Bab 4: Terakhir

46 2 0
                                    

Dalam majlis perasmian penutup Siti berada di barisan belakang Hakim. Dia bukan sengaja memilih tempat duduk itu tetapi telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Siti memang seorang yang gila-gila tapi dia lebih sopan apabila berada bersama orang yang baru dikenali. Jadi, dia hanya berdiam diri sambil membelek telefon bimbitnya sementara majlis belum bermula.

Dewan itu dipenuhi dengan ratusan peserta termasuk guru-guru pengiring. Hakim merupakan salah seorang peserta yang terpilih untuk membuat persembahan. Hakim kelihatan lantang bersuara di atas pentas. Memang setiap peserta pertandingan itu petah berbicara. Mana tidaknya ada juga yang pernah ke luar negara mewakili negeri untuk berforum dan sebagainya.

  Seusai mereka membuat persembahan, setiap peserta juga kelihatan gementar untuk mengetahui keputusan pertandingan. Sudah pasti jantung berdegup kencang namun rata-ratanya cuba mengawal diri supaya nampak tenang. Mereka semua berpakaian kemas dengan mengenakan kod sama ada perempuan ataupun lelaki. Seorang demi seorang melangkah naik ke pentas untuk menerima sijil.

Majlis tamat sekitar jam 4 petang. Rata-rata guru dan peserta kelihatan sibuk mengemas meja pameran kerana mereka perlu pulang ke daerah masing-masing pada petang yang sama. Siti dan Wana membantu gurunya mengemas bunga-bunga hiasan di meja pameran mereka.

Sebelum berangkat pulang. Mereka berhajat untuk menunaikan Solat Asar terlebih dahulu di Surau BTPN itu. Siti dan Wana mengambil kuih dan air yang disediakan di hadapan dewan sebelum mereka berdua bergegas ke surau. Siti langsung tidak sempat bertemu mata dengan ahli kumpulannya sebelum pulang, mereka semua agak sibuk bersama guru pengiring masing-masing. Sesetangah daripada mereka telah bertolak balik setelah majlis selesai. Hakim kelihatan berlegar di hadapan dewan tersebut bersama beberapa orang peserta lelaki yang lain namun mustahil untuk Siti menyapanya. Siti melangkah pantas ke surau sambil membawa plastik yang berisi kuih dan air.

Wana memberitahu Siti bahawa dia mendapat username instagram Hakim kerana mereka sempat berborak semasa berada di dalam dewan. Setelah diberitahu sedemikian, Siti lantas menekan keyboard telefonnya namun instagram Hakim tidak dapat dikenal pasti.

* * *
Tahniah semua👏👏👏

Mesej kiriman daripada Hakim itu muncul di screen telefon Siti. Hakim membalas dengan ucapan itu setelah ahli group yang lain mengucapkan tahniah kepadanya kerana mendapat tempat ketiga dalam pertandingan yang berlangsung sepanjang 3 hari itu.


Teacher Salwani memandu berhati-hati  untuk menyusur keluar dari daerah itu. Hujan renyai-renyai membasahi cermin kereta Mayvi milik Teacher Salwani. Siti kelihatan penat namun tangannya tak berhenti scroll telefon Huaweinya yang berwarna gold. Sambil merenung tingkap yang dipenuhi dengan titisan hujan, jari-jemarinya pantas menaip untuk bertanyakan kepada Wana tentang username  instagram Hakim yang diberinya tadi. Ternyata sangkaan Siti tepat sekali. Rupa-rupanya Siti tersalah dengar. Mungkin Siti hilang fokus pada ketika itu.

Instagram Hakim private. Jadi Siti hanya menekan request untuk menjadi pengikutnya di Instagram. Gambar profil yang digunakan di Instagramnya kelihatan segak. Dia memakai baju hitam dan mengukir senyuman manis. Siti agak terpesona kerana sepanjang 3 hari menghadiri pertandingan itu, Hakim kelihatan serius. Mungkin dia mendisplinkan dirinya supaya kelihatan profesional.

Siti tidak kisah akan Hakim sebenarnya kerana mereka baru sahaja berkenalan 3 hari. Itu pun bukannya mesra. Sekadar kawan sekumpulan je.

Maafkan AkuWhere stories live. Discover now