Part 13

1.6K 97 1
                                    

Usai mandi, Jaan terus melangkah ke meja solek. Botol losyen dicapai dan dia menyapu ke lengan, kaki dan leher. Selepas itu dia menyikat rambut. Entah macam mana hati tergerak untuk menyelak langsir. Tunas mata ternampak ada kelibat lelaki sedang berdiri tidak jauh dari rumahnya. Jaan mengecilkan pandangan.

"Hal?" soalnya sendiri.

Dia yakin itu Hal. Lelaki itu sedang berdiri di bawah pokok sambil bercakap di telefon. Jaan menutup langsir dan menuju ke katil. Dia mengambil telefon pintar dan nombor Firas ditekan. Tanpa berfikir panjang memang nama lelaki itu berada di fikiran saat ini.

"Helo." Suara Firas menjawab.

"Helo, Firas. Sorry kalau I kacau you."

"Tak adalah. I dekat luar ni. Baru nak on the way balik dari main futsal," jelas Firas.

"Erm, sebenarnya I takut. I nampak Hal berdiri depan rumah." Perlahan Jaan menjelaskan.

Terdengar desahan Firas di balik talian.

"Dia buat apa depan rumah you?"

"Tak tahu. I rasa dia memang tak berganjak dari tadi. Sebab dia still pakai baju sama."

"Isy, dia tu nak apa lagi?" Rungut Firas.

Jaan bergerak menghampiri langsir dan diselak lagi. Tubuh Hal masih ada di situ, cuma kali ini dia tidak lagi bercakap di telefon. Dari jauh dia lihat kepala Hal tertoleh ke kiri dan kanan. Seperti melihat persekitaran.

"You... I rasa Hal nak buat sesuatulah. Dia masih dekat luar," luah Jaan dengan hati disapa bimbang.

Masakan tidak risau. Dia hanya tinggal berseorangan di rumah sewa setingkat ini. Rumah di sebelah kiri dan kanan pula tidak berpenghuni. Selang tiga buah rumah barulah ada jiran yang menginap. Jaan mengetap bibir. Dia kenal Hal. Lelaki itu jenis yang tidak mahu kalah dan pantang dicabar.

"You dah kunci pintu?" tanya Firas.

"Dah. Semua dah kunci."

"You tunggu. I pergi sana. Dalam 10 minit I sampai." Firas memberi kata putus sekaligus membuatkan hati Jaan sedikit lega.

"Okey. I tunggu."

Jaan mematikan talian. Dia mundar-mandir di dalam bilik. Sesekali dia menjengah ke luar tingkap. Matanya membulat apabila terlihat Hal sedang memanjat pagarnya dan melompat masuk ke dalam. Jaan terus berundur.

"Jaan! Jaan!"

Kini pintu grill nya diketuk bersama panggilan dari Hal. Jaan menggenggam tangan sendiri. Marah bercampur takut dengan situasi yang sedang berlaku ini.

"Jaan, buka pintu ni. Kalau tidak I pecahkan." Hal melaung lagi.

Jaan keluar dari bilik tidur dan menghampiri pintu di ruang tamu.

"You nak apa Hal? Pergi balik!" Marah Jaan dari sebalik pintu.

"We need to talk, honey. I nak terangkan apa yang berlaku lima tahun lepas." Hal merayu domba di luar.

Jaan ketawa sinis.

"Tak ada apa yang nak kita bincang lagi. I dah move on. I dah jumpa lelaki yang lebih baik dari you. Jadi, berhenti kacau I. Pergi balik." Jaan meninggikan nada suaranya.

Kalau ikutkan dia mahu membuka pintu dan menghadiahkan penampar ke wajah Hal. Baru puas hatinya.

"I putus dengan you sebab mama I. Tapi, I sedar I silap. I sepatutnya pertahankan cinta kita."

"Habis, sekarang mama you dah suka I ke? Sebab tu you datang sini?" sindir Jaan.

Terdengar keluhan terbit dari bibir Hal.

DINDA JANGAN MARAH-MARAH (COMPLETED)Where stories live. Discover now