BAB 8

7 1 0
                                    

"BABE, phone kau dari tadi asyik berbunyi tak henti-henti ni!" teriak Hera dari atas katilnya.

"Aku tengah mandi lah. Macam mana nak jawab. Biar ajelah!" Jeritku dari dalam bilik mandi. Takkan lah aku nak berhenti mandi semata-mata nak jawab panggilan telefon pula kan?

"Nak aku jawabkan ke macam mana ni?"

"Cubalah tengokkan kat skrin tu call daripada siapa? Kut mak aku call ke."

"Call dari Jebon? Kau biar betul...Jebon mana pulak call kau ni weh?" teriak Hera lagi setelah melihat nama si pemanggill yang tertera pada skrin Iphone 8 plusku.

Aku hanya mampu mengekek dari dalam bilik mandi.

"Nak angkat ke tak call si Jebon ni?"

"Tak payah. Biarkan aje."

Sejurus selepas aku keluar dari bilik mandi, sebiji bantal melayang ke mukaku. Mujurlah tuala mandiku tak tertanggal. Hampeh betul si Hera ni!

"Jebon tu siapa oi?" Hera nampaknya masih tidak berpuas hati selagi tak tahu mengenai si pemanggil tadi.

"Sebok aje nak tahu. Haha. Bagilah aku pakai baju dulu kut ya pun."

"Baiklah makcik. Cepat pakai baju pastu spill!"

"Jebon tu mamat yang beriya kau cakap handsome tu lah, siapa lagi."

"Gong Yoo??"

"Ish apa dia pulak. Mengarutlah kau ni."

"Habis tu? Ke Jordan?"

"Dia lah...siapa lagi."

"Manalah tahu, kut Azhar kau tu ke yang call sebab rindu dah cuti sekolah ni kan?"

"Woi! Dia tu buat apa. Kau nak aku kena hamun dengan bini dia ke?" Aku mencubit paha Hera lalu menyebabkan dia terjerit kecil. Tiba-tiba aku teringat semula senyuman miang milik lelaki yang bergelar suami orang itu. Ish Hera ni spoil mood betullah!

"Haha aku gurau ajelah. So taknak call dia balik ke?"

"Aku? Call dia balik...memang tak lah."

Tiba-tiba Iphone 8 plus ku berbunyi lagi. Aku menjeling pada skrin.

"Speak of the devil." Siapa lagi kalau bukan Jordan yang menyebabkan di skrin handphone aku tertera '10 missed calls' tadi. Dia ni macam tahu-tahu ajelah orang tengah mengumpat pasal dia.

"Angkatlah cepat!" Hera pula lebih-lebih teruja.

"Yelah, yelah." Aku terus menekan butang 'answer'.

"Hello shy girl. Susahnya nak answer my call," kedengaran sedikit nada rajuk pada suara lelaki kacukan mat saleh itu. Apahal pulak nak merajuk dengan aku? Pastu tak habis-habis panggil aku shy girl ni kenapa? Aku bukan pemalu lah!

"Assalamualaikum." Aku menjawab dengan nada sinis.

"Ops...Sorry lupa. Waalaikumussalam."

"Kenapa call saya malam-malam ni?"

"Sajalah nak berbual dengan you. Did I disturb you or something?"

"Awak tak jawab soalan saya lagi. So I'm not going to answer your question, as well."

"Garangnya Miss Siti ni. I sangka Miss Siti ni pemalu saja."

"Wait... Siti?"

"Yes, Siti. Your name is Siti too, right? Siti Khadija, if I'm not mistaken."

He's my Mr Coldhearted.Where stories live. Discover now