CUACA pada pagi ini agak redup dan nyaman. Kami keluar lewat sedikit pada pagi ini memandangkan tiada apa yang nak dikejarkan. Tambahan pula kami memang menginap di Emu Point Motel selama dua malam. Oleh itu, hari ini kami hanya keluar sambil bersantai.
Plan pada hari ini sekadar untuk ke The Gap And Natural Bridge dan Albany Wind Farm sahaja. Kami bercadang untuk ke The Gap And Natural Bridge terlebih dahulu dan kemudiannya baru ke Albany Wind Farm.
Perjalanan ke The Gap And Natural Bridge yang terletak di Torndirrup itu memakan masa lebih kurang 30 minit dengan pemanduan berkelajuan sederhana. Aku tidak berani memandu melebihi had laju yang ditetapkan iaitu 70 kilometer sejam saja kebiasaannya. Ada sesetengah kawasan hanya dibenarkan memandu dengan had laju 50 kilometer sejam sahaja lebih-lebih di kawasan pekan kecil. Di kawasan perumahan pula adakalanya hanya dibenarkan memandu dengan had laju 30 atau 40 kilometer sejam sahaja!
Australia sangat menitik beratkan keselamatan jalan raya. Oleh itu, undang-undang jalan rayanya sangat ketat termasuklah dari aspek pemakaian tali pinggang keledar dan car seat untuk kanak-kanak yang berumur bawah 6 tahun. Jika melanggar peraturan, tunggu sajalah surat saman yang akan dihantar. Pernah juga aku terbaca tentang pemandu Malaysia yang dapat surat saman semasa memandu di sini. Nilai samannya pula bukannya murah. Moral of the story, kalau kat tempat orang, ikutlah undang-undang tempat orang. Untuk keselamatan diri sendiri juga sebenarnya.
Kami tiba di Torndirrup pada pukul 8.30 pagi. Takde orang langsung selain kami di situ pada pagi ini. Aku memakai jaket kulit berwarna hitam yang aku beli di Belmont pada tahun lepas disebabkan angin pagi ini agak kuat dan cuaca agak dingin. Sejuknya sampai ke tulang hitam. Sudahlah aku ni spesis yang tak tahan sejuk sangat.
"Babe, gayat lak aku rasa naik atas ni. Takut aku nak pandang bawah tu."
Aku terasa agak ketar lutut apabila berdiri di atas jambatan besi seperti pagar di The Gap itu memandangkan kedudukannya agak tinggi di atas paras air. Memang boleh nampak keadaan di bawah melalui lubang-lubang pada jambatan besi tersebut. Jika melihat ke bawah melaui penghalang besi di tepinya pula, akan jelas kelihatan ombak laut menghempas kuat batuan yang terpisah tersebut. Batuan tersebut dinamakan The Gap kerana terpisah dua dan terdapat ruang kosong di tengahnya.
"Aik sejak bila pulak kau gayat ni? Relaxlah...cantik weh view. Jom selfie kat tepi sini. Bagi nampak ombak laut kat tebing batu tu." Selamba Hera menarik tanganku. Berani betul minah ni. Aku punyalah rasa nak tercabut sendi!
"Oit janganlah excited sangat. Aku ni macam nak tercabut kepala lutut dah. Bismillahirrahmanirrahim." Hera terus tergelak melihat betapa cuaknya aku!
Setelah puas mengambil gambar di The Gap, kami berjalan kaki ke Natural Bridge pula yang terletak di arah yang bersebelahan. Batuan tersebut berbentuk seperti sebuah jambatan yang di bawahnya berlubang bagaikan suatu lorong untuk laluan air laut. Kami sempat juga mengambil gambar bersama di situ sambil menikmati udara pagi yang nyaman dan segar.
********************
PERJALANAN diteruskan pula ke Albany Wind Farm iaitu memakan masa selama 20 minit dari The Gap And Natural Bridge. Kami memarkir kereta di kawasan parkir percuma yang disediakan. Terdapat beberapa buah caravan juga diparkir di kawasan yang sama. Kami kemudiannya berjalan kaki mengikut laluan yang disediakan untuk melihat lebih dekat kincir-kincir angin bersaiz gergasi yang terletak di situ. Kincir-kincir angin ini dibina atas tujuan untuk menjana tenaga elekrik yang mana tak dapat dilihat di Malaysia. Aku agak kagum melihat binaannya yang kukuh dan disusun teratur di kawasan tersebut.
Laluan yang disediakan di situ agak berbukit. Di tepi-tepi laluan tersebut kebanyakannya adalah tumbuhan-tumbuhan liar dan juga rimbunan semak tebal. Ada juga bunga-bunga liar yang agak menarik. Sempat juga aku mengambil gambar bunga-bunga liar tersebut untuk dijadikan kenangan. Kami juga dapat melihat papan tanda 'Beware of Snakes' di beberapa kawasan di tepi laluan yang disediakan. Aku dan Hera mengawasi setiap langkah kami memandangkan kami tahu terdapatnya ular di kawasan tersebut.
YOU ARE READING
He's my Mr Coldhearted.
RomanceJaja @ Kate @ Siti - seorang kaki travel yang patah hati dengan kisah cintanya yang lalu. Sering mencari masa untuk travel ke luar negara untuk menggembiraan hati sendiri. Zac @ Mr coldhearted @ oppa sombong - seorang pensyarah universiti yang berha...