Derap langkah kasut bertumit tinggi kedengaran menghiasi ruang lobi itu. Semua yang sedang menunggu di hadapan pintu lif menoleh ke arah bunyi tersebut. Sepasang kaki cantik mengenakan kasut tumit tinggi warna hitam, senada dengan pakaiannya. Rambut panjang yang sedikit beralun mengikut rentak tuan badannya.
"Good morning Cik Jaan," sapa seorang wanita saat si pemilik kasut tumit tinggi itu berhenti di hadapan pintu lif.
Jaan mengerling dan mengangguk kecil.
"Morning," jawabnya ringkas.
Saat itu pintu lif terkuak lebar. Tanpa menunggu barisan Jaan terus melangkah masuk terlebih dahulu, barulah diikuti orang lain. Jaan duduk di bahagian paling belakang. Baru pintu hendak tertutup, tiba-tiba ada dua orang lelaki menghalangnya dan membolos masuk.
"Fuh, nasib baik sempat." Lelaki yang memakai kemeja warna putih bersuara.
"Yang kau gelabah sangat kenapa? Ofis kau mula kerja pukul 9.00 kan? Ada setengah jam lagi." Lelaki yang kedua pula bersuara.
"Memanglah. Tapi, pejabat kita orang ada rules. Kena datang sebelum Cik Singa." Lelaki kemeja putih bercerita.
Walaupun dua lelaki itu berbisik, tetapi dengan keadaan ruangan kecil lif itu memang mudah untuk orang lain mendengarnya. Terdengar lelaki kedua ketawa.
"Cik Singa?"
"Yalah. Manager aku."
"Nama dia Cik Singa?"
"Bukanlah. Tu gelaran je. Nama dia Cik Jaan. Garang dia tak boleh bawa bincang. Dia selalu sampai opis pukul 8.40 pagi. Tepat. Sebab tu kita orang kena sampai sebelum tu."
"Oh... Teringin pula aku nak jumpa Cik Singa kau tu. Nak tengok segarang mana." Lelaki kedua itu kelihatan mengangguk-angguk masih dengan sisa tawanya.
Ting! Pintu lif terbuka di tingkat lima. Lelaki berkemeja putih turun di situ bersama beberapa orang lain. Jaan membetulkan hujung rambutnya sebelum dia mula bergerak. Sengaja dia melambat-lambatkan langkah.
"Excuse me." Jaan menegur lelaki kedua yang masih di situ. Mungkin lelaki itu hendak ke tingkat atas.
"Yes?"
"I nak lalu." Jaan mengerling lelaki itu yang baru masuk ke dalam lif selepas memberi laluan kepada orang lain untuk keluar.
"Oh... okey. Lalulah," jawab lelaki itu.
Jaan mengetap bibir bawah. Hatinya masih panas mendengar perbualan dua lelaki itu tadi mengenainya. Memang silap besar sebab dia naik satu lif!
"By the way... encik?" Jaan tidak terus berlalu. Nasib baik dalam lif ini hanya ada mereka berdua sahaja sekarang.
Lelaki itu mengerut dahi."Cakap dengan I ke?" Lelaki itu bertanya bodoh.
"Ada orang lain ke selain kita dalam lif ni?" sindir Jaan.
Nampak lelaki itu menarik senyuman senget."Sorrylah cik. I nak cepat. Dah lambat ni." Lelaki itu memberi alasan sekaligus menolak soalan Jaan tentang namanya tadi.
Jaan membulatkan mata apabila lelaki itu dengan selamba menutup pintu lif dan menghilang. Jaan bercekak pinggang. Tidak pernah-pernah ada lelaki menolak dirinya begitu. Dengan rasa geram dia memusingkan badan dan menuju ke pejabatnya.
+++
Firas masuk ke pejabat. Beg galas diletakkan di atas meja lalu dia mengeluarkan komputer ribanya. Kepala menoleh ke arah pintu apabila seorang staf menegur.
"Awal Encik Firas masuk hari ni."
Firas tersenyum pendek sebelum melabuhkan punggung di kerusi.
"Buatkan saya kopi boleh?" pinta Firas. Staf wanita itu mengangguk dan berlalu pergi.
Firas menyandarkan badan ke kerusi. Tanpa sedar bibirnya melahirkan tawa kecil. Entah kenapa dia jadi teringat kepada wanita rambut panjang yang dia jumpa di lif tadi. Dia memang sengaja menolak untuk memberitahu namanya tadi. Yalah, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba wanita itu bertanya namanya. Siapa tak pelik!
Tit... Tit... Bunyi pesanan WhatsApp masuk ke telefon pintar. Tertera nama rakan serumahnya, Latif aka lelaki berkemeja putih tadi. Firas membuka mesej tersebut.
Latif : Mampus! Cik Singa mengamuk.
Firas ketawa. Dapat dia bayangkan riak wajah Latif ketika ini. Dia menaip sesuatu dan menekan butang hantar.
Firas : Good luck, bro!
Latif : Kali ni memang mampus. Cik Singa ada dalam lif tadi!
Sebaik membaca ayat Latif itu badan Firas terus berdiri tegak. Kepala mula mencerna setiap orang yang dia lihat turun di tingkat lima tadi.
Firas : Cik Singa kau pakai baju warna apa hari ni?
Latif : Hitam.
Sah! Wanita yang dia jumpa dekat lif tadi. Sekali lagi bibir Firas menarik senyuman senget. Menarik.
YOU ARE READING
DINDA JANGAN MARAH-MARAH (COMPLETED)
RomanceBacaan untuk habiskan masa lapang di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kisah tentang Jaan aka Cik Singa dan Firas aka Mamat Lif. Bertemu tidak dirancang, tetapi jodoh kuat menyatukan. Dalam gaduh ada sayang. Bila masing-masing...