18

30 7 1
                                    

"Pasal Changbin, biar saya uruskan. Kamu kena kembali ke hospital" kata Chanyeol.

"Ya... Ah!"

Seonghwa tiba-tiba mengalami sakit kepala.

"Seonghwa!"

Wooyoung masuk ke dalam bilik.

"Wooyoung..."

Wooyoung memeluk Seonghwa dan menangis.

"Saya tahu hyung masih hidup. Nasib baik" kata Wooyoung.

"Wooyoung?"

"Ke mana hyung menghilang? Kitaorang dah lama tunggu hyung balik! Saya ingat hyung dah takde tapi Yunho selalu kata untuk percaya yang hyung masih hidup. Hyung ada kat sini dan masih hidup" kata Wooyoung.

"Maaf, saya merisaukan kamu" kata Seonghwa dan menepuk kepala Wooyoung.

Wooyoung dah lama tak merasa ditepuk kepala dengan Seonghwa. Dia amat rindu.

"Sekarang bukan masa untuk gembira. Seonghwa, kau perlu kembali ke Doktor Hongji sebelum yang lain tiba. Kau tak boleh jumpa mereka lagi" kata Chanyeol.

"Apa maksud kau? Kenapa nak rahsiakan? Mingi dengan Yeosang mesti gembira juga" kata Wooyoung.

"Maaf, Wooyoung tapi sekarang saya tak boleh. Boleh kamu rahsiakan?" tanya Seonghwa.

Wooyoung masih tak setuju dengan cadangan itu.

"Lepas semua ni berakhir, saya belikan manisan untuk awak" kata Seonghwa.

"Janji dengan saya jangan menghilang lagi" kata Wooyoung.

"Saya janji. Kita akan jumpa lagi" kata Seonghwa.

Seonghwa terus berlari keluar dari bilik.

"Sekarang, kau kena dermakan darah kau untuk selamatkan Jongho dan Yunho" kata Chanyeol.

"Jongho boleh diselamatkan ke?" tanya Wooyoung.

"Ya. Ia berita gembira" kata Chanyeol.

"Saya kena bagitahu San cepat" kata Wooyoung dan berlari keluar.

Seonghwa kembali ke hospital.

"Seonghwa! Ke mana kamu menghilang? Saya risau pasal kamu" kata Doktor Hongji.

"Minta maaf" ucap Seonghwa.

Doktor Hongji memeluk Seonghwa.

"Nasib baik. Kalau ada apa-apa terjadi pada kamu, saya tak tahu nak buat apa" kata Doktor Hongji.

"Doktor... boleh saya tahu macam mana doktor boleh jumpa dengan mak dan ayah saya?" tanya Seonghwa.

"Saya kenal ibu bapa kamu ke?" tanya Doktor Hongji.

"Mestilah kenal. 20 tahun lepas, saya jumpa dengan doktor" kata Seonghwa.

"... Hwa-ah?"

Seonghwa telah menceritakan segalanya tentang kejadian kebakaran dan tentang Seyong.

"Saya tak pernah sangka... Kamu dan Seyong adalah anak Park Yuri. Apa yang saya dah buat?"

Doktor Hongji berasa bersalah sebab melakukan eksperimen itu terhadap anak Park Yuri dan Giseok.

"Doktor jangan salahkan diri sendiri. Doktor terpaksa lakukan semua tu" kata Seonghwa.

"Kalaulah saya jumpa kamu dengan cepat, semua ni takkan terjadi" kata Doktor Hongji.

"Ini juga keputusan Seyong. Saya faham tindakannya. Pada mulanya saya ingat ia salah saya sebab Seyong bunuh diri. Lepas berjumpa dengan Hongjoong dan mengetahui tentang ni, akhirnya saya faham kenapa. Seyong lakukan tu sebab dia tak mahu kembali dilakukan eksperimen itu. Macam apa yang terjadi pada Hongjoong" kata Seonghwa.

Promise (Slow Update)Where stories live. Discover now