3

62 8 0
                                    

Hongjoong duduk di luar pada waktu malam di kerusi sambil memandang ke arah langit. Seonghwa keluar dengan bawa dua cawan panas dan selimut.

"Nah" kata Seonghwa dan beri cawan panas kepada Hongjoong.

Hongjoong ambil dan minumnya. Seonghwa balutkan Hongjoong dengan selimut.

"Kamu suka tengok bintang?" tanya Seonghwa.

Hongjoong mengangguk.

"Saya juga. Saya selalu pandang ke bintang dengan seseorang yang saya sayang" kata Seonghwa.

Hongjoong memandang kepada Seonghwa seperti dia bertanya siapa.

"Saya tak boleh bagitahu awak sekarang tapi satu hari nanti saya bagitahu awak siapa orang yang saya sayang" kata Seonghwa.

Yunho tiba di rumah.

"Yunho, lambat balik" kata Seonghwa.

"Ah, lepas jumpa kawan dia tiba-tiba ajak makan sekali. Itu yang lambat" kata Yunho.

"Kalau awak dah makan, takpelah" kata Seonghwa.

Yunho teringat akan laporan yang diberi oleh Prof Chanyeol tentang Hongjoong bahawa dia sebenarnya dah 'mati'.

"Yunho, kenapa?" tanya Seonghwa.

"Oh, takde apa. Buat apa kat luar?" tanya Yunho.

"Saja. Tengok bintang dengan Hongjoong" jawab Seonghwa.

"Oh, yeke? Saya rasa penatlah. Saya nak masuk tidur dulu" kata Yunho.

"Um, selamat malam" ucap Seonghwa.

Yunho terus masuk ke biliknya. Dia duduk di katil dengan perasaan yang sangat beban untuk dia tampung.

"Macam mana saya nak bagitahu Seonghwa hyung?" tanyanya sendirian.

Esok paginya, Yunho keluar dari bilik. Di ruang tamu, hanya Hongjoong sahaja berada di situ. Seonghwa dan Wooyoung sudah pergi kerja manakala Mingi dan Yeosang pula sudah pergi kelas. Hanya tinggal Hongjoong dan Yunho sahaja. Yunho menggaru kepala memikirkan apa yang dia mahu buat dengan Hongjoong.

"Hongjoong" panggil Yunho.

Hongjoong memandang ke arah Yunho.

"Awak nak main permainan tak?" tanya Yunho.

Hongjoong mengangguk.

Seonghwa berada di restoran. Sebelum restoran itu dibuka, dia menyediakan bahan atas dapur untuk mempermudahkan kerja memasak. Dia masih berseorangan di restoran. Suho juga berada di situ. Mereka tak cakap apa-apa.

Beberapa kali Suho memandang kepada Seonghwa. Dia berharap Seonghwa memandangnya semula tapi dia tak pandang pun. Bila Suho memandang ke arah lain, Seonghwa pula yang memandang kepadanya. Ia terus berlalu sehingga semua pekerja tiba dan memulakan perniagaan mereka.

Sedang mereka memasak, salah seorang pekerja tak sengaja menumpahkan minyak menyebabkan api marak. Seonghwa berada di hadapan api yang marak itu menyebabkan dia mengingatkan kejadian dahulu. Dengan pantas dia mengangkat tangannya melindungi dirinya dan jatuh.

Semua pekerja di dapur termasuk Suho terkejut dengan kejadian itu. Seonghwa pula sudah jatuh pengsan.

"Seonghwa! Hoi, Seonghwa! Awak tak apa-apa ke?" tanya pekerja.

Semua menunjukkan riak yang risau terutama Suho. Dia terus ke arah Seonghwa.

"Seonghwa! Seonghwa, bangun!"

Berapa kali dikejutkan pun, dia tetap tidak bangun. Suho terus mengangkat Seonghwa untuk membawanya ke hospital.

Wooyoung dan San berlari masuk ke hospital. Mereka berlari masuk ke bilik rawatan.

Promise (Slow Update)Where stories live. Discover now