Bab 3: Bicaramu

57 2 0
                                    

Asrama Ceria BTPN tempat Siti dan Teacher Salwani menginap itu agak sunyi. Teacher Salwani mula bersiap untuk merebahkan tubuh seusai Solat Isyak malah Siti masih tekun di meja study mencari maklumat untuk dijadikan bekalan sebagai persediaan berhujah dalam kumpulan pada hari esok.

Tiba-tiba Siti terdengar pintu biliknya itu diketuk. Teacher Salwani agak hairan siapakah pula yang datang ke bilik mereka. Jam terus berdetik menghampiri pukul 10 malam. Teacher Salwani memberanikan diri untuk membuka pintu. Siti berasa lega apabila melihat Nasuha, salah seorang ahli kumpulannya berdiri di muka pintu. Siti mepelawa nasuha masuk ke bilik itu.

"Macam mana awak boleh cari bilik saya ni?"

Siti bertanyakan kepada Nasuha kerana dia tidak memaklumkan kepada sesiapapun tentang keberadaannya di bilik itu.

"Saya cari nama awak dekat meja pendaftaran kat bawah tu"
Ujar Nasuha sambil tersenyum

Nasuha menghulurkan beberapa helai kertas yang dipenuhi dengan isi penting yang diperlukan dalam sesi berkumpulan mereka esok. Nasuh juga meminta nombor telefon Siti untuk dimasukkan ke dalam group WhatsApp.
Selang tidak lama kemudian, Siti diadd ke dalam group "BM Kumpulan 2"

Siti bertindak pantas menghantar gambar isi penting yang diberi oleh Nasuha dan beberapa maklumat lain yang dia peroleh melalui carian di google. Siti juga turut bertanya tentang persiapan ahli-ahli lain kerana mereka dikhabarkan harus bersiap untuk membuat persembahan secara solo. Semua ahli kumpulan itu tidak memberi reaksi dan kelihatan mereka seperti tidak online kecuali Hakim. Hakim membalas pertanyaan Siti. Dia menyatakan bahawa dia tidak tahu lagi apa yang ingin dipersembahkan. Dia turut mengajukan soalan yang sama kepada Siti. Siti memberitahu kemungkinan dia akan bersiap dengan seuntai sajak.

"Orang sajak rupanya"
Balas Hakim yang kelihatan agak teruja dengan jawapan Siti itu.

Mereka berbalas beberapa mesej di dalam group itu walaupun ahli yang lain senyap tanpa sepatah kata. Siti mula sedar bahawa Hakim seorang yang peramah dan baik rupanya tidak seperti yang dia sangkakan semasa di perpustakaan tadi.

* * *
Hari kedua di BTPN merupakan hari untuk mereka bertanding dalam kumpulan. Markah akan diberikan secara individu tetapi mereka harus memberi kerjasam dalam mengolah tajuk yang diberikan. Sebelum sampai giliran kumpulan Siti, mereka menunggu dengan penuh debaran. Apabila berada di depan juri Siti memulakan hujah. Hakim juga kelihatan bersemangat mengutarakan pendapatnya. Hanya Siti dan Hakim yang kelihatan rancak, dua lagi ahli kumpulan lain tak sempat mencelah kerana Hakim sering mengambil peluang yang ada.

Mereka diberikan hidangan percuma pada setiap hari semasa pertandingan itu berlangsung. Pada waktu petang mereka dikehendaki berada di dewan untuk menyiapkan tempat majlis penutup pertandingan itu. Sebelum melangkah ke dewan, Hakim menghampiri Siti lalu bertanyakan keadaan ahli kumpulan yang lain, dia bimbang kalau ahli yang lain memarahinya disebabkan dia seolah-olah tidak memberi peluang untuk ahli lain berhujah. Siti agak segan untuk bercakap dengan Hakim tambahan pula Hakim lebih tinggi daripadanya. Siti mendongak dan membalas dengan jawapan yang cukup ringkas

"Tak tau la"

Hakim berlalu pergi dan kelihatan berbual-bual dengan peserta lain.

Maafkan AkuWhere stories live. Discover now