BAB 2

12 1 0
                                    


"I believe this is supposed to be my seat." Aku tergamam melihat wajah si pemilik suara itu. Sebijik macam muka hero Korea pujaan hatiku, Gong Yoo! Aku rasa dia ni mesti Cina kot sebab takde muka Melayu langsung. Entah-entah Cina Perth nak balik kampung. Kalau Melayu takkanlah beriya-iya nak speaking bagai dengan aku yang memang berwajah Melayu tulen ni. Baik dia cakap Melayu aje. Ataupun dia memang sejenis lelaki poyo nak tunjuk lagak aje.

Lelaki berwajah persis Gong Yoo itu terus menunjukkan boarding passnya kepadaku. Aku pun segera membelek semula boarding passku. Alamak! Aku tersilap seat rupanya. Seat aku sepatutnya di tengah-tengah kedudukannya, bukan di kiri sekali. Aku terus memandang Hera yang sedang menekup mulut menahan ketawa. Cis...sempat kau gelakkan aku ek!

"Er..my mistake, sorry." Segera aku menjawab dengan muka serba salah.

"So, do you mind?" ujarnya lagi dengan nada yang agak tegas. Maksud tersiratnya nak suruh aku cepat-cepat beralih lah tu. Dengan riak muka sombong dan masam pulak tu. Eh urat senyum awak dah putus ke?

Cepat-cepat aku berganjak ke seat tengah. 'Harap muka aje hensem tapi berlagak. Buat malu Gong Yoo aje tau!' Sempat lagi aku membebel di dalam hati.

Tidak lama selepas itu, pesawat D7236 ke Perth itu pun berlepas. Aku sempat menjeling oppa sombong di sebelahku itu sebelum menyambung semula tidur yang terganggu tadi. Dia tengah baca buku rupanya. Dah tengah malam macam ni tidur ajelah. Dok rajin sangat nak baca buku tu dah kenapa? Sempat aku mengomel sendiri. Aku dapat rasakan dia menjelingku dengan ekor matanya yang sepet. Ah lantaklah. Bukan dia faham pun apa aku cakap.

Oleh sebab aku dah hilang rasa mengantuk disebabkan insiden tadi, aku pun segera mengeluarkan Sony Mp4 player milikku lalu melayan lagu-lagu lama kumpulan Guns'n'roses kesukaanku. Sesekali aku tidak menyedari bahawa aku terikut sekali menyanyi lagu-lagu tersebut sambil menutup mata seakan-akan menghayati liriknya.

Tiba-tiba sesuatu dihulurkan ke tangan kiriku. Sehelai kertas kecil! Aku segera membaca tulisan yang tertera di atas kertas kecil itu.

I'm trying to read, here. Do you mind? Your voice is quite disturbing!

Secara automatik kepalaku menoleh ke arah lelaki di sebelah kiriku itu. Mesti si sombong ni punya kerja. Main pas-pas kertas pulak dia. Bila masa dia tulis entah?

"I believe I wasn't singing that loud!" Aku membalas secara spontan. Tanda geram! Agak kuat juga suaraku sehingga aku dapat rasakan beberapa pasang mata termasuk pramugari seolah-olah memandang ke arahku.

Si oppa sombong itu juga kelihatan agak terkejut apabila menoleh ke arahku. Dapat kulihat dia menjegilkan mata ke arahku. Aku yakin dia tidak menjangka aku akan memberikan respon sebegitu. Terus dia meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Seolah-olah memberi amaran kepadaku supaya senyap. Kemudian dia terus menyambung pembacaannya seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Memang spesis hati kering!

Aku cuba menahan rasa geram di dalam hati. Kalau ikutkan rasa geram tu, hendak saja aku menjerit kuat-kuat kat telinga dia tu. Biar dia dengar lagi jelas suara halilintar aku ni. Tadi tu baru sedikit aje kuatnya. Dia belum dengar lagi suara halilintar aku macam mana. Anak-anak murid aku memang dah sedia maklum dah. Kalau aku marah, mulalah halilintar membelah bumi. Selang satu blok pun boleh dengar. Dia ni kira nasib baiklah sebab otak aku masih waras dan kami pula sedang berada di dalam flight. Waktu lepas tengah malam pulak tu.

Aku cuba menjeling ke arah buku yang sedang dibaca oleh si oppa sombong itu. Saja nak tahu buku apa yang best sangat tu. Eh, THE GIVER? Novel favourite aku, babe! Dia pun minat novel ni ke? Jarang aku nampak orang baca novel hasil karya penulis Lois Lowry ini. Kalau ada pun beberapa kerat sahaja termasuk aku. Orang zaman sekarang ni lebih suka baca novel cinta. Lebih-lebih lagi jika novel tersebut diadaptasi menjadi drama televisyen. Berlumba-lumbalah orang membeli. Novel The Giver ini lain sedikit dari yang lain. Boleh dikatakan berunsur sains fiksyen tetapi unik. Tidak sama macam buku fiksyen yang lain.

He's my Mr Coldhearted.Where stories live. Discover now