Bab 15

151 25 2
                                    

"Cik?"

Seseorang tiba-tiba sahaja menegur Iman Hani yang hampir beredar dari pantai itu. Apa yang dia dapat lihat ialah manusia di hadapannya ialah lelaki.

Iman Hani memandang ke sekeliling kawasan itu dan sudah pastinya lelaki ini memanggilnya.

"Encik panggil saya ke?" soal Iman Hani sambil menghalakan jari telunjuk ke dada.

"Ya, saya nak tanya cik pasal kawasan ni. Cik pernah nampak tak rumah ni?" Lelaki tersebut menunjukkan sebuah foto rumah yang agak besar yang terdapat di dalam telefon kepada Iman Hani.

Gadis itu memerhati terlebih dahulu. Dahinya berkerut untuk mengingati tempat itu. Rasa macam pernah nampak tapi lupa.

'Ingat Hani, dekat mana tempat tu.' omelnya di dalam hati.

Agak lama dia berfikir sehingga orang dihadapan memetik jari. Tersentak Iman Hani dibuatnya.

"Tempat ni tak silap saya, Encik pergi ke kiri dan nampak simpang tiga. Lepastu, Encik belok kanan." Jelas sahaja penerangan Iman Hani sehingga terangguk-angguk kepala lelaki itu, cuba menghadam setiap butir kata gadis ini.

"Okey, saya dah dapat. Terima kasih, cik sebab tolong saya." Katanya lalu tersenyum nipis. Telefon disimpan di dalam poket.

"Sama-sama."

Lelaki asing tersebut meminta diri apabila dia dapat apa yang dimahukan. Tapi, sempat dia memberitahu namanya kepada Iman Hani iaitu Aiman.

Dengar sahaja nama itu seperti seorang yang baik hati, sama juga dengan raut wajahnya. Iman Hani juga memperkenalkan diri apabila Aiman mahu mengetahui nama disebalik seorang gadis yang membantunya.

Iman Hani menghantar pemergian Aiman buat seketika. Dia tidak betah lagi mahu tinggal di situ lama-lama. Jika tidak, pasti kenangan waktu dahulu menguasai kembali ke dalam minda.

Dia berlalu pergi ke jalan raya yang tidak sibuk dengan orang ramai. Mahu pulang ke 'rumah' sebelum perasaan sakit datang menjengah. Dengan langkah yang masih lagi bertenaga, dia tidak lagi memandang ke belakang. Biarkan segala perkara ditinggalkan.

Aiman memegang stereng kereta dengan sebelah tangan. Mata dari tadi lagi tertancap pada figura gadis tadi. Senyuman misteri terbit di bibirnya.

Dia membuat panggilan kepada seseorang sebelum diangkat.

"Dah selesai." 

"Bagus, terus perhatian dia." Jawab pemanggil di sebelah sana, datar sahaja suaranya.

Sejurus itu, panggilan dimatikan serta-merta. Aiman memulas stereng kereta untuk pergi ke suatu tempat. Tempat 'tadi' mungkin?

**********

Perut yang minta diisi sejak tadi lagi ikut menyanyi lagu yang dipasang pada radio. Lapar sungguh wahai perut. Sabar, nanti tuan kau cari makanan.

Ashraf Farhan meredah segala kesesakan lalu lintas. Tapi, lampu jalan tak redah eh. Nanti kena saman.

Sudahlah hari ini kedua ibu bapa Ashraf Farhan tiada di rumah kerana menghadiri majlis pertunangan rakan mereka. Cakap pasal tunang, teringat dekat bakal tunang. Ahaks! Takde pun.

Okey, serius sendu.

Kereta dipandu menuju ke sebuah restoran makanan kegemarannya. Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sana.

Apabila tiba di situ, dia terus menerobos masuk dan membuat pesanan. Cukup-cukup untuk makan seorang. Ke ada yang nak join Ashraf Farhan makan? Nak teman?

Buat seketika, telefon berdering minta diangkat. Dia melihat terlebih dahulu siapa yang memanggil. Risau jika scammer atau sesiapa yang tidak dikenali.

ASHRAF HANIWhere stories live. Discover now