"Hmmm~" keluh vince
"Psst". Steve melemparkan batu kecil kearah vince.
Sahutan steve dibalas
"Muka alhpa nampak menyeramkanlah" bisik steve
"Baru sedar? Dari tadi muka dia nampak tegang" balas vince
Alysa memandang kedua lelaki itu.
"Kau tengah mengumpat orang ke?"
Muka ditoleh. "Eh? Kau dengar?" tanya vince dan steve
"Kami pun boleh dengarlah" celah sazelyn
"Eh?"
"Jangan nak ber eh eh. Jarak antara korang berdua boleh tahan jauh. Lepas itu, mengumpat pula. Siapa saja yang tak dengar" bebel alysa
Steve memandang jaraknya dengan vince. 'Lebih kurang lima meter'
Kemudian, dia tersengih
Steve kembali berbisik pada vince. "Aku rasa alhpa dengarlah kita berbual tadi"
Vince mengangguk setuju
"Steve, kami masih dengar perbualan korang" celah sazelyn
"Hentikan". Suara garau itu menyebar dan sekaligus membuatkan pandangan mereka serentak memandang alhpa.
"Aku muak, muak dengan permainan bodoh, permainan kalian ini" kata alhpa dengan nada marah
Mereka hanya diam dan menunduk.
Omega perlahan lahan bergerak sementara alhpa membuka mulut.
"Kami cuma nak bermain je" balas vince lalu menunduk kepala dan jari bermain pada baju
"Salahkah?" jawab steve sayu
Riak alhpa berubah menjadi bersalah. "A..ku... ahhh!!!"
"Eihhh. Terkejut!" teriak tryan spontan
"Jangan nak permainkan aku" gertak alhpa. Wajahnya kembali menyeramkan.
Manakala vince dan steve tergelak sedikit lalu kecewa. Suara mereka tidak berkesan pada hati alhpa.
"Tangkap kau" tutur omega lalu menyeret sazelyn kepada alhpa
"Lepaslah"
"Sazel!" kaki steve tidak ragu ingin mengejar sazelyn
"Steve! Elak!". Gliria menolak steve ke tepi bersama dirinya
Srakk shhh
Steve memusingkan kepala ke belakang.
Api menyerbu memakan rumput tanpa meninggalkan sisa
"Panas.." keluh steve mengibas ngibas bajunya yang terkena api. Kemudian, dia menolong gliria untuk bangkit dari jatuh.
Lione masih terpana. Vince ternganga lalu memandang lione.
"Api...warna.."
"Hitam" tutur lione menyambung kata vince
Kedua kembar itu melirik kearah alhpa yang agak dingin
Sazelyn masih bergelut ingin melepaskan diri dari omega. Sedar akan staminanya lemah, sazelyn memandang omega.
"Kau buat pilihan yang salah dalam menangkap aku" desis sazelyn
"Diam" jawab omega
Sazelyn menyambar tangan omega dengan tangan kirinya.
"Arhh! Sakit! Apa yang kau dah buat hah?!" marah omega. Lengannya terasa seperti dihiris pisau. Semakin lama, rasa sakit menyebar ke bahunya.
"Sedikit racun diletakkan" sinis sazelyn. Matanya merenung tajam omega.
YOU ARE READING
Zodiac Star
FantasyZodiac star👑 Siapa sangka, Mereka adalah sebaya, Juga Mereka diburu, Dan Ditakdirkan untuk menentang kejahatan, Lalu Dipertemukan, Secara kebetulan Menjadi sahabat, Tanpa mengenali sesama sendiri yang Mereka dilahirkan dengan tanda lagenda Iaitu ...