Bab 15

28 1 0
                                    

HAMPIR 80 peratus lagi persiapan untuk sambutan hari guru diadakan. Dewan pun sudah dihiasi dengan bertemakan flora pada tahun ini. Pinti gerbang yang dihiasi dengan pelbagai jenis bungaan tampak cantik dan menyerikan lagi dewan yang sudah tersegam indah. Ini semua hasil bantuan daripada semua pelajar sekolah ini dengan sanggup mempelawa diri untuk menaja sebahagian daripada perhiasan dewan dan juga hadiah-hadiah yang bakal diberi kepada guru-guru sekolah ini.

Latihan persembahan juga telah diadakan selama 2 minggu berturut-turut sebelum berlangsungnya majlis tersebut. Penglibatan pelajar dalam acara persembahan juga diterima baik oleh pelajar. Ramai pelajar yang sudah bersedia dari awal tahun lagi untuk membuat persembahan sambutan hari guru ini. Sememangnya inilah semangat yang diperlukan dalam diri setiap pelajar sekolah demi membalas jasa dan pengorbanan setiap guru yang mengajar pelajar tanpa mengenal erti jemu dan lelah. Sungguhnya guru merupakan insan yang murni dan patut dihormati tanpa mengira bangsa dan agama. Tanpa mereka, siapalah kami disini.

"Mira, Mira." Panggil seseorang mematikan lamunan aku daripada melihat sekumpulan pelajar yang masih menampalkan bunga di atas dewan. Aku menoleh ke kiri dan melihat Faiz sudah berada disisi bersama Azmirul.

"Budak piano yang kau cakap tu, dia datang tak lusa? Selama kita berlatih ni, dia tak pernah pun muncul." Kata Azmirul sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar sekolahnya.

"Dia akan datang dan pasti kau akan terkejut." Kataku seraya tersengih menampakkan gigi putih. Hanya Syahirah dan Ainna sahaja yang tahu aku akan bermain piano semasa persembahan hari guru tersebut. Saja nak buat suprise dekat Az. Hihi.

"Dia tahu kan koir kita bawa lagu  Terima kasih cikgu, Guruku tersayang dengan Biar ku menjadi lilin?" Tanya Faiz sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin yang agak kuat daripada kipas angin.

"Dia tahu. Korang tak payah risau." Kataku yakin. Mereka menganggukkan kepala tanda mengerti.

"Dah jumpa pengawas yang akan berdiri sepanjang red carpet?" Tanyaku tanpa memandang ke arah mereka. Mataku tertumpu disalah satu sudut didewan dimana ada pelajar yang sedang berlatih persembahan mereka.

"Sudah. Tapi pukul 12 tengah hari kejap lagi. Ada pertemuan akhir dengan mereka yang terlibat untuk mengiringi guru disepanjang red carpet ni." Terang Faiz membuatkan aku menganggukkan kepala tanda mengerti.

"Budak yang iring cikgu tu nak pakai baju apa? Baju pengawas macam hari-hari biasa atau baju pengawas semasa hari ahad?" Tanya Azmirul sambil membetulkan cermin matanya yang melorot sehingga ke hidung.

"Baju pengawas semasa hari ahad. Baru segak sikit. Cuma ajk tertinggi sahaja akan pakai vest penuh milik sekolah punya." Kata Faiz membuatkan Azmirul mengangguk mengerti.

"Baju untuk koir?" Tanyaku sambil memandang ke arah mereka. Kaki mulai lengguh. Aku mengambil keputusan untuk duduk bersila di lantai dewan. Mereka mengekori perbuatan aku.

"Baju untuk koir pula lepas aku dah berbincang dengan semua ahli koir mereka setuju nak pakai baju kemeja berwarna maroon dan berseluar hitam. Pelajar perempuan pula sama saja berkemeja maroon, berkain hitam dan bertudung warna old rose. Itu pun sebab ramai yang ada warna tudung tu." Terang Azmirul membuatkan aku menganggukkan kepala beberapa kali tanda mengerti.

"Bila nak tukar bajunya kalau pengawas? Sebab kan ada yang pengawas dalam kumpulan koir tu." Tanya ku mendapat kepastian.

"Masa ucapan pengetua. Pengawas yang join koir boleh tukar baju dulu. Cuma aku je lambat sikit tukar baju sebab aku nak kena bagi ucapan. Pelajar lain dah pakai baju koir siap-siap dari pagi." Terang Faiz. Aku membulatkan mulut. "Oh..macam tu."

"Kau tak masuk pula koir ni? Haritu bukan main beria ajak buat koir, last-last kau tak masuk pula." Tanya Faiz yang berbaur perli. Aku tersenyum nipis. "Aku ada hal lain. Itu tak dapat masuk. Halah, kan aku dah carikan budak piano tu." Kataku tak nak kalah.

Cinta Yang Ku InginkanWhere stories live. Discover now