CURIOUSITY

33 2 0
                                    

Keesokan harinya Seungwoo pun bersarapan bersama Wonyoung sebelum Dohyon menjemputnya ke sekolah. Wonyoung berasa pelik melihat papanya yang tidak berselera untuk makan. Manakala Eunbi sudah ke hospitalnya sejak awal pagi lagi, jadual padat katanya.

''pa...''

''ya, Wony?''

''papa ada masalah ke? Papa terasa dengan Wony eh pasal semalam...wony mintak maaf pa...ke papa terasa dengan abang?'' tanya Wonyoung lagi.

''tak sayang..papa cuma...macam ni, semalam papa terbangun lepastu papa tengok pintu depan tak berkunci, papa ingat nak kuncikan tapi waktu tu papa ternampak macam ada perempuan kat luar...'' jelas Seungwoo.

''pa..semalam wony dengar bunyi bising pa..wony rasa dari luar..Wony macam ada dengar bunyi enjin kereta tapi Wony takutlah nak intai pukul 2 pagi dah...takutlah..lepastu Wony nampak juga perempuan tu..dari belakang nampak macam mama pun ada..tapi Wony terus tidur..tak berani..''

''WONYOUNG! WEI AKU DAH SAMPAI NI...'' jerit Dohyon membuatkan perbualan dua beranak itu terhenti. Wonyoung pun bergegas ke sekolah selepas mencium dahi papanya itu.

Seungwoo pula tersentak mendengarkan kata-kata terakhir anaknya itu. 

''Eunbi....dia buat apa malam-malam..?''- bisik hati Seungwoo

SKIP

''SORRY LAMBAT, tadi aku tengah cerita dengan papa aku..'' jelas Wonyoung.

''takpe...asal ni, pucat je muka sakit ke?'' tanya Dohyon sambil meletakkan tangannya ke dahi Wonyoung, terpancar jelas kerisauannya terhadap buah hatinya itu.

Ya, buah hati.. walaupun mereka dah lama berkawan sejak tadika lagi, tapi diam tak diam rupanya Dohyon mula menyayangi Wonyoung bahkan melebihi daripada seorang sahabat, begitu juga dengan Wonyoung. Namun, mereka masih keliru dengan perasaan masing-masing.

''aku ok...aku rasa kan semenjak papa hilang ingatan keluarga kitorang ni macam pelik sangat...aku tak taulah...abang aku....aku tak tahulah dia dari dulu aku tengok bencikan papa...yang peliknya mama dengan abang beria nak sembunyikan hal kemalangan papa...pelik kan...''

''kak Yena pun ada cakap macam tu kat aku...apa eh sebenarnya yang jadi...won, aku nak kalau kau ada masalah terus cari or hubungi aku, kau tahu kan aku akan lindungi kau...aku sayang kau..''

'aku pun sayang kau dodo, even lebih dari sebagai seorang kawan...dengan kau aku rasa selamat sangat..'- kata Wonyoung namun hanya mampu dilafazkan di dalam relung hatinya.

SKIP

Seungwoo yang baru tersedar setelah terlelap selepas mengambil ubat yang telah disediakan oleh isterinya itu  ke laman belakang rumahnya untuk menghirup udara yang segar setelah berminggu-minggu terperuk di dalam rumah. Ketika dia ingin duduk sambil menikmati teh hangatnya itu, dilihatnya sebuah pondok kecil yang kelihatan terbiar. Seungwoo berasa curiga lalu menghampiri pondok tersebut.

''stor ke ni..Eunbi tak cakap apa pulak pasal tempat ni...tapi..tempat ni dekat dengan bilik Wonyoung..agaknya dari sinilah bunyi yang dia dengar semalam..hmm..'' gumam Seungwoo.

'' gumam Seungwoo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE TRUTH UNTOLD (COMPLETED)Where stories live. Discover now