Prolog

431 55 72
                                    

SEORANG budak lelaki berumur lingkungan 8 tahun sedang memanjat pokok rambutan yang tinggi kerana teringin melahap buah berbulu merah menyala itu.

Tiada sesiapa yang tahu perbuatan itu. Ibu dan adik perempuannya berada di dapur manakala ayah keluar membanting tulang empat kerat bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Si dia menjuntaikan kaki apabila punggung mencapai dahan kayu yang sedikit besar sebagai tempat melabuhkan punggung sementara mengutip buah rambutan.

Nasib baik tiada siapa dekat luar. Kalau tahu dek ibu, mesti dipulas telinga hingga merah. Sakit!

Dia ingin mencapai sebiji rambutan yang berwarna merah terang. Tiba-tiba terasa 'sesuatu' menggigit betisnya kerana dia memakai seluar pendek paras lutut.

"Arghhhhh!"

Gedebuk!

Si ibu yang lagi berada di dapur terkejut akibat jeritan nyaring seorang kanak-kanak dan kemudian bunyi pula sesuatu jatuh menghempas bumi. Kuat sungguh bunyi! Hujung kampung pun boleh dengar.

"Aduh, sakitnya." Budak lelaki itu menggosok belakang tubuhnya.

"Ya Allah! Astaghfirullah! Ashraf Farhan bin Fairuz! Apa kamu buat ni?!" Puan Ros bercekak pinggang di muka pintu dapur. Muka digarangkan sehabis baik.

Bukan buat-buat tapi yang real.

Gulp!

'Ha sudah. Mak singa dah datang. Mampus aku.' Getus hati Ashraf Farhan. Muka memang dah cuak habis. Nak lari memang tak bolehlah. Dengan sakit lagi macam ni.

Masakan di atas dapur dibiarkan. Budak bertuah ni memang nak kena!

Dia menyarungkan sepasang selipar dan menuju ke arah budak lelaki yang bernama Ashraf Farhan.

Tergesa-gesa dia berjalan menuju ke arah anaknya.

"Ya Allah! Ashraf kamu cuba nak ambil rambutan tu, ya?!"

"Mana adalah, ibu. Ashraf tiba-tiba je jatuh." Nafinya. Sudah terang lagikan bersuluh perbuatannya itu. Dah buat tak nak mengaku pulak.

Tubuhnya masih lagi terduduk di atas tanah. Tiada tanda-tanda untuk bangun.

"Ohhh, tiba-tiba jatuh, ya?" tanya si ibu lagi.

Ashraf Farhan menganggukkan kepala. Dengan penuh keyakinan.

"Kalau macam tu, lepas ni tak payah makan tengahari. Berlapar lah kamu kat sini sorang-sorang."

Sejurus berkata demikian, Puan Ros melangkah menuju ke dapur.

"Eh, eh ibu. Ya, ya Ashraf panjat pokok rambutan tu. Teringin nak makan." Kepala ditundukkan ke bawah.

Akhirnya keluar juga pengakuan yang benar lagikan jujur itu.

Tahu pun takut tak boleh makan.
Budak ni senang je.

Puan Ros kembali berpaling ke arah si anak.

"Ha tahu pun nak mengaku. Dah bangun." Tangan ibu disimpulkan ke dada. Garang sungguh!

"Tak nak angkat Ashraf ke?" Mata sengaja dibesarkan, minta simpati.

"Dah buat salah, bangun lah sendiri." Saja je menguji budak ni. Lelaki mana boleh lembik.

"Ibu, Ashraf sakit ni."

"Bangun." Mata Puan Ros dijengilkan.

Aihh seram Ashraf Farhan dibuatnya. Nak melawan pun memang tiada guna.

Kemudian, Ashraf Farhan cuba bangun dari duduknya. Cuba sedaya upaya dan... ya! Boleh!

"Ha tu dah boleh bangun."

"Mestilah boleh. Ashraf kan kuat." Kedua belah kening diangkat. Kena lah tunjuk hero depan ibu!

Padahal semasa Ashraf Farhan jatuh tadi, dia menghempas daun-daun kering yang telah dikumpulkan. Kiranya dia jatuh atas longgokan daun kering, bukannya atas tanah.

Tiba-tiba reseptor bau menangkap sesuatu bau yang aneh. Hidung digerakkan. Apesal hangit semacam je bau ni? Apa benda yang terbakar ni?

"Ermm, ibu. Bau apa ni? Macam hangit je."

"Ya Allah! Gulai atas dapur dah hangit!"

Kalut kalut Puan Ros berlari anak melangkah masuk ke dalam rumah. Habislah rentung gulai.

Matanya kini terarah pada pemandangan yang menghijau.

Kaki diorak ke arah pangkin yang berada di bawah pokok mempelam yang rendang.

Sengal masih lagi terasa. Padahal acah sakit je.

Kelihatan seorang budak perempuan terkedek-kedek datang ke arah tempat Ashraf Farhan beradu sambil membawa dua ekor patung beruang yang sederhana besar.

Erkk, takde lah besar sangat. Kecik je sebenarnya.

'Ni mesti nak ajak aku main dengan teddy bear dia tu.'

"Han." Panggil si kecil.

Budak ni memang tak reti nak hormat orang. Panggil aku guna nama. Dah lah nama belakang aku.

"Hmmm." Gumam Ashraf Farhan. Jelas sekali di pendengaran si budak perempuan.

Mata dihalakan ke arah sawah padi yang terbentang luas di hadapan mata. Sungguh menenangkan fikiran. Hijau yang amat tenang.

"Ibu suruh Han pergi beli gula sekilo dekat kedai depan tu." Jari telunjuk yang kecil itu dihalakan ke arah kedai runcit yang berdekatan dengan kediaman mereka.

Takde lah dekat sangat. Kena jalan jugak. Tapi sekejap je la. Dua tiga minit sampai lah.

Duit dihulurkan kepada Ashraf Farhan. Terus disambarnya wang itu.

"Dah, kau pergi masuk. Panas kat luar ni." Pesan dititipkan buat si adik. Bukan risau tapi nanti dia jugak kena soal lah apalah. Macam penjahat!

ASHRAF HANIWhere stories live. Discover now