leeseokmin
"nah, ini dia gaji pertama kamu dan sedikit bonus untuk kamu." memandang harini hujung bulan, boss aku dan wonwoo menghulurkan gaji untuk semua pekerja.
"saya suka budak ni, bagus wonwoo." kata boss kami kepada wonwoo lalu menghulurkan sekeping sampul surat yang berisikan duit dan sedikit bonus untuknya.
selepas tamat waktu kerja, aku dan wonwoo pun masuk ke dalam kereta dan pulang ke rumah.
"hyung, duit ni nak buat apa?" tanyaku kepada wonwoo yang sedang memandu. memandangkan wonwoo yang suruh aku kerja, aku kenalah tanya dia.
"separuh bagi aku. aku beli barang dapur untuk kita semua makan. aku dah pernah cakapkan yang kau duduk rumah aku bukannya percuma." balasnya sambil fokus memandang jalan raya dan beberapa kenderaan yang lalu lalang.
"nae~! eh tapi.. kenapa separuh?" tanya aku lagi dengan nada tak faham.
"itukan duit kau.. kau belilah apa yang kau nak guna duit kau sendiri. aku belikan makanan je" balas wonwoo malas. dia menyandar apabila lampu isyarat bertukar merah.
aku mengira duit yang ada di tanganku. banyak juga gaji aku.. dengan bonusnya.. patutlah woneun hidup dengan senang.
—
"kalau dapat gaji pertama, kau buat apa?" aku menukar topik perbualan dengan woneun. lepas kerja je mesti ada benda nak cerita so kitaorang lepak kat sofa dulu. and lama sikit barulah aku pergi mandi.
"hmm... hah! aku beli phone." balas woneun sambil menepuk nepuk pehaku.
"phone? ouh-! benda yang kau selalu guna tu ke? yang untuk berhubung dengan orang dimensi ni ?" tanyaku minta kepastian. macam best je aku tengok benda yang bernama phone ni. jauh lagi canggih daripada alat berhubung dimensi aku.
"yess! and phone ni boleh buat macam macam lagi!" tambahnya. mata aku dah bersinar selepas aku bersetuju untuk beli benda yang bernama phone ni! aku boleh berhubung dengan kawan kawan aku yang sama class dengan aku! macam woneun selalu buat.
"bagus jugak tu kalau kau beli phone seokmin.. senang sikit aku nak call kau kalau ada apa apa." selit wonwoo yang sedang main phonenya di sofa single tak jauh dengan sofa yang aku and woneun duduk.
"okay cun! aku beli phone"
—
jeonwoneun
"wonwoo. rajinnya kau nak bawak kitaorang pergi mall.. biasanya kau bawak aku waktu weekend je." kataku sambil memeluk lengannya dan lengan seokmin. aku berjalan ditengah tengah mereka.
"seokmin kan kena kerja. so macam susah pula kalau dia takde phone—.. and aku malas nak dengar kau bebel." balas wonwoo sambil bermain phone sambil berjalan.
jap, sekarang ni siapa yang suka bebel ni? ey ada aku ketuk jugak abang aku ni.. malas la nak cakap dengan dia ni. baiklah aku berborak dengan boyfriend aku yang perfect ni mwahh!
"kau nak beli phone kat mana?" tanyaku sambil mendongak memandangnya. em aku pendek and aku sedar diri.
"em.. actually aku tengah tunggu korang bawa aku.. sebab aku kan bukan asal dari sini." balas seokmin segan. ayat last dia perlahankan suaranya sedikit. maklumlah, dekat mall kan ramai orang. ni pun tak berapa ramai sebab kitaorang pergi malam and waktu harian. mall ramai bila weekend.
"haahlaa aku lupa... wonwoo. bawaklah kitaorang pergi kedai phone" ajakku sambil menggoyangkan sedikit lengan wonwoo. nanti kalau goyang betul betul mau jatuh phone dia.

YOU ARE READING
[ C ] invisible • lsm
Fanfiction' ɪ ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ ʏᴇʀsᴛᴇʀᴅᴀʏ , ᴛᴏᴅᴀʏ , ᴛᴏᴍᴏʀʀᴏᴡ ᴀɴᴅ ғᴏʀᴇᴠᴇʀ ' ______________ "DAHTU KENAPA AKU BOLEH DENGAR SUARA KAU KALAU SEMUA MANUSIA TAK NAMPAK OR DENGAR KAU?!" "maybe kau soulmate aku kot" >wonwalls 2020