23

29 5 0
                                    

jeonwoneun

aku tak mampu nak masuk kelas. kepala aku pening akibat dibelasah jungkook dan jimin. puasla hati dorang. dah dapat belasah aku. memang lembik la aku.

aku nak balikla.. tapi takkan la nak bagitahu wonwoo? wooo jangan. tak boleh. nanti tak pasal pasal seokmin kena bantai dengan wonwoo.

hmm... aku tidur kat bilik persalinan jelah..

"mana woneun?" tanya taehyung kepada yin yang baru sahaja masuk ke kelas. dia pun baru je masuk. biasanya aku akan ada sebab aku suka masuk kelas awal.

"mwo? dia takde?" tanya yin semula kepada taehyung. soalan dibalas dengan soalan. yin memandang sekeliling kelas.

"t-takpelah." balas taehyung pendek lalu duduk di tempatnya semula.

beberapa minute kemudian, seokmin dan classmatenya memasuki kelas sambil bergelak sakan. taehyung hanya perhati gelagat seokmin itu dari jauh.

"mana woneun?" tanya taehyung agak dingin selepas seokmin tiba di tempat duduknya.

"kenapa tanya aku? bukan ke dia ada— eh?" seokmin memandang ke tempat aku dengan pelik.

setelah menunggu otaknya memproses, matanya terus membulat dan lari keluar kelas. taehyung hanya mampu berdiri sahaja.

seokmin berlari ke arah tangga yang selalu dia dan aku selalu terserempak dengan jungkook dan jimin. namun tiada orang.

"mana kau woneun..?"

seokmin tiba tiba melangkahkan kakinya ke bilik persalinan lelaki. bilik tersebut berhadapan dengan bilik persalinan perempuan.

"woneun? jeon woneun?" jerit seokmin dari luar. dia tak boleh sesuka hati nak masuk bilik perempuan. nanti tak pasal pasal pula nama dia kena panggil dengan pihak atasan.

aku yang terdengar suara seokmin dengan perlahan lahan bangun dari baring and slow slow jalan keluar bilik.

"wo—neun..." seokmin terkedu melihat keadaan aku sekarang. lebam di muka, seluar di bahagian lutut terkoyak dan baju uniform sekolah dari putih jadi kelabu coklat.

aku tak mampu nak pandang mukanya sebaliknya aku menundukkan wajah aku.

"k-au.. per-gi mana—lee seok-min..?" tanyaku dengan gagap. rasa sebak mula muncul. kenapa dia tak boleh nak protect aku?

"m-mianhae uri won—.."

"dahlah seokmin. jangan panggil aku dengan nama nama yang kau cipta tu. aku tak nak dengar waktu aku sakit sakit macam ni.." balasku sambil memegang bahunya dan tertunduk. lutut aku lembik dikerjakan oleh jungkook dan jimin sampaikan tak boleh berdiri lama.

seokmin terus memeluk aku. dia menangis dibahu aku.

"mian... mianhae jeon woneun.. aku takde bila kau perlukan aku.." katanya sambil teresak esak.

walaupun menyakitkan, aku lega sikit lepas dia peluk aku.

[ C ] invisible • lsmWhere stories live. Discover now