"Nama kau apa?!" tanya vince
Gliria menyiku vince "Dah kenapa tanya nama diorang?"
"Takkanlah nak panggil dia dengan nama hoodie jer. Bosanlah. Lagipun kita kena kenal musuh yang nak serang kita" kata vince
"Yang hoodie hitam tu, nama apa?" tanya vince
"Kau nak ngorat dia ke hah?!" tanya seorang lagi si hoodie
"Dia perempuan ke?" tanya vince. Soalan dibalas soalan
"Kau cuba nak alihkan perhatian ke apa ni?" bisik pica kepada vince
Vince mengangguk. "Kita kena lari dari diorang. Kalau tak, diorang akan tau mana kita nak pergi" bisiknya
pica mengangguk lalu membisikkan perkara yang sama kepada rakannya yang lain dan diakhiri dengan vince semula
Gliria perlahan lahan mengeluarkan klonnya manakala yang lain mencuba untuk mengalih perhatian kedua hoodie itu daripada memandang gliria.
"Duduklah" pelawa lzia
"Tch. Aku takde masa nak duduk"
"Kenapa? Dah nak mati dah ke sampai takde masa?" soal chelina dengan selambanya.
Dia mengambil panah dibelakangnya. "Tak gu..."
"Eh cop cop. Relax" celah steve sambil mengangkat kedua tangan sebagai tanda 'bawa bertenang semua'
Keadaan semakin tegang.
"Kita...berkenalan. Ermmm aku steve. Dia pula lione. Yang ni sazelyn. Itu chelina........". Steve memperkenalkan semua rakannya kepada kedua hoodie itu termasuk nama alan juga.
"Korang pula?" tanya steve
Melihat mereka yang tiada langsung niat ingin menyerang, kedua hoodie itu kembali tenang.
"Aku beta. Dia omega" ujar beta si lelaki berhoodie kelabu.
"Aku rasa ketua diorng mesti alpha" bisik sazelyn kepada steve
Steve mengangguk setuju. "Ketua korang mesti nama alpha kan?" tanyanya
"Mana korang tau ni?" tanya omega
Steve hanya mengangkat bahu
"Okaylah. Nanti kita berborak lagi. Kami ada hal ni" tutur tryan
Mereka berura ura pergi meninggalkan omega dan beta seperti tiada apa apa yang berlaku.
Bagaikan tiada musuh, mereka pergi begitu sahaja.
Kedua manusia hoodie itu lagi sekali bingung. Apa yang mereka ingin lakukan? Kenapa mereka membiarkan orang yang mereka buru pergi begitu sahaja?
Lagi sekali, perempuan mana yang ingin diselamatkan? Mana yang ingin dibunuh?
Mereka dalam dilema sendirian ditepi sungai yang mengalir dan arnab yang sedang menepuk dahi.
Tanpa mereka sedar, kedua kaki mereka telah diikat dengan tali yang diperbuat dari rotan.
Siapa yang melakukan hal itu? Mereka dalam dilema lagi sekali.
Tidak mampu bergerak kerana apabila bergerak, mereka akan ditarik dan tergantung tanpa sepi diatas pokok.
Manakala disana, gliria dan pica ber hi five.
"Korang ni, kalau buat helah memang win" ujar lione
"Tengok kakilah, bro" kata steve dengan bangga
"Dah aku dah tengok. Kaki kau ada lintah. Macam sedap je dia hisap darah kau tu"
"Apa!?"
**🔱**
YOU ARE READING
Zodiac Star
خيال (فانتازيا)Zodiac star👑 Siapa sangka, Mereka adalah sebaya, Juga Mereka diburu, Dan Ditakdirkan untuk menentang kejahatan, Lalu Dipertemukan, Secara kebetulan Menjadi sahabat, Tanpa mengenali sesama sendiri yang Mereka dilahirkan dengan tanda lagenda Iaitu ...