Bagasi dibiarkan terdampar di ruang tamu. Mereka baru tiba di rumah Jaan. Selepas berbincang mereka membuat keputusan untuk duduk di situ sebagai rumah perkahwinan mereka. Rumah Firas pula ditinggalkan kepada Latif memandangkan memang lelaki itu sudah menyewa di sana.
"Malam ni you jadi keluar main futsal tak?" Jaan bertanya.
Firas yang sedang bergolek-golek di atas katil mengangkat kepala. Tangannya mencapai telefon dan tertera WhatsApp dari Latif mengingatkan janji mereka malam ini.
"Jadi. Ni Latif dah ingatkan."
"Keluar main futsal je tau. Jangan nak buat benda lain." Jaan mengingatkan.
Firas ni bukan boleh kira. Buatnya dia dan Latif naik hantu, pergi berjimba buat macam diri tu orang bujang. Memang nak kena piat telinga. Firas ketawa mendengar amaran dari mulut Jaan.
"Ya..."
"Jangan ya tak bertitik pula," sindir Jaan.
"Isy, dinda ni kuat cemburu betul. Cuba jangan fikir negatif sangat." Firas bangun dan mendekati Jaan.
Hidung isterinya dicuit.
"Perempuan kena tanam sifat cemburu, sifat was-was. Mana tahu kalau suami buat hal." Jaan mengangkat kening.
Sekali lagi Firas ketawa.
"Yalah... yalah..." Firas mengalah.
Kalau dah namanya perempuan, mana dia boleh menang kalau dah bercakap bab ini. Sebagai suami Firas faham kegusaran Jaan. Dia menarik tangan Jaan dan dibawa ke bibir. Jari jemari isterinya itu dicium lama.
"Dinda jangan risau. Kanda setia orangnya." Firas kenyit mata.
Jaan mencebik sebelum dia juga ketawa.
"Setia-setia juga. Pergi mandi. Nak masuk maghrib dah ni." Jaan bangkit dan tangannya mengambil bantal kecil lalu dibaling kepada Firas. Terkedek-kedek lelaki itu menyambutnya bersama tawa lantang di bibir. Suka sangat!
Selepas Firas keluar bermain futsal, Jaan mengunci semua pintu dan naik ke bilik. Dia tidak mahu kejadian dulu berulang lagi. Jarum jam ketika itu menginjak ke pukul 10.30 malam. Jaan menarik selimut dan terus membaringkan diri. Tanpa sedar dirinya terlelap tidak berapa lama kemudian.
Sedar-sedar saja, jam sudah menunjuk ke pukul 12.00 tengah malam. Automatik tangan Jaan menggagau ke sebelah. Masih kosong. Dia bangkit dan mencapai telefon pintar di atas meja sisi katil. Nombor Firas dicari lalu ditekan.
Tit... tit...
Panggilannya tidak dijawab. Jaan mula susah hati. Sekali lagi dia menekan nombor lelaki itu namun masih sama. Tiada jawapan. Laju jari Jaan mencari nombor Latif. Kali ini dia tidak menekan butang panggilan, tetapi dia membuat Face Time. Dia mahu lihat jika ada sesuatu telah berlaku ataupun tidak.
"Ha, Jaan. Kenapa?"
Sedang dia susah hati itu, terpampang wajah Latif memenuhi skrin telefon. Jaan menghembus nafas perlahan. Lega sedikit kerana sahabat yang seorang ini terlihat baik-baik saja.
"Firas mana? Aku call dia tak angkat." Terus Jaan mengutarakan soalan yang membelenggu benaknya.
Hati isteri mana yang tenang, jika berada di tempatnya. Telefon tak angkat. Sudahlah di tengah-tengah malam begini. Jaan takut jika berlaku sesuatu kepada Firas.
"Firas? Kejap..."
Terlihat Latif memusingkan kepala ke belakang. Sambil itu tangannya juga bergerak sekaligus membolehkan Jaan untuk melihat ruang futsal melalui skrin telefon. Dia mengerut dahi apabila ternampak orang yang dicari sedang bercakap-cakap dengan tiga orang wanita. Siap bergelak tawa lagi.
YOU ARE READING
DINDA JANGAN MARAH-MARAH (COMPLETED)
RomantizmBacaan untuk habiskan masa lapang di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kisah tentang Jaan aka Cik Singa dan Firas aka Mamat Lif. Bertemu tidak dirancang, tetapi jodoh kuat menyatukan. Dalam gaduh ada sayang. Bila masing-masing...