Part 10

1.5K 102 2
                                    

Pukul 10.00 pagi. Masih tiada jawapan balas daripada Firas. Entah berapa puluh kali Jaan melihat telefon sendiri. Kecil besar bebola matanya merenung dua tanda biru itu. Geram! Dia sudah menurunkan ego untuk meminta maaf, tetapi lelaki itu buat tidak endah pula.

"Tak boleh jadi ni," gumam Jaan.

Dia mengerling ke luar tingkap. Lebih tepat memandang ke meja kerja Latif. Lelaki itu sedang sibuk menaip laporan di komputernya. Jaan bangkit. Pagi ini satu kerja pun tak jalan gara-gara kepalanya asyik memikirkan perangai Firas.

"Latif?" Jaan menegur sebaik dia berdiri di belakang Latif. Lelaki itu berpaling dengan dahi berkerut.

"Kenapa?"

"Hmm..." Jaan berjeda seketika. Malu hendak bertanya, tetapi ini saja caranya yang dia fikir sekarang.

"Apa dia? Aku tengah sibuk ni. Nanti kau juga yang marah kalau report ni tak siap hari ni," ujar Latif selamba.

Jaan berdecit. Latif punya jawapan tak pernah tak sakit hati. Nasib baik kawan. Kalau tidak dah lama dia pelangkung si Latif itu. Sekali pelangkung dengan si Firas. Baru puas hati.

"Erm... Firas. Pejabat dia dekat level berapa?" tanya Jaan perlahan.

Sedaya upaya dia cuba memperlahankan suaranya kerana malu. Latif menarik senyuman lebar sehingga menampakkan barisan gigi hadapannya. Jaan berpeluk tubuh. Tahu sangat pasti sekejap lagi dia kena bahan.

"Kenapa kau tanya ofis dia? Nak pergi ke?" Latif mengangkat kening.

"A'ah."

"Ha? Biar betul?" Nampak riak terkejut di wajah Latif. Jaan mengangguk. Ya, itu yang dia hendak lakukan sekarang.

Latif mengecilkan pandangan.

"Kau nak buat apa pergi ofis dia?"

"Kau rasa?" Jaan pula bertanya. Dia menahan senyum apabila wajah Latif sudah berkerut-kerut.

"Tengok pada senyuman kau, aku rasa kau ada nak buat hal ni. Kau jangan..."

"Jangan apa? Kau yang suruh aku minta maaf dekat dia, kan? Aku dah buat. Tapi, masalahnya dia seen je. Dia tak balas." Cerita Jaan.

Mendengar jawapan Jaan barulah Latif kembali tersengih.

"Jadi, kau nak pergi bersemuka dengan dia? You go girl! Ini baru Jaan yang aku kenal. Berani."

"Cepatlah cakap pejabat dia dekat level berapa?" gesa Jaan.

"Tingkat 10. FReam Enterprise."

"Okey. Aku pergi sekejap. Kau sambung buat kerja." Jaan menjuihkan bibir ke arah komputer di hadapan Latif.

"Yalah. Kau jangan nak buat lebih-lebih pula. Firas tu lemah semangat," usik Latif selamba. Mereka sama-sama ketawa.

Jaan berjalan keluar dari pejabatnya dan masuk ke dalam lif. Sepanjang perjalanan hendak sampai ke Tingkat 10 itu, Jaan merasakan dadanya berdebar hebat. Dalam kepala sudah merencana apa yang hendak dilakukan sebentar lagi.

Ting! Pintu lif terkuak lebar. Jaan melangkah keluar dan matanya terus ternampak papan tanda yang tertulis FReam Enterprise. Kaki mengikut arah yang ditunjukkan. Jaan memerhatikan pintu masuk utama ke pejabat itu. Unik dengan susur atur beberapa buah lego saiz besar berwarna-warni.

"Selamat datang ke FReam. Boleh saya bantu cik?"

Tiba-tiba ada suara wanita menegur dari sisinya. Jaan berpaling. Dia membalas senyuman wanita bertudung oren itu.

"Saya nak berjumpa dengan Encik Firas," beritahu Jaan.

"Cik ada buat temu janji?"

Jaan menggeleng.

DINDA JANGAN MARAH-MARAH (COMPLETED)Where stories live. Discover now