BAB 3

9 1 0
                                    


SERIOUSLY? Dalam banyak-banyak manusia yang datang ke bumi Perth ini, aku boleh jumpa manusia yang seorang ni lagi? Keajaiban apakah ini? Atau sejenis mala petaka? Aku rasa lebih kepada mala petaka kot? Sebab jam yang aku cadang nak belikan untuk adik aku tiba-tiba dah menjadi milik manusia tersebut dalam sekelip mata sahaja. Manusia yang aku panggil si oppa sombong itu.

"Hello...that's mine!" Tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulutku. Spontan.

"You, again?" Si oppa sombong itu seakan-akan terkejut melihatku. Mesti dia pun tak menyangka akan berjumpa denganku lagi. Di kedai Fossil yang sama, di Watertown Brand Outlet yang sama dan berkehendak untuk membeli jam tangan yang sama pula tu. Seriously? Suratan atau kebetulan ni?

"I didn't see any name written here besides Fossil. Is your name Fossil?" Dengan pandangan sinis dia bertanya, spontan dan tegas sambil menyuakan padaku jam tangan tersebut. Kononnya nak beritahu yang jam tangan itu bukannya ada nama aku pun. Siap menyindir lagi. Hey mamat sombong, aku memang dah berniat nak beli jam ni lah. Cuma aku terlambat satu atau dua saat sahaja! Aci tak alasan aku macam tu?

Belum pun sempat aku hendak membalas, seorang jurujual wanita berkulit putih menghampiri kami.

"May I help you, sir?" jurujual wanita itu menyapa si oppa sombong.

"Yes, please. I would like to buy this watch." dengan pantas si oppa sombong itu menjawab.

"Sure." terus jurujual wanita itu membawa si oppa sombong itu ke kaunter cashier untuk membayar. Dengan tiada rasa bersalah langsung, lelaki itu segera membayar harga jam tangan tadi sebelum keluar dari kedai Fossil itu. Sempat dia memandang sinis sekali lagi kepadaku sebelum melangkah keluar dari situ. Memang spesis takde hati perut! Sampai hati betul...bentakku di dalam hati.

Aku hanya berdiri kaku di tempat yang sama sambil menahan geram. Terkejut pun iya, tapi lebih kepada geram. Kenapalah dalam banyak-banyak manusia, aku mesti jumpa dengan dia ni lagi? Kenapa mesti dalam situasi yang tak best? Hera yang sedari tadi terdiam terus menepuk bahuku.

"Babe! Bukan ke tu mamat muka Gong Yoo yang dalam flight tadi?" Tanyanya dengan muka yang nampak lebih terkejut dariku.

"Dia lah siapa lagi." Aku menjawab dengan nada separa bengang. Jurujual wanita tadi datang menghampiriku.

"Is there anything wrong, miss?" Dia bertanya. Mesti dia pelik tengok muka aku macam jerung kelaparan. Ya, memang aku rasa lapar pun sekarang ni. Rasa nak makan orang!

"I'm actually looking for a watch which has the same design as the one bought by the man who just left. Do you have another stock of it?" Saja aku mencuba nasib bertanya mengenai jam yang unik itu. Manalah tahu ada stok yang lain.

"I'm truly sorry miss. That was our last stock." Jawab jurujual tersebut dengan muka serba salah.

"But we have other designs which are quite interesting as well. What about this one?" Tanyanya lagi sambil menunjukkan padaku seutas jam tangan Fossil berwarna maroon.

"It's okay. Thank you. Maybe I'll come again next time." jawabku ringkas sambil menghadiahkan senyuman kepada jurujual tersebut sebelum dia berlalu pergi. Senyuman yang pahit.

Bagaikan anak kecil, aku terus memandang Hera dengan penuh rasa kecewa. Macam anak kecil yang merajuk kerana tidak berjaya meminta ibunya membelikan anak patung Barbie. Serius aku memang frust sangat-sangat! Hera segera menarikku keluar dari kedai tersebut. Kami terus berjalan menyusuri deretan kedai di tingkat satu itu. Aktiviti window shopping tetap diteruskan walaupun terpalit rasa kecewa di dalam hati.

He's my Mr Coldhearted.Where stories live. Discover now