Bab 10: Tekaan

23 1 0
                                    

Pejam celik, pejam celik beberapa bulan lagi Siti akan menamatkan pembelajaran di Tingkatan 6. Nurul pula sedang belajar di UiTM Puncak Alam peringkat ijazah. Walaupun mereka berjauhan, Siti dan Nurul agak kerap berhubung melalui media sosial. Nurul sedia maklum yang Siti sememangnya sukakan Hakim sejak 3 tahun yang lalu.

Pada suatu malam mereka berbual-bual dan berseloroh melalui WhatsApp lalu Nurul meminta nombor telefon Hakim. Dia dengan rela hati ingin menghubungi Hakim. Memang mereka sejenis yang gila-gila. Setelah mendapat nombor telefon Hakim, Nurul menelefon Hakim berulang kali melalui aplikasi WhatsApp namun tidak dijawab. Siti hanya tenang kerana dia pasti yang Hakim tidak dapat menghidu dan mengenali siapa mereka. Beberapa jam kemudian Hakim menghantar mesej kepada Nurul untuk bertanyakan siapakah Nurul dan kenapa menghubunginya berulang kali. Nurul ibarat scammer, mana mungkin dia akan mendedahkan butiran peribadinya.

Nurul dan Siti agak terpukau dengan kebaikan Hakim. Walaupun Nurul kelihatan seperti mengkhianatinya namun Hakim masih tenang membalas mesej dan setiap persoalan yang diajukan. Pada awalnya, Nurul mula mereka cerita seolah-olah dirinya yang sukakan Hakim, bukannya Siti. Satu demi satu perihal tentang Hakim Nurul ceritakan, semua itu hasil siasatan yang Siti lakukan di media sosial. Hati mana tidak gusar apabila diri kita diminati insan yang kita tak pasti, perbualan panjang antara Hakim dan Nurul sehingga lewat malam tidak terhenti di situ.

Keesokan paginya dalam perjalanan ke sekolah sekitar jam 6:30 pagi, Siti mendapat satu mesej daripada Nurul. Dia menyatakan yang dirinya berasa tidak sedap hati dek menipu Hakim pada malam tadi. Dia membuat keputusan untuk menceritakan perihal yang sebenar. Siti tidak menghalang Nurul untuk bertindak sedemikian tapi dia mengingatkan Nurul agar tidak memberitahu Hakim bahawa Siti yang pernah Hakim kenali dalam satu program beberapa tahun lalu merupakan peminatnya dalam diam.

Pengakuan Nurul itu menimbulkan tanda tanya dalam benak fikiran Hakim. Hakim memaksa Nurul untuk menyatakan siapakah gerangan peminatnya itu namun Nurul tidak memungkiri janjinya dengan Siti. Hari demi hari peperiksaan STPM semakin hampir, Siti berusaha dengan lebih kuat demi memastikan dia dapat melepasi garisan penamat dengan keputusan yang cemerlang. Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, Siti pernah menyampaikan secebis ucapan kepada Hakim. Ucapan itu diforward oleh Nurul kepada Hakim.
Hakim menyambut baik kiriman itu dan dia turut mendoakan Siti supaya cemerlang.

"InsyaAllah, kalau ada jodoh ada lah"

"Plan Allah tu indah je"

Beberapa ungkapan yang ditulis Hakim itu sudah cukup Siti tersenyum sendiri dan hatinya turut berbunga-bunga mana tidaknya kata-kata yang dihantar itu ibarat orang bercinta padahal Hakim masih belum mengetahui siapa gadis yang gilakannya itu.

*  *  *

"Awak kenal saya lagi tak?"

Ujar Nurul terhadap Hakim setelah beberapa bulan dia diberi cuti berkhidmat sebagai "orang tengah". Maklumlah Siti pun sibuk dengan peperiksaan STPM semester 3 dan ulangan.

"Kenal"
Jawab Hakim yang nampak tenang. Agaknya dia sudah menyimpan nombor Nurul dalam telefonnya.

Nurul mula bertanya khabar Hakim mengikut arahan yang Siti berikan. Hakim agak seram apabila Nurul memajukan mesej daripada Siti. Mana tidaknya dalam mesej yang sederhana panjang itu Siti menceritakan segala aktiviti yang Hakim lakukan. Al maklumlah Siti ni kaki stalk. Apa sahaja yang Hakim buat pasti dia ambil tahu sehingga dia dapat ceritakan satu per satu.

"Member awak tu tak nak bagitahu lagi ke dia siapa?"

Tanya Hakim yang makin tertanya-tanya dibuatnya

"Dia masih belum terbuka hati nak bagitahu"

Itulah balasan Nurul kepada Hakim

"Nanti dah terbuka hati nak bagitahu cakap lah"

Ujar Hakim. Kata-katanya itu seperti tidak memaksa meskipun saat itu sudah pasti hatinya bergelora jiwanya, meronta inginkan kepastian

Pada suatu malam yang sunyi, selesai solat Maghrib Siti mencapai telefonnya. Jari jemarinya mula menari menaip mesej kepada Nurul. Entah mengapa Siti berasa seolah-olah bersedia memperkenalkan dirinya. Memandangkan sebelum itu Hakim pernah meminta clue sahaja, Siti memberikan clue yang memerlukan sedikit usaha. Hasil kecekalan dan ruangan waktu yang diluangkan Hakim berjaya menemuinya. Rahsia yang terpendam selama 3 tahun itu akhirnya dapat diketahui oleh tuan badan.

"Lahh dia ke?"

Hakim mungkin terkejut dan tidak menyangka Siti merupakan  peminatnya dalam diam. Nurul mewakili Siti meminta maaf terhadap Hakim kerana mereka berdua seperti menganggu Hakim selama ini. Walaubagaimanapun Hakim dan Siti tetap tidak berhubung.

Jauh disudut hati Siti dia mengharapkan Hakim turut mempunyai perasaan yang sama. Namun begitu dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana bimbang kecewa tak berkesudahan.

Siti masih ingat kata-kata guru Prinsip Perakaunannya semasa di Tingkatan 5

"Kita berhak sukakan seseorang tetapi kita tiada hak untuk memaksanya sukakan kita"

Nama Hakim tetap tersemat di dalam hati. Tak pernah lekang dari doanya setiap kali menadah tangan memohon pertolongan Tuhan. Semoga mereka disatukan andai itulah takdir yang Allah tetapkan.

Cinta yang tak bersuara antara mereka diharapkan berakhir dengan kebahagiaan dalam keredhaan.

~Tamat~

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Maafkan AkuWhere stories live. Discover now