jeonwoneun
aku taktau nak pandang mana skang ni. and a bit scare skang. sebab apa? sebab dia laki! ada lelaki dalam bilik aku!
ko bayangkan, aku dengan tak nampaknya dia and aku skang kat katil ha. maunya dia tiba tiba tolak aku atas katil?!
kk relax woneun! kau banyak berfikir la bodoe!
"hei hei kau pikir apa? nak dengar tak ni??" tanya dia. aku membuat reaction terkejut.
kalau dia ada kuasa halimunan, takkan la dia ada kuasa baca fikiran orang? banyak tul kuasa dia!
"kau ada kuasa baca fikiran orang ke?" tanyaku spontan dicampurkan muka innocent.
"kenapa? kau fikir aku akan tolak kau atas katil ke?" tanya saka aku atau lebih mesra lee seokmin.
aku membuat membulatkan mataku. actually nak pandang dia dengan mata bulat tapi AKU TAKTAU DIA KT MANAAAA.
"just kidding.. aku takde lah kuasa baca fikiran orang apa kau mengarut nih?" balasnya. aku terkebil kebil.
ashelamat... tapi tekaan dia betul sia tacod la pulak.
"ok, aku sebenarnya datang dari dimension lain. aku tak tahan nak duduk dekat dimension aku, so aku ambil teleport ayah aku and chao." ceritanya ringkas.
again, aku terkebil kebil.
"and how can aku takboleh nampak kau? effect dari teleport ke acana?" tanya ku lagi.
"nice question. let me sambung.. tapi parent aku tak benarkan aku pergi. so ayah aku baling something yang macam bomb kat aku. sebelum dia baling, dia macam baca mantera untuk invisiblekan aku. and orang takkan dengar suara aku n nampak aku.."
"DAHTU KENAPA AKU BOLEH DENGAR KAU KALAU SEMUA MANUSIA TAK NAMPAK OR DENGAR SUARA KAU?!" tanyaku dengan cuak. gila tak cuak.
"maybe kau soulmate aku kot" balasnya dia selamba.
aku terkedu.. ew? soulmate?!
"takdelah aku gurau je.. tak perlulah buat muka geli." katanya tiba tiba.
macam mana dia boleh nampak?
eh lupa. aku je yang takleh nampak dia skang ni hm.
"ok, kan aku bagitahu tadi ayah aku baling smth like bomb kan? mantera tu ayah aku baca... lemme translates ok... kau akan menjadi ghaib sekiranya kau menjejakkan kaki ke dimension lain. akan tetapi sekiranya kau berjumpa dengan gadis, dan kamu berdua saling mencintai, manusia manusia dari dimension lain akan nampak kamu dan kamu tidak lagi ghaib.."
aku hanya terkebil kebil. sumpah aku tak faham situation skang..
"tapi aku tak suka kau. and aku tak pernah tahu kau! macam mana aku boleh dengar kau?" tanya ku lagi.
"i don't knowww!!! aku rasa tu tanda tanda!! please la tolong akuuu!! selama aku kat dimension lain ni, takde satu manusia pun dengar or nampak akuuuu!" aku dapat rasakan dia memegang tangan aku and tangan aku tu ada kat peha aku. dia melutut maybe?
aku cuba untuk lepaskan diri tapi dia lagi kuat la.. lelaki la bodoe memangla kuat..
"berapa lama kau ada kat bumi ni? bunyi macam lama sangat" sindir aku.
"dalam lima tahun?"
"LIMA TAHUN?! KAU SERIOUS LA ?!" tanya aku terkejut beruk. wey aku tak expect selama tu. aku ingatkan dia kat sini baru lima bulan cmtuhhh
"seriousla ni" balasnya pendek.
"dahtu kau duduk mana selama ni? kau makan apa? acana life kau tanpa duit do!" tanya ku bertubi tubi sambil menggenggam tangannya erat tanpa aku sedar.
"alololo caringnya! da nampak gaya ehe" balas seokmin.
aku perasan yang tangan kitaorang still bersama so aku lepaskan tangan dia.

YOU ARE READING
[ C ] invisible • lsm
Fanfiction' ɪ ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ ʏᴇʀsᴛᴇʀᴅᴀʏ , ᴛᴏᴅᴀʏ , ᴛᴏᴍᴏʀʀᴏᴡ ᴀɴᴅ ғᴏʀᴇᴠᴇʀ ' ______________ "DAHTU KENAPA AKU BOLEH DENGAR SUARA KAU KALAU SEMUA MANUSIA TAK NAMPAK OR DENGAR KAU?!" "maybe kau soulmate aku kot" >wonwalls 2020