13

57 4 0
                                    

"Itu sahaja. Saya harap kamu faham keadaan ni" kata Doktor Hongji.

"Ya. Saya tahu. Tak lama lagi lepas ni saya betul-betul takde di dunia ni" kata Ilyeom.

"Kamu dah mati lebih 50 tahun sekarang. Sebelum tarikh pembedahan tu, ada apa-apa kamu mahu lakukan?" tanya Doktor Hongji.

"Benda yang saya nak?" tanya Ilyeom.

"Ya. Apa sahaja sebelum kamu tiada lagi" kata Doktor Hongji.

"Hmm, apa ye?"

Ilyeom memikirkan benda yang dia mahu lakukan.

"Ah, ada! Tapi permintaan saya banyak" kata Ilyeom.

"Kamu ada masa dua hari lagi. Apa permintaan kamu?" tanya Doktor Hongji.

"Saya nak jalan-jalan!" jawab Ilyeom.

"Kenapa kita kena bawa dia jalan-jalan?" tanya Minseok.

"Ia permintaan Ilyeom. Doktor kata ikut sahaja apa permintaan dia" kata Kyungsoo.

"Kenapa tak Junyoung dengan doktor yang bawa dia?" tanya Minseok tak puas hati.

"Doktor perlu buat persediaan untuk pembedahan tu. Junyoung pulak perlu jaga Hongjoong sebab kau tau kan" kata Kyungsoo.

"Dan kita pulak kena jaga budak 12 tahun dalam badan orang dewasa ni. Kenapa taman hiburan?" tanya Minseok.

"Saya dah lama nak pergi taman hiburan. Sebelum pembedahan, saya nak berseronok dulu. Saya nak cuba naik roller coaster!"

"Oi, jangan pergi sesuka hatilah!" jerit Minseok.

"Biarlah. Dia nak berseronok tu" kata Kyungsoo.

Mereka meluangkan masa bersama menaiki permainan yang ada di taman hiburan. Mereka juga bermain permainan. Mereka berasa seronok bermain sehingga hari semakin gelap.

"Saya tak sangka kita main sampai hari nak gelap" kata Kyungsoo.

Minseok dan Kyungsoo duduk di bangku berehat sementara Ilyeom pergi bermain. Mereka memerhatikan Ilyeom dari jauh.

"Bila kali terakhir kita rasa seronok macam ni?" tanya Minseok.

"Seingat saya kita tak pernah main permainan ni sejak kita lahir lagi" kata Kyungsoo.

"Yelahkan. Kita dipaksa ikut arahan dan jadi bahan macam patung diorang" kata Minseok.

"Apa kau fikirkan?" tanya Kyungsoo.

"Ah, kau cakap Yunho nak selamatkan yang lainkan? Entahlah. Bukannya kita ada keluarga pun kat sana" kata Minseok.

"Yelahkan" kata Kyungsoo.

"Kalau dia selamatkan mereka pun, mereka tetap hidup merana lagi. Mereka dah lama hidup di dunia yang diselubungi dengan gelap tanpa dapat tengok cahaya yang betul" kata Minseok.

"Kalau kita bagi peluang kat Yunho, mereka akan bebaskan" kata Kyungsoo.

"Bebas ke? Macam mana rasanya bebas?"

Minseok memandang ke langit. Melihat warna langit berubah sebelum gelap. Ilyeom kembali ke Minseok dan Kyungsoo.

"Seronok betul tadi. Kita ke tempat lain pulak" kata Ilyeom.

Mereka berjalan di kubur. Ilyeom membawa sejambak bunga. Minseok dan Kyungsoo ikut di belakang.

"Kenapa kita kat sini?" tanya Minseok.

"Saya nak melawat seseorang" kata Ilyeom.

Mereka tiba di sebuah kubur. Pada kubur itu tertulis namanya.

Promise (Slow Update)Where stories live. Discover now