IMAN Hani duduk termenung di atas simen tanpa berlapikkan sebarang material. Pandangan dihalakan ke arah menara KLCC nun jauh disana.
Pemikirannya menerawang ke alam satu lagi.
‘Aku dah jumpa dia ke?’
‘Kenapa muka dia hampir sama?’
Iman Hani masih mengingati peristiwa tengahari tadi dimana dia bertentangan mata dengan seorang jejaka. Jejaka itu persis lelaki yang pernah wujud dalam kehidupannya 10 tahun sebelum ini. Sewaktu dia berusia 12 tahun.
Tidak semena-mena kisah silam 10 tahun yang berlalu bermain di kotak fikiran.
“Ibu! Tengok Han ni. Dia tolak Hani.” Iman Hani meminta simpati daripada seorang ibu. Mata dibulatkan. Air mata dikeluarkan. Dia memeluk ibunya, Puan Ros dari sisi yang lagi berada di ruang tamu, menonton TV sambil melipat kain. Bibir sengaja dicebikkan.
Puan Ros memandang anak daranya dengan ekor mata.
‘Ishh! Budak-budak ni kalau tak gaduh memang tak sah.’
Pening kepala Puan Ros dibuatnya. Dipicit-picit pelipis. Aduihh pusing nih.
Puan Ros mengeluh perlahan.
Dengan segala kuasa yang ada, Puan Ros memanggil anak terunanya.
“Ashraf Farhan bin Fairuz! Datang sini!”
Iman Hani yang berada di sisi Puan Ros menggosok telinga akibat penangan suara ibunya.
‘Haih, nasib baik tak rosak telinga aku. Kang ada yang pekak satgi.’ rungutnya dalam hati. Gila apa woi nak cakap kuat-kuat. Kang kena dengan mak singa kat tepi ni.
Ashraf Farhan yang berada di belakang rumah terkejut dek suara Puan Ros yang lantang bagaikan petir.
“Ish! Ni mesti budak tu report. Suka sangat bagitahu dekat ibu.”
Kaki tetap menuju ke arah suara tadi. Kaki dihentakkan ke atas tanah. ‘Tunggu kau budak!’
Perangai macam budak-budak walaupun sudah berumur 15 tahun.
Tiba sahaja di muka pintu utama, telinganya ditarik oleh sang ibu.
“Aduh, aduh! Ibu sakit.” Rintihnya.
“Aaaaa! Ibu sakit!” Telinga Iman Hani pula ditarik.
Kedua-dua belah tangan Puan Ros memegang telinga anak-anaknya.
“Tahu pun sakit. Ibu nak korang mintak maaf sekarang.” Puan Ros melepaskan telinga anak-anak itu. Boleh tercabut telinga gamaknya.
“Cepat. Ibu nak dengar. Kalau tak nanti ibu tarik sampai putus.” Muka Puan Ros jangan cakaplah. Memang garang habis. Dengan mata yang sengaja diluaskan macam tu. Tangan tu pulak dah acah-acah nak tarik telinga balik.
Oiii tak nak wehh! Sakit!
“Okey, okey kitorang berbaik.” Serentak mereka berkata.
Tangan Iman Hani mengisyaratkan supaya ibunya berhenti berbuat demikian.
Mata bertentang mata. Dua pasang mata saling memanah antara satu sama lain. Sama tajam!
Jelas terpancar api kemarahan buat kedua-dua nya.
Mata helang milik Ashraf Farhan menikam anak mata Iman Hani seperti ada satu mesej yang disampaikan, ‘Kau memang nak kena dengan aku budak kecik. Takpe kau tunggulah. Aku akan buat kau merana.’
YOU ARE READING
ASHRAF HANI
Teen FictionPertemuan kembali setelah 10 tahun berlalu sangat menggembirakan hati seorang Iman Hani. Tidak sangka bahawa hanya kerana seekor arnab dia akan bertemu dengan abang angkatnya, Ashraf Farhan. Tetapi, perkara yang paling menyedihkan apabila Ashraf Fa...