Bab 5: Fokus

32 2 0
                                    

Tahun itu merupakan tahun bersejarah. Mereka akan menduduki peperiksaan SPM. Sebagai seorang pelajar yang bercita-cita tinggi, Siti menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pembelajarannya. Jadualnya padat dengan kelas tambahan petang, malam dan setiap hujung minggu. Dalam masa yang sama, Siti masih tidak melupakan Hakim. Pertemuan sepanjang 3 hari itu seolah-olah masih segar dalam ingatannya.

Siti bercerita kepada rakan-rakan rapatnya di asrama. Dia menyatakan bahawa dia mula sukakan Hakim. Siti juga hairan dengan perasaan yang hadir dalam jiwanya padahal mereka langsung tidak berhubung setelah tamatnya program itu. Tambahan pula, Hakim juga tidak aktif di media sosial. Mungkin dia juga sedang bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk berperang di dewan peperiksaan.

Walaupun diselubungi dengan perasaan itu, Siti tetap berpegang dengan pendiriannya.

Aku takkan bercinta sehingga tamatnya persekolahan

Itulah janji yang telah membeku dalam diri Siti. Dia tetap meneruskan rutin hariannya sebagai pelajar. Perasaan yang hadir itu hanya dikunci sendiri di lubuk hati.

Dia juga berpendapat bahawa usia 17 tahun masih terlalu awal untuk mengenal erti cinta. Banyak lagi rintangan hidup yang perlu ditempuhi. Frasa "kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta" sememangnya sudah sinonim dalam diri pelajar seperti Siti.

* * *
Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri Siti tergerak hati untuk menghantar mesej kepada Hakim. Tanpa berfikir panjang Siti terus menaip ucapan Selamat Hari Raya kepada Hakim menerusi aplikasi WhatsApp.


"Selamat hari raya jugak😁"

Balas Hakim yang kelihatan mesra kerana disertakan dengan emoji.

Ternyata nombor telefon Hakim itu masih aktif walaupun telah lama dia mendiamkan diri.

Walaupun Siti mempunyai perasaan terhadap Hakim namun dia masih tidak mengetahui secara detail tentang latar belakang Hakim.

Beberapa bulan kemudian mereka berjaya menamatkan peperiksaan SPM sekali gus sesi persekolahan mereka berakhir.

Hakim mula menunjukkan diri di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar-gambar bersama rakan-rakannya semasa hari akhir persekolahan. Dalam tempoh menunggu result SPM, Hakim mengisi masa lapangnya dengan bermain gitar. Ramai yang meninggalkan komen-komen berbentuk pujian terhadap Hakim kerana kemahirannya memetik gitar dengan tenang.

Siti langsung tidak memberi reaksi di laman Instagram Hakim. Dia hanya memerhati dalam diam setelah melihat Hakim mempunyai ramai peminat di Instagramnya. Walaubagaimanapun perasaan suka terhadap Hakim itu masih belum pudar dalam hatinya.

Maafkan AkuWhere stories live. Discover now