JUS epal di dalam gelas yang tinggi disedut. Rasanya manis kerana ais di dalamnya masih belum cair. Notifikasi daripada telefon menyentakkan Megat daripada terus menikmati air itu.
Telefon dicapai lalu dia melihat mesej yang diterima. Tiada sesiapa yang mesej kecuali ayat Umobile yang sentap.
'Jangan risau jika anda kehabisan internet. Anda boleh mulakan hari anda untuk beramal.'
Ayat Umobile selalu menang. Tak pernah tak win. Selain Twitter, dia lah peneman ayat power bersama manusia yang mudah sentap tapi tidak pernah cuba untuk berubah.
Satu rasa menyinggah iaitu,
Sendu.
Single.
Seorang.
Hmm.
Tidak lama kemudian, ada seseorang yang duduk berhadapan dengannya tanpa memberi kata alu-aluan. Megat memandang orang itu dengan tajam.
Amboi dia ni, terjah macam tu je?
"Sorry, bro. Aku ada kerja tadi." Kata Haikal lalu air Megat disedut tanpa rasa segan silu.
Watdehek?! Kau rampas air aku!
Haikal menghabiskan jus itu sehingga tinggal separuh. Dahaga!
"Kau datang dari mana?" tanya Megat. Dia memandang Haikal yang seperti bernafas tidak cukup oksigen. Muka merah, dahi pula berpeluh. Baru habis marathon ke, bro?
"Aku pergi kejar orang jahat tadi, dia cuba nak rompak aku."
Muka tidak percaya Megat tayangkan. Ada ke macam tu? Cuba rompak mamat sekeping ni?
"Kau kalau nak kelentong aku biarlah cerdik sikit. Kau ingat aku percaya?" Selamba sahaja Megat membalas. Tangan diangkat untuk memanggil pelayan.
"Bagi capp..."
"Bagi mocha dengan burger chop and don't forget my garlic bread with mushroom soup." Belum sempat Megat mahu memesan, Haikal sudah memintas. Cepat sahaja ordernya ditulis oleh pelayan itu.
"Ada apa-apa lagi, Encik?"
"Dah takde. Awak boleh pergi." Haikal tersengih kerang kepada pelayan wanita itu. Dia juga membalas senyuman itu.
Dasar Haikal miang.
Megat dari tadi lagi mencerlung tajam kepada Haikal sehingga dia merengus kasar. Mata Haikal yang menghantar pemergian wanita itu masih lagi tidak perasan akan pandangan Megat.
Sejurus sahaja dia berpaling ke hadapan semula, dia terkejut beruk. Badannya terundur ke belakang sedikit akibat terkejut melihat mata Megat yang tajam. Tajam seperti pedang.
"Kau tak sakit mata ke pandang aku macam tu? Dah jangan nak pandang sangat. Nanti orang fikir yang bukan-bukan." Haikal melilaukan matanya ke sekeliling, melihat jika ada yang memandang mereka.
Fuhh, nasib baik hanya beberapa orang sahaja yang ada ketika ini.
Kalau ada ramai orang perempuan, mesti dia fikir bukan-bukan.
"Megat." Dia memanggil Megat yang sedang ralit menatap telefon. Seruan hanya dibalas dengan suara Megat yang mahu tidak mahu keluar.
"Kau ada jumpa Ash tak?"
Jari Megat masih lincah menari pada skrin telefon. Soalan yang diajukan tidak dibalas.
"Weh Megat, dengar lah sini." Sekali lagi Haikal cuba memancing perhatian Megat.
YOU ARE READING
ASHRAF HANI
Teen FictionPertemuan kembali setelah 10 tahun berlalu sangat menggembirakan hati seorang Iman Hani. Tidak sangka bahawa hanya kerana seekor arnab dia akan bertemu dengan abang angkatnya, Ashraf Farhan. Tetapi, perkara yang paling menyedihkan apabila Ashraf Fa...