"Tok mahu kamu semua lupakan dulu pencarian memori lama kamu" pinta tok ya
"Kenapa?"
"Mengenai memori lama, biarkan ia datang sendiri. Tapi hal yang sebegini, tidak patut dibiarkan" ujar tok ya sambil memandang vince yang terbaring lesu.
"Jadi, tok nak kami buat apa?" tanya lione
Tok ya mengusap dagu. Dia berjalan lima langkah.
"Tok mahu kamu semua kuasai zodiak dan elemen yang ada pada diri kamu"
Steve mengangkat kening. "Tapi, kami dah kuasai...."
"Itu baru permulaan. Tahap yang kamu kuasai hanyalah baru 30%. Kalau diikutkan, kamu yang dulu lebih kuat dari ini"
"Maksudnya, kalau korang nak lawan 'dia', korang mesti latih zodiak korang itu" ujar alan
"Kami nak lawan siapa?" soal ansh
Alan mengangkat bahu
"Tapi, vince sakit apa sekarang, tok ya?" tanya pica.
"Bukan sakit. Tapi, zodiak. Zodiak yang ada dalam diri dia sekarang sedang meluap luap. Kalau dibiarkan, kita hanya mampu melihat dia merana menahan sakit" terang alan
"Aku curigalah dengan kau. Kau tahu banyak hal tentang kami" kata gliria sambil merenung tajam alan
"Err itu..."
"Sudah. Berehatlah. Harini tok akan selidik zodiak kamu semua. Esok kita berbincang" ujar tok ya
"Tok tidak tau kuasa sebenar zodiak kami?"
"Kamu ingat tok ni abadi ke? Manalah tok tau. Tok tak pernah nampak kuasa utama zodiak kamu semua"
Ansh tersengih
"Ha sebelum tok lupa, zodiak siapa yang merupakan penyembuh dan racun?"
Lzia dan sazelyn mengangkat tangan.
Tok ya mengangguk. "Kalau kamu berdua kuasai kuasa kamu, kemungkinan besar putera aryn sembuh" ujarnya lalu beredar pergi
"Eh?"
"Kita belum beritahu soal putera aryn dekat tok ya kan?" soal steve
Shiuuuu
Mereka memandang alan.
"Apa?"
"Kau...."
"Aku tak tau" jawab alan secepat yang mungkin lalu berlari keluar.
"Hmm mencurigakan" tutur alysa
**🔱**
"Ugh, penduduk dekat sini terlalu agresif" ujar omega
"Kalau macam ni, boleh hangus kita"
"Aku patut tak setuju je bila alpha suruh tangkap semua penduduk dekat sini" dengus omega
"Ini negara yang terakhir bukan?" tanya beta.
"Negara utama, element country yang masih tersisa"
Beta menarik panahnya lalu dilepaskan kepada penduduk yang melawan.
"Elemen api yang menyusahkan. Tch"
**🔱**
The zodiac's star berdiri di atas rumput yang luas dan berhampiran air terjun.
Tok ya dan alan masih diam memerhatikan mereka.
"Belakang kamu masih sakit?"
Vince menggeleng
"Baiklah"
YOU ARE READING
Zodiac Star
FantasyZodiac star👑 Siapa sangka, Mereka adalah sebaya, Juga Mereka diburu, Dan Ditakdirkan untuk menentang kejahatan, Lalu Dipertemukan, Secara kebetulan Menjadi sahabat, Tanpa mengenali sesama sendiri yang Mereka dilahirkan dengan tanda lagenda Iaitu ...