Bab 3

27 3 0
                                    

Perlawanan bola sepak antara sekolah-sekolah berasrama di negeri Johor ini telah pun berlangsung selama empat hari. Termasuk hari ini merupakan hari terakhir perlawanan bola sepak itu. Tersenyum puas aku. Tiadalah lagi aksi-aksi gedik yang dipamerkan pelajar-pelajar perempuan sekolah aku untuk menarik perhatian pemain-pemain bola sepak tersebut. Bisik hati kecilku.

Tidak terlepas juga dengan rakan-rakan aku Ainna dan Syahirah yang asyik merungut mahu melihat perlawanan bola sepak tersebut. Manakan tak kempunan si Ainna dengan Syahirah tu, balik sahaja dari kelas pukul 4.00 petang, tiada lagi perlawanan bola sepak yang berlangsung. Semuanya disambung pada keesokkan harinya. Manalah tak merungut kawan-kawan aku. Niat di hati nak mengusyar abang-abang bola tapi tidak kesampaian.

"Hari ni kalau ada kelas lagi sampai pukul 4 petang, aku nak ponteng kelas." Protes Ainna. Tangannya memeluk tubuh. Mukanya jelas menunjukkan riak tidak berpuas hati.

"Ha ponteng lah. Aku tulis nama kau dalam buku kesalahan disiplin ni." Kataku sambil melayang-layangkan buku rekod kesalahan disiplin yang berwarna unggu muda dihadapan Ainna. Ainna mencebik. Sekali sekala nak ponteng kelas pun tak boleh. Merajuk lah macam ni. Protes Ainna didalam hati.

"Kau ni biarlah aku nak usyar-usyar pemain bola tu. Dah lama ni aku membujang. Takkan nak tunggu putera kayangan turun datang meminang aku pula. Lambat lagi tu. Kata Ainna yang masih lagi mempertahankan kata-katanya.

"Kau ni cita rasa nak tinggi. Nak putera kayangan lah, putera katak la. Balas Syahirah sambil mencekak pinggang.

Ainna mencebik. Aku, Syahirah dan Azmirul ketawa terkekeh-kekeh melihat muka Ainna yang mencebik itu. Ei.. Semua nak menang. Mencik la macam ni. Gerutu hati Ainna.

"Sudah lah, tu Cikgu Aliyah sudah sampai tu. Bye, aku pergi meja aku dulu." Kata Azmirul sambil memuncungkan bibirnya ke arah Cikgu Aliyah yang  berjalan menghampiri masuk ke dalam kelas kami.

"Baik kelas. Kamu dibenarkan pulang." Kata Cikgu Aliyah yang memeranjatkan kami sekelas. Aku memandang ke arah jam dinding di hadapan kelas. Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Aik, apa pasal cikgu ni lepaskan kelas balik awal? Bukankah kelas hari ini sehingga jam 4 petang? Soalku sendiri didalam hati.

"Pengetua mengizinkan kamu semua untuk pulang lebih awal daripada biasa. Ini kerana petang ni akan berlangsungnya perlawanan akhir antara sekolah kita dan juga sekolah berasrama lelaki." Terang Cikgu Aliyah yang seakan-akan faham apa yang bermain dikotak fikiran anak-anak muridnya.

"Jadi pengetua benarkan kamu untuk menyaksikan perlawanan bola sepak itu petang ini." Kata Cikgu Aliyah lagi. Kedengaran kelas mula riuh dengan suara-suara pelajar yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut. Ada yang menjerit, ada yang tergedik-gedik. Menyampah gila aku! Teriak ku didalam hati.

Aku memang dah tolak awal-awal nak pergi tonton perlawanan bola sepak itu. Buang masa sahaja. Baik aku balik asrama, tidur. Lagi syok! Gerutu hati aku.

Aku mengemas barang-barang yang berselerak di atas meja begitu juga rakan-rakan ku yang lain. Kelihatan juga Cikgu Aliyah melangkah keluar dari kelas 5 Perakaunan 1. Kelihatan juga segelintir pelajar keluar daripada kelas setelah Cikgu Aliyah beredar keluar daripada kelas aku. Malah, ada yang lebih cepat keluar berbanding cikgu. Sibuk dengan bola dia orang lah tu. Cemuh ku didalam hati.

"Wei Mira! Cepatlah sikit kemas beg tu. Aku nak tengok bola ni. Serentak Ainna dan Syahirah berkata. Cepatnya kemas beg. Nak pergi tengok bola je bukannya pergi berperang! Gerutuku didalam hati.

"Kau pergi je dulu. Nanti aku follow. Lagipun korang aja lah yang pergi tengok bola tu. Aku nak balik asrama puteri terus. Nak siapkan homework yang berlambak ni. Balas aku tanpa memandang mereka. Tanganku ligat memasukkan peralatan sekolah didalam beg sandang aku.

Cinta Yang Ku InginkanWhere stories live. Discover now