampailah kami terjumpa keluarga tryan. Kemudian, lepas saja selesaikan orang kejam tu, kami datanglah sini" ujar steve panjang lebar.
Datuk steve sekadar mengangguk.
"Tempat ni selamat ke daripada serangan?" tanya lzia lalu memandang datuk steve
"Kita tidak dapat kenalpasti siapa yang menyerang. Jadi, semua penduduk kat sini kena keluar dari sini" kata lione tegas
"Ada betul juga" balas datuk steve sambil memegang dagu
"Bila penduduk akan beredar?"
"Esok"
"Tapi.."
Mereka semua memandang steve dengan penuh tanda tanya.
"Aku dapat nampak yang tentera tu makin dekat dengan kampung ni. Mungkin dalam 100 langkah, sampailah"
"Apa!?"
The zodiac's star berdiri.
"Berapa lama yang diperlukan untuk semua penduduk bersembunyi?" tanya lione
"Mungkin mengambil masa 30 minit kalau tidak ada masalah" jawab datuk steve
"Baiklah" lione mula memperkemas dirinya
"Kami akan lengahkan masa. Korang tolong datuk bawa semua penduduk" kata vince sambil memandang rakan perempuannya.
"Apa ni?! Kami pun nak tolong!" protes gliria. Riak wajah tidak puas hati bertayang di enam wajah perempuan. Ingat perempuan lemah ke?
Tryan memegang kedua bahu gliria. "Bahaya. Biar kami yang uruskan. Korang lindungi semua penduduk kat sini sampailah kami datang balik"
"Ish. Apa apa jelah!". Alysa menarik gliria yang masih diam lalu berjalan mengikut langkah datuk steve.
Lione, tryan, vince, ansh, cavier dan steve berlari keluar dari kawasan kampung dan bergerak lurus kedalam hutan
"Ada apa apa rancangan?" tanya cavier sambil kakinya tidak berhenti dari berlari.
"Pertama...". Vince bersuara dan terhenti seketika
Lione memandang vince seolah tahu apa sebenarnya yang difikirkan kembarnya itu.
"Kau jangan cakap yang kita akan pan...."
"Kita panjattt pokok!" ujar vince lantang dengan nada geram dan penuh semangat.
"Are you kidding me?"
"Relax bro. Kita serang hendap!". Lagi sekali, dengan penuh semangat vince bersuara
Kening mereka terangkat.
Vince mengusap dagu sambil memandang sebuah pokok dihadapannya. "Kita panjat pokok ni"
"Apa?" tanya vince setelah menyedari suatu pandangan bingung memandangnya
"Kita main sorok sorok nak tak?" tanya vince lagi.
"On" serentak steve dan ansh. Mereka berdua memanjat pokok terlebih dahulu
"Kita....buat perangkap" cadang tryan
"Ingat kita ni lemah ke?" marah gliria. Dia kemudian mendengus
"Takpe, kalau diorang susah baru kita datang tolong" pujuk pica
Gliria mengangguk. Dia kemudian menggunakan kuasa zodiaknya, klon.
"Dah pergi awasi diorang" ujar gliria kepada satu klonnya
"Korang pula, ikut aku halau semua penduduk dari sini" sambung gliria sambil memandang klonnya yang lain.
"Ahh jomlah pergi rumah sana. Macam kecoh je kat sana" kata alysa
YOU ARE READING
Zodiac Star
FantasyZodiac star👑 Siapa sangka, Mereka adalah sebaya, Juga Mereka diburu, Dan Ditakdirkan untuk menentang kejahatan, Lalu Dipertemukan, Secara kebetulan Menjadi sahabat, Tanpa mengenali sesama sendiri yang Mereka dilahirkan dengan tanda lagenda Iaitu ...