BAB 6

7 1 0
                                    


CUACA pagi ini di Esperance agak baik. Kami bangun awal pagi, solat subuh dan segera bersarapan dengan roti dan jem yang dibeli sewaktu keluar makan malam di kedai kebab pada lewat petang semalam. Mujurlah kedai runcit di stesyen minyak yang berdekatan masih dibuka pada waktu itu. Sempat jugalah aku sambar minuman coklat jenama Dare yang terpaling sedap tu beberapa botol.

Sebelum bergerak ke Albany, aku segera menghubungi emak terlebih dahulu supaya emak tidak risau. Hera juga turut menghubungi ibunya. Kami turut bersiar-siar sambil mengambil gambar di kawasan sekitar motel terutamanya di trademark bandar Esperance iaitu arca yang dinamakan 'whale tail'. Kami juga sempat berposing di tepi pelabuhan yang berhadapan dengan motel.

Setelah check out daripada motel, kami terus memandu ke laluan Great Ocean Drive yang merupakan suatu pusingan yang di sekitarnya terdapat pantai-pantai dan observatory point yang menarik. Kami sempat berhenti di Salmon Beach dan Twilight Beach untuk bergambar. Cantik sangat pemandangan di kedua-dua pantai tersebut. Ditambah pula dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Sesuai untuk dijadikan tempat untuk berkelah.Sebenarnya banyak lagi pantai di laluan itu yang menarik tetapi disebabkan kami mengejar waktu, maka sempat singgah di dua pantai itu saja.

Kami juga turut melalui kawasan Pink Lake yang ada musimnya air di situ bertukar menjadi warna merah jambu akibat tindakan sejenis bakteria. Namun, sayangnya warnanya tidak begitu merah jambu pada waktu ini tetapi lebih kepada warna putih.

Setelah menyusuri laluan Great Ocean Drive, kami terus bergerak ke Stonehenge yang terletak lebih kurang 15 minit dari bandar Esperance. Stonehenge di sini adalah replika bagi stonehenge seperti yang terdapat di United Kingdom.

Pemilik stonehenge di Esperance ini membina stonehenge tersebut sebagai hak milik peribadi tetapi beliau turut membuka untuk dikunjungi oleh orang ramai pada hari tertentu dengan bayaran $10 seorang. Stonehenge tersebut terletak betul-betul di tanah lapang di belakang rumahnya. Beliau turut membuka kedai cenderahati dan kafeteria untuk pengunjung yang ingin singgah di situ.

Nasib kami agak baik kerana kami pengunjung pertama yang datang ke situ pada pagi ini. Oleh itu, kami bebas mengambil gambar di sekitar batu-batu unik di sekitar stonehenge tanpa gangguan.

Sedang aku dan Hera leka mengambil gambar, tiba-tiba whatsappku berbunyi. Elok pulak coverage Optus di kawasan itu.

'Morning, shy girl.' Whatsapp daripada Jordan!

Aku sengaja tak mahu menjawab. Pelik dengan sikap anak bujang Kak Hany ni. Takkanlah dia nak mengorat aku kot?

'Tak reply pun..are you still sleeping?' Sekali lagi aku hanya membaca tetapi sengaja tidak membalas.

'I know you're awake. Sedihnya, I dapat blue tick aje. It's okay. Have a nice day, dear.' Dia menghantar pula icon sedih.

Alamak. Kantoilah pulak. Lupa pulak whatsapp ni akan keluar blue tick bila kita dah baca mesej yang orang hantar pada kita!

Ah lantaklah.

"Ehem...ehem...si handsome tu ke yang whatsapp?" Hera tiba-tiba menjenguk skrin Iphone 8 plusku.

"Dialah siapa lagi."

"Ish...jealous betul aku. Nasib baiklah aku dah ada tunang, kalau tak mau cair jugak dibuatnya. Hihi."

"Banyaklah kau. Pantang nampak yang berdahi licin kau ni, eh?"

Hera terus ketawa.

"Bukan apa, babe...aku rasa dia tu macam minat kat kau lah."

He's my Mr Coldhearted.Where stories live. Discover now