CHEMIST warehouse di Murray Street itu boleh dikatakan agak sempit sedikit ruangnya. Mungkin kerana ia terletak antara kedai-kedai lain di dalam satu deretan yang sama. Kawasan tersebut juga agak sibuk kerana ianya terletak di dalam bandar. Sentiasa ada sahaja manusia yang lalu-lalang di kaki lima deretan kedai tersebut memandangkan kawasan itu memang kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pelancong dari luar. Salah satu kedai yang menjadi tumpuan ramai semestinya Chemist Warehouse.
Terdapat banyak cawangan Chemist Warehouse di sekitar Perth ini tetapi aku dan Hera memilih untuk ke cawangan Murray Street ini kerana ia berdekatan dengan Watertown Brand Outlet dan terdapat CAT bus yang boleh kami naiki untuk menuju ke situ.
"Oh my God...this is crazy!" ujar Hera, seakan teruja melihat deretan minyak wangi yang tersusun rapi di atas rak dan di dalam almari kaca.
"Kan? Aku masa first time masuk kedai ni dulu pun rasa macam nak pengsan. Banyak gila perfume best. Kalau ikutkan hati macam nak borong semua aje," balasku. Teringat semula kenangan kali pertama menjejakkan kaki ke Chemist Warehouse.
"Kalau aku nak beli sekarang aci tak?" Hera seakan tidak sabar untuk memborong perfume.
"Boleh je. Aku malas nak beli dulu. Sehari sebelum balik nantilah kot. Sekali harung. Sebab ada orang pesan jugak ni suruh belikan untuk diorang. So hari ni nak survey dulu."
"Ok jugak macam tu. Aku pun nak survey dulu lah. Aku ingat nak beli untuk akak aku sekali. Untuk Herman jugak. Aku nak tanya dulu kat diorang perfume apa diorang suka." Hera terus berubah fikiran.
Setelah puas mencuci mata melihat deretan minyak wangi tersebut, aku beralih ke rak suplimen yang tidak kurang menariknya. Manakala Hera masih leka melihat minyak wangi. Pelbagai suplimen boleh didapati di sini. Aku sememangnya bercadang untuk membeli multivitamin jenama Blackmores yang bersaiz paling besar. Jauh beza harganya berbanding di Malaysia.
Tidak jauh dari tempat aku berdiri, kelihatan seorang wanita bersama seorang remaja lelaki yang barangkali anaknya. Melayu juga rupanya. Tapi wajahnya saling tak tumpah macam wanita Cina.
"Andra, mommy is going to pay for these things. Tunggu mommy kat sini, okey?" Tepat jangkaanku. Remaja lelaki tersebut hanya mengangguk sambil leka membilang botol suplimen yang tersusun rapi. Berkali-kali. Aku terus mengamati tingkah laku remaja tersebut. Pada firasatku, ada sesuatu yang lain tentang dirinya.
Tiba-tiba remaja lelaki tersebut menghampiriku. Dia meminta aku berganjak sedikit dari tempat aku berdiri. Tepat jangkaan aku, rupa-rupanya dia ingin membilang suplimen Blackmores yang terletak di rak di hadapan kami. Aku pun berganjak sedikit dari situ untuk memberi ruang kepadanya.
"Thank you kakak. Kakak, you have a really cute round face," ujarnya lagi, membuatkan aku agak terkesima sekejap.
Biar betul budak ni. Aku cute ke? Muka bulat tu memang iya, tapi cute tu tak pasti pula aku.
"Thank you," balasku ringkas, sambil mengukir senyuman ikhlas. Remaja lelaki itu membalas senyumanku. Membuatkan aku tiba-tiba teringat akan murid PPKI di sekolahku, Sharifudin yang lebih suka dipanggil Kudin. Kudin ialah seorang murid berkeperluan khas yang telah didiagnos sebagai seorang autisme. Dia juga agak rapat denganku kerana aku dan ibunya berkawan sudah agak lama dan sekarang mengajar di sekolah yang sama.
Remaja lelaki tersebut masih memandangku dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. "Kakak, you have a really cute round face." Sekali lagi dia berkata sebegitu denganku dan seolah-olah sedang mengamati wajahku dengan teliti. Firasatku mengatakan yang dia sama seperti Kudin. Tingkah lakunya menunjukkan ciri-ciri seorang autisme.
YOU ARE READING
He's my Mr Coldhearted.
RomanceJaja @ Kate @ Siti - seorang kaki travel yang patah hati dengan kisah cintanya yang lalu. Sering mencari masa untuk travel ke luar negara untuk menggembiraan hati sendiri. Zac @ Mr coldhearted @ oppa sombong - seorang pensyarah universiti yang berha...