BAB 1

34 1 0
                                    


SAAT yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga iaitu cuti sekolah pada hujung tahun! Aku kembali menjadi makhluk Tuhan yang paling gembira di atas muka bumi. Siapa yang tak suka cuti sekolah kan? Lebih-lebih lagi cikgu sekolah macam aku ni. Setelah mengerah tenaga selama hampir sebelas bulan di sekolah, sekarang tiba masanya untuk aku berehat puas-puas. Ingat anak murid aje ke rasa seronok bila cuti sekolah? Cikgu lagi seronok, okey! Cuma seronok cikgu ni lain macam sikitlah sebab nak 'balik kampung' jauh. Kampung jauh mana tu? Jeng...jeng...jeng...

Nasib baiklah aku dah beli tiket flight awal-awal masa Air Asia buat promosi awal tahun hari tu. Kalau tak memang tak dapatlah aku nak balik 'kampung jauh' tu.

Tak dapat balik kampung jauh tu bermakna no apple strudel...no churros...no lamb ribs yang terpaling sedap tu...no fish & chips at Kaili's. Thank God for Air Asia promotion! Dengan adanya penerbangan tambang murah Air Asia, now everybody can fly. Ewah...dah macam Encik Tony Fernandez pulak aku, kan? Tapi sayangnya iklan ini tidak berbayar.

"Dah siap ke kemas beg tu, Jaja? Dari tadi mak tengok kau mengelamun aje." Tiba-tiba aku terdengar suara emak. Patutlah aku rasa macam dekat aje suara emak. Rupa-rupanya emak ada dalam bilik aku. Aku pun tak perasan bila masa emak masuk ke bilik aku sebab asyik berangankan 'kampung jauh' tu. Haih...

"Jaja tengah fikir ni mak. Rasa macam tak cukup aje berat luggage yg Jaja beli. Mak pun tahu kan anak mak ni. Kalau balik dari kampung tu nanti mesti beg beranak-pinak. Itu belum termasuk barang Corelle mak lagi. Kalau Jaja x beli karang mak merajuk 7 hari 6 malam. Siapa yang susah? Abah jugak, " balasku sambil menyakat emak.

"Eh kesitu pulak budak ni. Dahlah, kemas beg tu cepat. Dah dekat nak maghrib dah. Lambat-lambat karang alamatnya tak payahlah balik kampung tu. Awak tu jenis kelam kabut." Emak sempat membebel. Tapi betullah apa yang emak cakap tu. Aku ni memang spesis kelam kabut pun. Tahap kelam kabut aku boleh bikin satu airport jadi ribut!

"Okey bos!" Jawabku sambil tersengih macam kerang busuk lalu sambung mengemas seberapa pantas yang boleh.

******************************

SUASANA di lapangan terbang KLIA 2 agak kurang sesak malam ni. Mungkin sebab aku sampai agak awal. Flight aku dijadualkan berlepas pada pukul 12.05 a.m. tapi aku memang sengaja plan nak sampai awal sebab takut terkejar-kejar. Maklumlah aku kan spesis kelam kabut tahap kronik. Check in pun aku dah buat siap-siap kat rumah. Sekarang ni ramai orang buat online check in aje. Cepat dan senang. Sampai airport boleh terus drop baggage dan ambik boarding pass aje.

"Siti Khatijah binti Sheikh Sulaiman!" Tiba-tiba terdengar namaku dipanggil. Siap nama penuh tu. Aku menoleh ke arah suara itu. Suara yang aku kenal sangat-sangat dah 20 tahun lamanya iaitu suara bff aku, Hera Zeb. Ya, aku tahu nama bff aku ni unik dan pelik sedikit berbanding nama aku. Tapi tak adalah pelik sangat bila orang dah tahu dia anak kacukan Melayu dan Pakistan. Hidung mancung tapi makan belacan!

"Assalamualaikum, Hera. Heran betul aku kenapa kau susah sangat nak bagi salam." Aku menjawab sambil bersalaman dan memeluk Hera. Sengaja aku menyakat Hera macam tu sebab nak kaitkan Hera dengan Heran. Terus lenganku dicubit Hera. Adoi... Bisanya macam kena sengat lebah!

"Padanlah muka kau. Suka sangat menyakat aku kan. Eh dah lama ke kau sampai?" tanyanya.

"Barulah jugak. Aku baru plan nak call tanya kau kat mana. Tengok-tengok kau dah sampai. Eh Herman mana? Dia hantar kau ke tadi?"

"Aah Herman hantar. Tapi dia tak boleh tunggu sebab ada kerja."

"Oh yeke. Eh jomlah kita drop baggage siap-siap. Lepas ni boleh sembang panjang sementara tunggu boarding time." Terus Hera mengangguk tanda setuju dengan cadanganku.

He's my Mr Coldhearted.Where stories live. Discover now