2

79 8 1
                                    

jeonwoneun

"kau gaduh lagi??" yin memegang pipiku yang ditumbuk tadi.

"bukan aku la yang gaduh.. jungkook dengan jimin buat hal lagi.." balasku sambil mengemas beg.

sementara menunggu yin kemas beg dia, aku pun cerita kejadian pagi tadi.

"dah tu ni kau nak balik lalu kot lorong tu lagi?? buatnya diaorang tunggu kau kat situ lagi?" tanya yin sambil membetulkan begnya dia bahu.

"dahtu? kau nak aku lalu kot mana lagi. situ je dekat.. taknak aku lalu kot jalan raya besar tu.. bahaya la. nanti kalau abang aku tahu aku lalu situ lagi bahaya" balasku.

kami berdua sama sama keluar dari kelas.

"daripada kau kena belasah..." perli yin. aku buat buat tak dengar je .

"tumpang aku nak? selamat sikit" pelawa yin.

dengan segera aku menggeleng. aku taknak lah susahkan ayah dia.. ayah dia dahlah tauke restoran. nak kehulur hilir.. nnti tak pasal pasal yin kena marah sebab aku.

"okaylah.. aku gerak dulu,bye yin!"

"okay... take care. pape call je aku" balasnya

aku pun keluar dari kawasan sekolah dan lalu di lorong tu.

instinct aku mengatakan bahawa mereka berdua tunggu aku kat lorong.

harap harap taklah.. tapi instinct aku selalu betul!! payah la camni hmm

"hah ingat tak nak lalu lorong ni hahaha" aku terdengar suara jungkook.

siot ah dorang betul betul tunggu?!

"korang takde kerja ke hah..." balasku malas.

"kitaorang nak take revenge je! sakit tau kau pukul!" kata jimin di sebelah jungkook.

taguna betul dorang pukul aku boleh pulak!!

jungkook berlari ke arah ku untuk memukulku. aku apa lagi? lari lah!

mereka berdua mengejar aku. asyik asyik kena lari ingat best ke?!

aku taktahu saka apa ada dalam badan aku, aku pergi masuk lorong jalan mati.

"kau takleh lari dah! memang lembik ah kau kali ni.. berani sangat pukul kita orang en" mereka berdua mendekati aku sambil menggumpal penumbuk.

dahlah takde orang lalu time time macam ni! memang tak boleh nak mintak tolong.

BASHHHH !

satu tumbukan hinggap dipipi jungkook. jimin membulatkan matanya.. begitu juga aku.

aku tak buat apa apa!!

jimin cepat cepat lari malangnya dia sempat terkena tumbukan juga.

aku ada power ke do??

"kau pakai ilmu hitam ke?! takpe tunggu kau jeon woneun!!" jerit jungkook lalu lari dari situ. begitu juga jimin.

dan aku masih lagi terkebil kebil.

memang ada saka ke dalam badan aku??

@

"kau serious la in?" tanya abangku, wonwoo.

"betul! aku tak main main! time dorang nak belasah aku, betul betul ada orang selamatkan aku. tapi aku tak nampak orang tu. dia tiba tiba je datang kau tauuu !"

"adik aku ni dah tak betul ke apa?" wonwoo memerli aku.

ahh aku agak dah dia takkan percaya sebab aku pun tak percaya!!

"kau kena sampuk ni dik.. nanti aku hantar berubat"

"wonwoo!!! janganlah main main!" marahku lalu menolak manja dia.

"HEHE yelah yelah ! aku serious.. maybe tu halusinasi kau kot.. entah entah diaorang tak kacau kau pun waktu kau nak balik tadi. aku rasa kau penat sangat ni.. rest la. esok pergi sekolah dengan aku macam biasa, ok?" pesan wonwoo sambil mengusap rambutku.

aku mengangguk perlahan dan terus masuk bilik. wonwoo pula melepak kat depan tv.

macam ni jelah hidup kitaorang berdua.. parent kitaorang dedua dah takde. kemalangan dalam perjalanan balik ke sini.. sebab tulah aku jadi macam ni..

syukur ada wonwoo.. dia yang selalu ada dengan aku walaupun dia tu tak berapa nak betul sangat. tapi dialah yang jaga aku sejak mereka dah takde.

habis kelas tambahan je wonwoo terus pergi kerja part time. sebab tu kadang aku kena balik sendiri..

aku rasa kesian kat wonwoo hmm

[ C ] invisible • lsmWhere stories live. Discover now