jeonwoneun
sekarang dah pukul 8 malam tepat and aku sedang menonton tv sambil menunggu kepulangan abang dan boyfriend tercinta. HAHAHA ew gelila kau ni woneun.
sejak ada boyfriend ni mengada ngada makin naik mendadak sia.
beberapa minit kemudian pintu rumah aku diketuk. aku dengan excited terlebih bukak teros pintu.
"yah" wonwoo mengetuk kepalaku.
"kau tak reti intai dulu ke siapa? kalau bukan aku tadi?" bebel wonwoo lalu meninggalkan aku mengaduh di depan pintu.
bapak tak sweetnya abang aku ni sedih tul siapa dapat abang aku nanti.
tiba tiba ada orang mengusap kepalaku. tak lain tak bukan seokmin. dia usap sambil senyum guys aaaaaa aku cair em. diakan lepas habis sekolah kena ikut wonwoo pergi kerja.
"acane first day kerja?" tanyaku sambil menutup dan mengunci pintu.
"best. tapi penat" balasnya lalu duduk di sofa sebentar. penatla katakan.
"memang la penat. namapun kerja." tiba tiba wonwoo keluar dari kawasan dapur. ingatkan dah naik atas abang aku ni em.
"eish siboklah kau nii" rungut aku. baru je nak sweet sweet dengan boyfriend tercinta.
"hah korang tak payah nak buat maksiat atas sofa tu. kau, pergi masuk bilik mandi. kau pula pergi masak, lapar ni" wonwoo membebel sambil menaiki anak tangga.
"baik hyungg !" balas seokmin bersungguh walaupun hakikatnya dia dah penat huhu sian boyfriend akuu.
tanpa berlengah seokmin terus masuk biliknya untuk laksanakan apa yang wonwoo suruh and tinggalkan aku atas sofa sorang sorang yang baru je nak bersweet dengan diaaaa.
sumpah potong line wonwoo ni em. aku pun bangun dari sofa dan pergi ke dapur untuk masak. bahan mentah aku bawak and basuh apa yang patut. dahlah perlu ke aku terang kat korang? korang bukan masak pun kat rumah em.
—
"woneun, boleh aku masuk?" tanya seokmin di luar bilik aku. aku yang sedang baring sambil membuang masa pun bagi dia masuk.
"kenapa?" tanyaku tapi tak pandang muka dia. sebaliknya aku pandang phone aku. tengah tengok seventeen perform guys.
"ni.. nak buat homework sesama.. boleh??" ajak seokmin sambil menunjuk buku math and english. aku terus tutup phone aku.
WEH TAK KE SWEET BUAT HOMEWORK SESAMA DENGAN BOYFRIEND? AWWW
aku terus ambil bag aku dan bawak keluar homework yang saem bagi hari ni. kitaorang buat sama sama dekat atas katil aku.
weh rupanya seokmin bijak jugak do walaupun kat sekolah dia belajar benda mengarut.
"mana kau belajar do math semua ni?" tanyaku sambil tengok dia buat jalan kira and tekan tekan calculator.
"akukan ada hyung.. so hyung akulah ajar. mula mula aku ingatkan dia ajar benda tak berguna. lepas datang sini and pergi sekolah, baru aku tahu yang selama ni hyung aku ajar benda berguna. and- jangan tanya aku kenapa hyung aku belajar benda benda macam ni cause aku pun taktahu ada apa dalam kepala hotak dia." terang seokmin sambil menulis nombor nombor dalam buku math.
aku lemah sikit bab math ni.. patut ke aku tanya dia? tapi malulah pulak.. dimensi dia tak belajar benda ni tapi dia mahir sia! tapi aku? belajar math bertahun tahun tapi bodoh juga. huaaa sedihnya :,) .
"seokmin—.. err kau ajarkan aku math.. boleh?" tanyaku sambil mencuit bahunya.
"seriouslah kau tak tahu? takpe biar seokmin oppa ajarkan" balasnya lalu tinggalkan bukunya dan mengajar aku. walaupun cara dia pelik, aku faham sia! and paling terkejut, jawapan sama dalam buku teks! hoho i'm shocked!
sedang kitaorang belajar sambil bergurau la flirting la, tiba tiba ada orang call aku. yang peliknya, selama aku single takde orang pernah call aku malam malam camni em.
aku melihat phone. taehyung yang call? videocall pula tu!
