2019

12.5K 28 0
                                    

Aku terlihat bayang di hujung mata... berjalan menghampiri tempat aku berdiri. Aku menoleh. Pelajar baru. "Ouh..I see"itu sahaja yang terpancul keluar dari mulutku. Dia juga turut membalas renungan mataku lalu laju mengalihkan pandangan,mungkin malu diperhatikan sebegitu..'semken gila nak malu-malu bagai..'getus hatiku.

"Weyyyyy,hensemmyaaa siapa tu siapa tuuuuu!!!!",Milah mulai menggila."Manalah aku tau,nanti kau sendirilah usha dia",aku jawap malas. Yeaa dulu mungkin aku seronok bila ada orang baru masuk sekolah,sekarang aihh....maklumlah dah last year. Malas nak masuk line lah...

Waktu perhimpunan tamat dan kami mulai beransur ke kelas masing-masing.

Aku,Hanna Kylie Ofylia. Gadis kacukan Russian-Sabah. Aku sudah menetap di Malaysia sejak berumur 7tahun. Rakan-rakanku terdiri daripada Mila,Lily,Lea,Dan Bella Sudah masak dengan perangai masing-masing yang sentiasa masuk air.

Baru sejam duduk dalam kelas,aku rasa dah ramai minah asyik lalu lalang depan kelas aku. Dah kenapa? Ada artis ke??? Kelihatan Mila Dan Lea turut sama tergolong dalam minah yang asyik lalu lalang depan kelas aku. 'Pelik...'Aku memerhatikan mereka berdua,saat melewati makmal seni,mereka menoleh le arah kelas sebelum kelasku. Kelihatan juga pelajar tingkatan empat yang berbuat demikian juga. 'Aikk?Ada apa kat situ???'

Keesokan harinya aku menerima mesej,"Hi,I'm Liam. Save my number🙂" Berkerut kening aku memikirkan siapakah gerangan tersebut. Rupanya semalam yang kecoh tiber ramai lalu lalang kat kelas aku sebab tengok budak baru masuk tu. 'Patutla....' Semangat gila Mila menceritakan kepada aku,Lily dan Bella.

Soal si Liam ni,aku taknak fikir. It's my work time now. Koperasi sekolah. Tempat paling sempit aku kena masuk dan jaga. Beberapa kawan setugasku juga sedang sibuk menguruskan pelajar yang datang membeli alat tulis. Aku terpandang kaunter depan. Muka macam familiar... Oh pelajar baru tu... Aku menghampiri kaunter,"Ye,nak beli apa?" Dia mungkin nervous kot,"Err,saya pelajar baru,saya taktau nak beli yang mana. Nak beli semualah"

Aku memandangnya seakan tak percaya. 'wtff,semua?Kaya sangat nak beli satu koperasi hahahaha.'geli hati tengok pelajar baru ni. Disebabkan dia sebaya aku,aku taulah pakej mana dia patut beli,bukannya borong satu koperasi.. Semuanya selesai dan dia menghulurkan duit. 'Apehey menggeletar tangan dia bagi duit?' Maklumlah pelajar baru...

Aku pulang ke rumah dan menerima mesej lagi,"Terima kasih handle beli barang tadi😉"-Liam-

Ooooo dia rupanya si Liam tu...Okay..but dari mana dia dapat nombor aku???That's weird.

Liam confess dia sukakan aku. Happy gila tak terkata bila newbie suka aku. Dia kata dari insiden kat koperasi(yang dia kata nak beli semua tu) dia dah mula ada feeling. Tapi yeaa,aku kena hati-hati. Sebab sekarang pun si Liam tu femes dikalangan gadis-gadis. Tak kira form bhaii,semua tingkatan taruh harapan kat dia. Maklumlah,ada rupa.

Cuti Tahun Baru Cina buat aku lupa kat sekolah jap,aku pun lupa jap kat si Liam tu. Habis cuti,aku clean tanpa feeling-feeling kat dia. Tapi si Liam tak give up. Dia still cuba sampaikan feeling dia kat aku. Kawan-kawan aku taktau Liam confess kat aku. Aku pun diam je.

Makin lama Liam makin ramah dengan aku,setiap kali aku ternampak dia,dia senyum tu alahai....manis lah...Dia pun selalu chat aku. Suspicious jugak. Tapi uishh Hanna behave. Bukan tak terpikat,terpikat. Hati ni asyik cair nampak dia. Tapi aku taknak berebut dengan minah lain. Jadi aku chill-chill je...aku buat hal aku,dia buat hal dia. Kalau dia betul,dia yang cari aku bukan aku yang cari dia.

Hari kantin sekolah,which mean dah lima bulan aku kenal dia. Sepanjang di sekolah,dia sentiasa mengambil peluang perhatikan aku. Tapi yea Hanna masih dengan chill dia. Cool dia tu,lelaki pun kalah. Perghh...

Beberapa hari kemudian,berita tersebar dalam group WhatsApp,Liam dah confess feeling dia kat Lea. Broken teruk aku wey. Dia letakkan harapan kat aku. Tapi sekarang dia dengan kawan aku...

Menggelegak panas darah aku bila Liam chat aku,dia kata "I choose her,she's my girl" Wtfffff,dia bagi harapan kat aku tapi ini yang aku dapat????Merah padam muka Hanna menahan amarah. Sedih memang sedih,tapi amarah mengawal dirinya.

Liam masih boleh tersenyum tatakala memandang aku di sekolah. Dia seakan lupa apa dia dah buat. Kelihatan Lea juga mulai kerap ke kelas Liam. Lagi panas je mata aku melihat. Saat kami berkumpul ramai-ramai,Lea tidak kelihatan. "Mana Lea?",tanyaku. "Mana lagi kalau berkepit dengan boyff dia",ujar Lily.

Memang turun naik dada aku menahan geram. Sedangkan tadi aku terlanggar bahu Lea sewaktu dia dengan boyff dia pun,dia boleh memarahi aku,"Jalan elok-elok sikit boleh tak???",Lea memandangku dengan muka bengis. 'Aikk aku pulak kena marah?Sedangkan dia yang jalan terhuyung hayang,bertepuk tampar dengan boyff dia,aku pulak yang kena marah?????' Kelihatan Liam di sebelah sekadar senyum mengejek.

Wahhh dasar melampau kau yea?okay fine. We see soon... Sepanjang tahun 2019,pelbagai aksi sweet yang mereka paparkan di sekolah dan social media,yang membuatkan aku meluat tengok mereka.

Rupanya bukan aku sahaja meluat melihat mereka,temanku dari kelas Lea juga turut merasakan benda yang sama,Jayden. Jayden juga meluahkan rasa yang sama sepertiku di WhatsApp.

"Tak apa...ini baru permulaan...I'll pay you double soon..",aku menanti masa yang sesuai untuk membalas dendam.

Hanna cuma mampu bersabar. Ini tahun perang baginya. Spm ujian besar untuk dilunaskan.

"Tunggulah kau..."

It's Not The End Where stories live. Discover now