TELEFON dilekapkan ke telinga. Seorang lelaki membuat panggilan kepada sahabat baiknya.
Tut... tut... tut...
"Hello, bro. Apa khabar?" tanya di pemanggil.
"Waalaikumussalam. Baik." Dengan selamba Ashraf Farhan menjawab yang berbunyi lebih kepada memerli.
"Amboi, Ash. Dah pandai perli aku ya? Assalamualaikum Ashraf Farhan."
"Ni baru orang Islam. Apalah kau, Megat. Aku dah jawab salam tadi. Jadi takyah jawab banyak kali."
Megat hanya mampu tersengih kerang walaupun tidak dapat dilihat oleh Ashraf Farhan.
Megat atau nama sebenarnya Megat Hakim Mikail. Bukan main panjang nama. Panggil Megat saja.
"Ha, kau pehal call aku tengah hari ni? Nak ajak aku lunch ke apa?"
"Kepala hotak kau lunch. Dah pukul 2.30 petang lah sengal."
"Hek eleh kau. Nak gurau pun tak boleh. Asal marah-marah ni? PMS eh?" Ashraf Farhan sudah ketawa terbahak-bahak. Seronok dapat kenakan rakannya itu. Lelaki PMS? Dahsyat betul.
Megat sudah membuat muka menyampah. Baru je call dah kena bahan.
"Okay, okay sorry. Ha, kenapa call aku ni?" Sekali lagi Ashraf Farhan bertanya. Dah dua kali diulang soalan sama. Bosan!
"Malam ni kau free tak? Dalam pukul 8 macam tu?"
"Erm, aku rasa aku free kut. Asal? Nak ajak aku dating ke?" Terjongket-jongket kedua belah kening Ashraf Farhan. Halah, saja nak membahan brother ni.
"Heh! Kau ingat aku gay ke apa?! Tak hingin lah aku nak ber-dating dengan kau." Tempelak Megat. Muka usah cakap. Geli geleman wehh!
"Betullah. Kau PMS ni. Kau ni pun, aku gurau sikit pun tak boleh." Buat kesekian kalinya, ketawa Ashraf Farhan pecah. Terhibur dapat naikkan darah anak berketurunan Megat.
Ketawanya masih lagi bersisa sehingga terkeluar air mata dibuatnya. Senak perut.
"Dah lah kau! Serabut betullah cakap dengan kau ni!" Megat acah-acah merajuk. Tak malu betul. Lelaki merajuk dengan lelaki. Macam gay saja.
"Tadi kata bukan gay. Tapi tu merajuk." Gelak sakan dibuatnya. Ketawa masih lagi tidak mahu reda.
"Dah, dah. Banyak cakap lah kau. Ni ha. Aku nak ajak kau pergi buat kerja sikit malam ni. Nak ikut tak?" Megat bertanya. Menghilangkan keadaan tidak matang seperti tadi.
"Kerja? Kerja apa kejadahnya malam-malam? Kau nak ajak aku merompak, eh?"
"Susah lah cakap dengan kau ni. Tak pernah serius." Megat bagaikan berputus asa bercakap dengan Ashraf Farhan. Mana taknya. Tak habis-habis asyik menjawab saja. Menyampah!
"Ya, ya. Rileks lah, bro. Jangan sentap sangat. Pasal kerja tu, kerja apa?"
"Kalau kau nak tahu kerja apa, malam ni kau siap hensem-hensem. Jumpa dekat satu tempat. Nanti aku whatsapp kau."
Pelik betul si Megat sorang ni. Ajak aku pergi buat kerja tapi tak nak bagitahu. Jangan kerja edar dadah sudah.
"Ha yelah. Aku pergi. Malam ni. Lepas maghrib aku turun."
"Ha, macam ni lah kawan aku. Dah lah, aku nak pergi turun check kilang. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Salam Megat dijawab.
Talian diputuskan. Telefon pintar milik Ashraf Farhan diletakkan di sisi fail yang bertimbun.
Ashraf Farhan menggeleng kecil sambil tersenyum sendiri. Lucu betul bila teringatkan Megat. Selalu kena bahan dengan aku.
YOU ARE READING
ASHRAF HANI
Teen FictionPertemuan kembali setelah 10 tahun berlalu sangat menggembirakan hati seorang Iman Hani. Tidak sangka bahawa hanya kerana seekor arnab dia akan bertemu dengan abang angkatnya, Ashraf Farhan. Tetapi, perkara yang paling menyedihkan apabila Ashraf Fa...