"seokmin.. kau jauh sikit- taehyung videocall." mintaku seokmin membuat muka pelik dan muka jeles bila aku petik nama taehyung.
"videocall tu amenda?" tanya seokmin.
"err—.. hah! videocall ni dia sama je macam kau hubung chan haritu" balasku dengan cepat dan terus accept call taehyung.
"ya taehyung? kenapa tiba tiba videocall?"
"annyeong woneun.. ingatkan taknak jawab. lambat semacam je accept. huhu"
"ouh—err tak! tengah buat homework ni tu yang lambat pick up. btw ada apa call?"
"ha baguslah tu kalau kau tengah buat homework sebab aku pun tengah buat. aku nak tanya soalan english ni.. aku tak faham"
"ouh—yang mana?" ha ini pelik. pelik sungguh. taehyung pelajar top kot and favourite subject dia english! kenapa tiba tiba nak tanya aku yang macam kentang ni? dahlah aku ni kadang faham kadang tak em.
"yang page 35.. cuba buka"
"oh jap"
beberapa minit kemudian aku pun end call dengan taehyung selepas aku share jawapan aku kat dia. aku meletak phone dan buka semula buku math.
"seokmin jom sambu—.." aku melihat ke arah seokmin. dia terlelap atas buku math dia. aku hanya tersenyum. comel~
aku gerak dia dengan lembut dan bawa dia turun bawah untuk ke biliknya. bawa k bukan dukung dia. memang patah la tulang aku dukung dia. sampai je bilik dia, dia terus landing atas katil dan tidak sedarkan diri. aku pun selimutkan dia and tutup pintu biliknya. dia tak suka tutup lampu dia kata haritu. tapi aku rasa dia takut HAHAHA COMEL TUL BOYFRIEND AKU NI
goodnight lee seokmin~ ehe💜
aku baru je nak naik atas, tapi aku terpergi kat sofa and duduk tengok tv dengan wonwoo. TERPERGI K TERPERGI.
"eh kau pergi tidur skang" arah wonwoo sambil mengunyah junk food.
"alo. macam tak biasa pula tengok aku tidur lambat. dahla tak ajak nak tengok itaewon!" balasku lalu baring atas peha wonwoo and curi junk food dia.
"alah macam manalah aku nak ajak. kalau aku ajak nanti kau cakap aku spoil kau dating dengan si seokmin tu pula" sindir wonwoo yang sedang kusyhuk tonton. dan kata katanya menusuk ke dalam hati aku. ouch?
"aku nak pesan ni.. kau janganla sayang sangat seokmin tu. ye aku tahu kau nak tolong dia, but tolong la jangan overload sangat sayang kau tu" tiba tiba wonwoo bersuara. aku pun tiba tiba terkedu dengan pernyataan yang diberi oleh wonwoo.
"kenapa pula? kau jeles eh" perliku.
"pabo jeon woneun. aku tahulah yang aku ni ada special part kat hati kau tu" balas wonwoo selamba. eee perasan sia abang aku ni. hm tapi apa dia cakap tu betul.
"aku serious ni woneun.. aku taknak esok esok kau meraung tepi katil and depressed apa semua" sambungnya. tak sedap hati pula aku bila wonwoo cakap macam ni. maklumlah.. ni first time aku ada boyfriend.. huhu bapak loser aku.
"iya wonwoo.. aku akan amik serious atas apa yang kau bebel ni" balasku main main.
"eish kau ni. malas ah aku nak cakap. kalau dah kena jangan nyesal. dah ah spoil aku nak dating dengan itaewon class je" sindir wonwoo. aku hanya mampu gelak. sian abang aku lonely sampaikan dating dengan kdrama jew HAHAHSHSH dia takpe dia famous! ramai junior nak dia hm. sampaikan mingyu pun tergila kat dia.. eh?
dan belum habiskan satu episode pun, aku dah terlelap atas peha wonwoo.

YOU ARE READING
[ C ] invisible • lsm
Fanfiction' ɪ ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ ʏᴇʀsᴛᴇʀᴅᴀʏ , ᴛᴏᴅᴀʏ , ᴛᴏᴍᴏʀʀᴏᴡ ᴀɴᴅ ғᴏʀᴇᴠᴇʀ ' ______________ "DAHTU KENAPA AKU BOLEH DENGAR SUARA KAU KALAU SEMUA MANUSIA TAK NAMPAK OR DENGAR KAU?!" "maybe kau soulmate aku kot" >wonwalls 2020