15

28 5 0
                                    

Doktor memeriksa mata Suho. Chanyeol dan Yunho hanya menunggu.

"Ada berapa jari?" tanya doktor dan tunjuk dua jari.

Di mata Suho, dia dapat lihat banyak jari disekeliling matanya.

"Saya tak tahu. Terlalu banyak jari" jawab Suho.

"Doktor, apa sebenarnya yang terjadi pada dia?" tanya Chanyeol.

"Saya juga kurang pasti macam mana dia boleh jadi begini. Ini benda baru yang saya dapat selama saya bekerja sebagai doktor. Saya tak tahu siapa dan macam mana mereka boleh hasilkan dos yang boleh menyebabkan kekeliruan pada mata" jelas doktor.

Donghan berlari masuk ke bilik Suho.

"Yunho! Ada yang tak kena dengan Jongho!" kata Donghan.

Chanyeol dan Yunho berlari ke bilik Jongho. Sebaik mereka tiba di bilik Jongho, mereka lihat San memeluk Jongho yang sedang ketakutan.

"Kenapa semuanya nampak pelik? Apa jadi? Kenapa semua berputar? Kenapa dengan mata saya?" tanya Jongho takut.

Doktor Hongji keluar dari pejabatnya dan terkejut melihat Seonghwa pengsan.

"Seonghwa! Kenapa ni? Apa jadi?"

Seonghwa tersedar apabila dia dengar suara Doktor Hongji.

"Kamu tak apa-apa?" tanya Doktor Hongji.

"Ya. Saya tak apa-apa" jawab Seonghwa.

"Betul ni?" tanya Doktor Hongji sekali lagi.

Seonghwa mengangguk.

"Mari saya bawa kamu ke bilik" kata Doktor Hongji dan bawa Seonghwa kembali ke bilik.

Junyoung berlari ke arah Doktor Hongji dan Seonghwa.

"Seonghwa! Lama saya cari kau. Hongjoong mencari kau. Kau tak apa-apa?" tanya Junyoung.

"Seonghwa perlu berehat" kata Doktor Hongji.

"Takpe. Saya ok. Saya nak jumpa Hongjoong" kata Seonghwa.

"Kamu pasti?" tanya Doktor Hongji.

"Jangan risau. Saya tak paksa diri" kata Seonghwa.

Seonghwa terus berjalan dengan Junyoung menuju ke bilik Hongjoong. Doktor Hongji tetap risau tentang Seonghwa.

"Jongho macam mana?" tanya Suho.

"Dia masih terkejut. San dan Donghan masih cuba menenangkan dia" kata Yunho.

"Minta maaf sebab semua ni berlaku. Saya patut bagitahu kau malam tu" kata Suho.

"Bukan salah kau. Kau buat dengan baik sebab ikut Jongho" kata Yunho.

"Mana Chanyeol?" tanya Suho.

"Dia pergi jumpa mangsa untuk tahu jika dia mengalami benda yang sama dengan kau dan Jongho" kata Yunho.

Chanyeol bertemu dengan mangsa, Seo Changbin yang masih terbaring di katil. Selepas dia ditemui, dia tak buat apa-apa. Dia tak menunjukkan apa-apa reaksi atau bercakap dengan sesiapa.

"Encik Changbin, awak boleh dengar?" tanya Chanyeol.

Changbin tetap diam.

"Saya mahu tanya sesuatu dengan encik. Sewaktu encik ikut arahan surat tu, encik bertemu dengan mereka di bawah jambatan?" tanya Chanyeol.

Dia masih diam.

"Lepas tu, mereka ikat encik dan paksa untuk menghidu gas, betul tak?"

Apabila Chanyeol mengatakan 'menghidu gas', dia menunjukkan reaksi.

Promise (Slow Update)Where stories live. Discover now