JASAD itu statik duduk bersandar pada tiang. Pagi sudah bertukar siang. Cuaca yang panas terik mula terasa.
Dia menghalakan pandangan ke arah air sungai keruh berwarna kuning pekat. Tiada yang menarik di situ. Namun, fikiran hanya tertumpu kepada nasibnya dan Aira sebentar sebelum terfikir akan perkara lain.
Keluhan berat dilepaskan. Kepala didongakkan ke dada langit yang cerah, awan putih yang sangat cantik. Tenang.
Dia tersenyum sendiri. Mengingati kisah yang terlakar sebentar tadi. Betapa indahnya jika masa boleh diberhentikan buat seketika.
Iman Hani mengangkat punggung dari duduknya. Ditepuk sedikit belakang seluar bagi menghilangkan debu.
"Hmm, agak-agak Aira ada bawak balik makanan tak?" Dia berfikir sejenak. Jari telunjuk diketuk pada dagu, berfikir.
"Lepas ni dah nak masuk waktu zohor. Aira balik selepas zohor. Dah lah aku lapar ni." Iman Hani menyentuh perutnya yang dari tadi berdendang sayang.
"Takkanlah aku nak guna duit tadi?"
Mata dikerling ke arah beg yang dibawa bersama. Disitulah tempat dia menyimpan segala harta mak nenek. Daripada benda yang penting dan juga tidak penting.
"Biarlah. Mana tahu nanti ada kecemasan ke apa ke, boleh guna. Kan?" bicaranya sendiri.
Tanpa pengetahuan Iman Hani, ada seorang lelaki sedang memerhati ke arahnya. Terlakar senyuman sinis di bibir lelaki itu.
'Kat sini rupanya anak perempuan tu.' Fikiran si lelaki sudah terbayangkan banyak perkara. Dia terus beredar dari situ. Tidak mahu orang lain perasan akan kehadirannya di sini.
**********
Tan Sri Ahmad membelek gajet pintar besar itu, membaca akhbar online. Dia dan akhbar berpisah tiada!
Tiba-tiba mata tua itu tertancap pada satu tajuk yang sangat mendebarkan hati. Membulat matanya.
'LELAKI DIROGOL OLEH SEORANG JANDA'
Beristighfar panjang Tan Sri Ahmad. Mana tak terkejutnya. Janda rogol anak orang? Zaman sekarang memang pelik. Macam mana lah perkara sebegitu boleh terjadi.
Tan Sri Ahmad terus menutup iPad yang dipegang tadi dan diletakkan di atas meja berhadapan dengannya.
Tak sanggup lagi orang tua itu untuk membaca artikel seterusnya. Biarlah. Esok boleh baca lagi.
Kaca mata yang elok terletak di pangkal hidung diambil lalu diletakkan di atas meja yang sama.
Tubuh disandarkan pada kerusi. Nafas dihela berat. Pandangan tertumpu pada seekor arnab putih kesayangan anak terunanya.
"Aik, tadi kata hilang. Dah jumpa dah?" gumamnya perlahan. Buat apa nak cakap kuat-kuat, bukan ada orang dengar pun. Diri sendiri jugak yang dengarnya.
"Abang termenung apa tu?" Terdengar suara lunak menyapa gegendang telinga Tan Sri Ahmad. Dia langsung tidak berpaling ke arah suara tadi. Dah tahu siapa.
Puan Sri Rina datang ke arah suaminya sambil menatang dulang yang berisikan minum petang. Kemudian, dulang tersebut di bentangkan di atas meja.
Air teh yang masih berasap dituang ke dalam cawan, untuk suami dan diri sendiri.
Punggung dilabuhkan berhadapan dengan si suami. Dipandang air muka Tan Sri Ahmad.
"Kenapa awak tengok abang macam tu?" Pelik betul isteri dia seorang ni. Asyik tenung muka suami sendiri. Tahulah handsome.
Angkat bakul sendiri kejap. HAHA.
YOU ARE READING
ASHRAF HANI
Teen FictionPertemuan kembali setelah 10 tahun berlalu sangat menggembirakan hati seorang Iman Hani. Tidak sangka bahawa hanya kerana seekor arnab dia akan bertemu dengan abang angkatnya, Ashraf Farhan. Tetapi, perkara yang paling menyedihkan apabila Ashraf Fa...