16

26 4 2
                                    

San berlari dengan laju menuju ke hospital. Sampai sahaja di hospital, dia berlari ke arah bilik Jongho.

'Jongho, tolonglah selamat'

San tiba di bilik itu. Dia terkejut melihat keadaan Jongho. Doktor berjaya menstabilkan Jongho. Jongho memakai topeng oksigen.

"Doktor, apa jadi pada adik saya?" tanya San.

"Kami juga tak pasti apa yang terjadi. Tiba-tiba, keadaannya teruk. Sekarang, adik encik dalam koma" jelas doktor.

Lemah San apabila dia diberitahu Jongho koma.

"Tak... Ni tipu. Doktor boleh selamatkan dia kan? Tolonglah! Adik saya belum dapat tunaikan impiannya lagi!" pinta San.

"Saya minta maaf. Kami buat apa yang kami boleh" kata doktor.

"San..."

San sudah menangis. Dia sedih mendengar keadaan Jongho yang sekarang sudah koma. Dia terus ke arah Jongho.

"Jongho... bangunlah... Jangan takutkan hyung... Tolonglah..." pintanya.


Chanyeol menanya soalan kepada dua orang pegawai polis yang menjaga malam tadi. Pada masa yang sama, Yunho tiba di hospital.

"Chanyeol! Macam mana dengan Jongho?" tanya Yunho.

"Dia koma" jawab Chanyeol.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" tanya Yunho.

"Saya bertanya pada dua orang yang berjaga semalam. Mereka kata mereka tak ingat macam mana mereka boleh tertidur. Mungkin sewaktu mereka ditidurkan, seseorang masuk ke bilik dan lakukan sesuatu pada Jongho" jelas Chanyeol.

"Macam mana dengan San?" tanya Yunho.

Chanyeol cuma boleh mengeluh sahaja.

San masih setia duduk di sebelah Jongho yang koma. Yunho datang mendekatinya.

"Kau ok?" tanya Yunho.

"Kenapa mesti Jongho? Jongho masih remaja lagi tapi dia hadapi semua ni. Sekarang, dia koma. Apa yang saya perlu buat dengan dia? Macam mana kalau ia berkait dengan nyawa dia? Kalau dia mati macam mana?"

"San! Kau kena percaya Jongho takkan mati. Kalau macam ni berterusan, bukan Jongho yang makin teruk tapi kau" kata Yunho.

San terdiam.

"Saya hadapi sesuatu yang lebih teruk daripada ni. Saya kehilangan orang yang saya hormat di depan mata saya sebab saya tak boleh selamatkannya. Saya terfikir kalau saya juga akan mati bersama dengan dia tapi dia selamatkan nyawa saya dan serahkan tanggungjawab yang besar dan berat pada saya"

'Saya serahkan pada awak, Yunho...'

"Memang pada mulanya saya sedih sebab kehilangan dia tapi Senior Chen selamatkan nyawa saya untuk membanteras jenayah dunia ni. Saya tak boleh nak sia-siakan nyawa yang dia gadaikan" kata Yunho.

"Apa kaitannya dengan saya?"

"Memang ada kaitan! Saya faham situasi awak. Begitu juga dengan Suho. Sewaktu dia berumur 12 tahun, pada hari jadi dia. Pada hari tu, Suho kehilangan kedua ibu bapanya dan adiknya! Sekelip mata sahaja, mereka telah meninggal di tempat kejadian. Hanya Suho sahaja yang selamat. Macam mana Suho boleh lagi hidup sampai sekarang? Dia juga tak sia-siakan hidup dan nyawanya! Seonghwa juga! Seonghwa juga sedih sebab kehilangan adiknya tapi dia tetap teruskan hidup sebab dia masih ada orang yang dia perlu jaga... Mingi... Wooyoung... Yeosang..."

Yunho memeluk San.

"Sekarang saya yang perlu jaga mereka lepas Seonghwa hilang... Mereka orang yang saya sayang lepas saya kehilangan senior saya. Awak pun tak boleh putus asa. Kau kena percaya bahawa Jongho akan sedar. Walau macam mana pun..." kata Yunho.


Promise (Slow Update)Where stories live. Discover now