Bab 1: Tertanya-tanya

107 4 0
                                    

"Hakim"
nama pertama yang terpapar di senarai nama program yang Siti akan sertai tidak lama lagi. Entah mengapa nama itu menjadi tanda tanya buat Siti. Dia sangat teruja untuk bertemu si pemilik nama itu.

Sehari sebelum ke program itu Siti sudah bersiap mengemas barang. Dia sediakan segala keperluan sepanjang 3 hari dia berada di sana. Program itu disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang terpilih dari setiap daerah. Siti memang seorang yang gemar akan persaingan sebegini tapi jauh di sudut hati dia juga gementar untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar yang hebat.

Pada hari dia akan bertolak, Siti bangkit dari lena seawal 5 pagi. Setelah dia selesai bersiap, dia cuba membelek-belek begnya takut ada yang masih tertinggal. Sebelum pukul 7 pagi Siti sudah mula mengorak langkah. Dia yang memakai baju kurung biru muda itu menggalas beg sandang berwarna marron. Sementara tangan kanannya membawa beg pakaian dan tangan kirinya membawa blezer hitam yang tersangkut di hanger. Siti mengisi perut dengan hidangan sarapan di kantin asramanya. Dia makan sekadar alas perut sahaja kerana bimbang terlewat pula ke program itu. Siti menunggu kehadiran guru pengiringnya di bangku tidak jauh dari pagar asrama. Dalam kegelapan pagi dia ternampak susuk kereta Myvi blueblack meluncur laju ke arah pagar asrama. Tanpa berfikir panjang, Siti menyerahkan kad kebenaran keluar asrama kepada pengawal keselamatan yang bertugas pada ketika itu.

Dalam perjalanan itu Siti berborak serba sedikit tentang program dengan Teacher Salwani yang mengiringinya ke sana. Mereka akan menginap di asrama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) kerana jarak Tanah Merah dengan lokasi tersebut agak jauh yang mengambil masa sekitar 1 jam perjalanan. Program ini merupakan kali kedua bagi Siti mewakili daerahnya. Kali pertama pada tahun 2006 dalam pertandingan mendeklamasikan sajak. Memang Siti seorang yang aktif sejak kecil lagi.
Namun pada kali ini Siti berasa agak berdebar kerana dia seorang sahaja yang diamanahkan untuk membawa nama daerah dalam Kategori Bahasa Melayu untuk pertandingan ini.

Setelah sampai di BTPN, kereta yang Siti naiki bersama Teacher Salwani diletakkan tidak jauh dari tempat pendaftaran. Namun apabila siti melangkah keluar dari kereta, dia merasakan sesuatu. Dia juga hairan. Keadaan disitu sunyi seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan program itu disertai oleh pelajar-pelajar dari semua daerah di Kelantan. Teacher Salwani mula membuka bicara dengan berseloroh takut mereka tersilap tarikh.

Mereka agak risau namun tetap berjalan ke tempat pendaftaran. "Alhamdulillah ramai orang rupanya" kata Teacher Salwani yang kelihatan lega apabila melihat telah ramai pelajar yang mendaftar di meja urus setia. Siti menoleh ke kanan dan kiri, tiada seorangpun rakan yang dikenalinya kecuali Wana yang merupakan pelajar dari daerah Tanah Merah juga tetapi dia kategori Bahasa Inggeris. Mereka berlegar di situ sebelum dipanggil untuk mendengar taklimat. Walau hatinya diselubungi dengan debaran namun Siti tidak melupakan hasratnya yang seolah meronta-ronta untuk mengenali siapakah yang bernama Hakim dalam senarai nama yang dia lihat itu.
Siti pelik dengan dirinya, sebelum ini tidak pernah pula dia curious sampai begitu sekali.

Bab 2 akan menyusul~
Tungguu!!!

Maafkan AkuWhere stories live. Discover now