Keadaan perpustakaan agak hening daripada senyap. Masing masing sedang berfikir dan mengolah ayat dalam otak.
Vince menongkat dagu. "Apa function kertas ni?"
Pica mengangkat bahu.
"Mungkin diorang nak tunjuk yang diorang pandai mewarna kot" tebak steve. Tryan mengangguk setuju
Ansh mengeluh lalu bersandar pada kerusi.
"Warna kuning. Takde tulisan. Kertas kecil. Haih"
"Bosanlah. Dah 2 jam kita duduk sini. Aku dah lapar ni" rungut cavier
"Jomlah makan. Lagipun rudy tengah cari kita" ujar steve
"Hmm?"
"Dia sesat dan diserbu gadis sekarang ni". Ringkas dan padat steve katakan.
"Sebelum dia naik angin, jom cari dia. Then, kita makan" kata lione
**🔱**
Lione menyandarkan kepalanya pada bucu meja. Masih belum mengantuk sedangkan sekarang jam 0220.
"Jauh. Kalau pergi, ambil masa yang lama. Larat ke putera aryn bertahan?". Lione mengeluh.
Mata dipejam.
Kita kena bantu diorang!
Tapi kita kena pergi
Habistu, kau nak tengok jer diorang terseksa?!
Kita berundur dulu
Tak!
Nyawa orang lain akan terancam kalau kita masih kat sini
Tarik dia. Kita pergi.
Jangan. Aku taknak kehilangan dia lagi!
Leo. Kita akan selamatkan dia. Percayakan aku.
"Arhh". Badan lione menegak lalu tidak sengaja jatuh terjunam ke lantai.
"Aduh"
Nafas ditarik panjang kemudian dihembus perlahan.
"Belum tidur lagi dah mimpi"
Lione mengatur langkah ke katil. Dia melihat rakan rakannya dan adiknya. Masing masing sudah terbongkang menandakan mereka sudah dialam mimpi. Dengkur halus keluar dari mereka. Lione menggeleng lalu baring.
Shuuuu
Vince mengalih badannya ke kiri. Sebentar kemudian, dia berpusing ke kanan.
Keningnya berkerut. Kelihatan seperti menahan sakit.
Tidak semena mena air matanya keluar. Tidurnya terganggu.
Vince membuka mata.
Kesakitan melanda.
"Ahhh! Sakit!" jerit vince secara tidak sengaja mengejutkan orang yang sedang tidur.
Lione yang baru terlelap, terjaga.
"Vince!". Lione mula risau. Dia melangkah kearah vince
Pintu bilik dibuka.
"Kenapa?" tanya cavier. Dia turut terdengar bunyi jeritan tadi.
Vince masih menahan sakit. "Sa...kit"
"Kat mana" tanya lione. Cavier menghampiri mereka berdua.
Ansh dan steve juga tiba.
"Kenapa kecoh ni?" tanya ansh sambil menggosok mata.
"Sakit kat mana?" tanya cavier pula
"Be..lakang a..ku" jawab vince yang sedaya upaya membalas soalan mereka
YOU ARE READING
Zodiac Star
FantastikZodiac star👑 Siapa sangka, Mereka adalah sebaya, Juga Mereka diburu, Dan Ditakdirkan untuk menentang kejahatan, Lalu Dipertemukan, Secara kebetulan Menjadi sahabat, Tanpa mengenali sesama sendiri yang Mereka dilahirkan dengan tanda lagenda Iaitu ...