Hakim kelihatan tidak sombong dan mesra dalam memberi maklumat kepada Nurul. Hakim diadd ke dalam sebuah group WhatsApp yang disertai oleh Nurul. Tujuan Siti berbuat demikian kerana Nurul agak segan untuk PM Hakim, al maklumlah mereka tidak pernah kenal. Walaupun Siti hanya mencelah beberapa kali sahaja tetapi keberadaan Siti di situ mengurangkan sedikit perasaan malu yang berlegar di minda Nurul.
Hakim juga mungkin telah menyimpan nombor Siti. Kerap kali juga dia menjenguk status di WhatApps yang dipost oleh Siti. Namun begitu Siti tidak menunjukkan sebarang reaksi yang dia menyimpan perasaan terhadap Hakim.
* * *
Tiba hari keputusan SPM diumumkan Siti tidak senang duduk jika tidak dapat tahu tentang keputusan Hakim. Nurul mencadangkan Siti agar membuka bicara di dalam group itu untuk bertanyakan kepada Hakim. Malangnya Hakim tidak mahu memberitahu keputusan yang diperoleh dan dia meminta Siti menyatakan resultnya terlebih dahulu.Melihat keadaan yang agak kecoh di dalam group itu, Nurul memainkan peranannya.
"Aku dapat 5A"
Mesej itu dihantar oleh Nurul yang mungkin berniat untuk menenangkan Hakim dan Siti.Selang tidak lama kemudian Hakim mula memberitahu yang dia memperoleh 4A.
"Sweetnya"
Tiba-tiba Nurul mencelah. Mana tidaknya Hakim memperoleh keputusan yang sama dengan Siti. Siti mula panas cuping telinga melihat kawannya itu bertindak menulis perkataan yang menjengkelkan.Siti terus berpura-pura seolah-olah tidak melayan kata kawannya itu.
"Aku dapat 4A jugak"
Balas Siti bersahaja"A tu apa? Fizik, kimia, bio?
Tanya Siti terhadap Hakim. Sengaja dia bertanyakan sedemikian kerana dia mengesyaki yang Hakim memang seorang yang bijak."Eh tak, yang tu B"
Jawab Hakim yang kelihatan tenang.Siti terpegun setelah mendengar jawapan Hakim itu. Memang tidak dapat dinafikan subjek-subjek tersebut amat sukar. Hakim yang memperoleh B itu memang dapat dikategorilan dalam kalangan pelajar yang genius.
Perbualan itu diakhiri dengan masing-masing mengucapkan tahniah sesama sendiri.
Siti tidak menyangka yang result Hakim sama dengan resultnya. Berbunga-bungalah hati si Cik Siti.
Dia tu memang "gila". Apa sahaja yang berkaitan Hakim dia jadi over excited.Walaupun beberapa bulan mereka semua menyepi namun Hakim tidak left group itu. Apabila mendapat keputusan UPU Siti mendapat tahu daripada mulut Hakim sendiri yang dia ditawarkan untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di sebuah universiti awam di Malaysia dalam bidang engineering.
"Jauh teyhh"
Itulah ungkapan yang dilafazkan Hakim setelah pertanyaannya dijawab oleh Siti. Hakim kelihatan agak terkejut apabila Siti memberitahu yang dia ditawarkan pengajian di politeknik Johor.
Jauh di sudut hati Siti dia agak kecewa. Mana tidaknya kalau dia melanjutkan pengajian di politeknik, peluang untuk dia menjadi pendidik agak tipis.
Selang beberapa hari kemudian, Siti dicadangkan oleh keluarganya untuk menolak tawaran di politeknik dan meneruskan pengajian di Tingkatan 6. Pada waktu itu, pelajar-pelajar lain telahpun memulakan sesi pembelajaran di Tingkatan 6 sekitar 2 minggu yang lalu.
Hati mana tidak gusar memikirkan nasib dan jalan cerita yang perlu dilalui kerana sebelum ini dia tidak pernah menanam minat terhadap Tingkatan 6. Siti bimbang seandainya dia tidak mampu mengukir kejayaan di Tingkatan 6. Bukan itu sahaja, persoalan-persoalan lain turut berlegar di fikirannya. Tapi begitulah adab kehidupan, apa yang kita impikan belum tentu menjadi kenyataan.
"Kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta-Nya"