Bab 5

28 2 0
                                    

Kepala ku di urut perlahan lalu disembamkan  diatas meja. Mana taknya, dari hari ahad hari tu, kelas tambahan yang tidak putus-putus, disambung pula kelas tambahan pada waktu cuti mingguan, dengan study group bersama-sama kawan-kawan aku dan geng hot students  membuatkan otak ku penuh dengan segala ilmu. Bagaikan nak pecah otak sebab stress sangat. Walaupun ini baru sahaja peperiksaan awal tahun, namun pelajar-pelajar menunjukkan kesungguhan mereka dalam mengulang kaji pelajaran. Begitu juga dengan guru-guru yang membantu pelajar yang lemah dalam beberapa subjek yang digelar  'killer subject'  seperti Addmath. Addmath merupakan satu-satunya subjek yang paling aku tak suka. Satu habuk pun tak masuk kepala masa belajar. Itulah orang lain fokus time belajar, aku buat apa, beranganlah, main cuit-cuit dengan Ainna dan Syahirah. Aduh menyesalnya ku. Rungut hati aku.

"Kau okay? Kenapa tak turun rehat?" Tanya seseorang yang berada dihadapan aku. Aku mengangkat wajah yang ku sembamkan tadi menghadapnya. Kelihatan Firdaus yang berada dihadapan aku sambil membawa satu bungkusan makanan.

"Aku okay je. Cuma stress sikit la study."Balas ku dengan nada mengeluh. Firdaus yang mulanya berdiri dihadapan aku, mengambil tempat disebelah aku. Eh aku tak pelawa duduk, dia dah duduk dulu pula. Omel hati aku.

"Biasa lah. Nama pun student. Memang akan selalu tertekan dengan tekanan belajar semua. Nanti bende ini yang kau akan ingat bila kau dah dapat result SPM nanti. Kalau result kau gempak, kau mesti rasa semua pengorbanan yang kau lakukan selama ini berbaloi. Jadi jangan merungut. Setahun aja lagi kita belajar disekolah ni. Lepas ni dah tak ada lagi aku nak duduk sebelah kau ni."Kata Firdaus. Kata-katanya agak menyedarkan aku bahawa kami merupakan pelajar senior dan tahun ini merupakan tahun terakhir aku memegang title sebagai seorang pelajar sekolah. Benar kata Firdaus. Semua penat lelah belajar ini akan jadi sesuatu yang indah apabila sudah ada result SPM nanti. Semua pengorbanan ini akan menjadi sesuatu kenangan yang berharga apabila kita sudah besar kelak.

"Betul cakap kau. Ini tahun last kita sebagai student sekolah. Entah dapat lagi ke tidak aku nak merasa pengalaman ni lagi dengan kawan-kawan aku disisi." Kataku sambil tersenyum kepada Firdaus yang duduk disebelah aku. Kalau aku fikirkan yang tahun ini aku bakal meninggalkan alam persekolahan, laju sahaja air mata gugur dipipi.  Aku masih belum bersedia untuk berpisah dengan kawan-kawan aku. Serta merta perasaan sebak dan hiba menyelubungi perasaan aku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya mencari kekuatan agar tidak gugur mutiara jernih ini dihadapan Firdaus.

"Lagi satu aku nak tanya something ni, boleh?" Tanya Firdaus yang membuatkan aku memandang ke arah wajahnya. Wajah tampannya tanpa sebarang cacat cela. Bak kata orang english flawless gitu! Aku mengangguk perlahan tanda membenarkan Firdaus untuk bertanyakan soalan kepada aku.

"Kau okay? Sejak dari dua minggu lepas aku tengok kau diam saja. Geng-geng hot students pun cakap kau diam saja. Cakap bila perlu saja. Kau ada problem? Wanna share with your friend?" Kata Firdaus sambil matanya merenung tepat ke arah mata ku yang melihatnya. Aku terpanah. Matanya yang berwarna coklat muda itu ku tenung bagaikan terpaku. Astaghfirullahalazim Mira, dah kenapa kau pergi tenung anak teruna orang. Desis hati menghentikan lamunan ku. Aku berdeham menghilangkan rasa gemuruh.

"Aku okay je. Cuma aku kurang sihat sikit lately ni. Minggu lepas aja sudah demam. Ni baru je baik daripada demam." Bohong ku. Aku tak mahu memikirkan kembali perkara yang menimpa aku dua minggu yang lepas. Biarlah hanya orang-orang yang aku percayai sahaja yang mengetahui cerita hitam tersebut. Firdaus menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

" Ouh begitu. Aku ingatkan kau ada masalah. Kalau kau ada masalah, jangan segan cerita dengan aku tau.Aku akan selalu disamping kau even kau susah macam mana sekali pun." Kata Firdaus seraya aku mengangguk mengerti sambil melemparkan senyuman kepada Firdaus.

"Nah ambil lah ni. Aku belikan untuk kau tadi. Makan tau." Kata Firdaus sambil tangannya menghulurkan aku sebungkus roti berperisa strawberi yang merupakan kegemaran aku. Aku tersenyum lalu mengambil roti yang dihulurkan oleh Firdaus. Macam tahu-tahu aja yang aku tengah lapar.Baik sungguh hati pemuda dihadapannya. Sudah lah baik, kacak pula. Puji ku didalam hati.Eeh melebih-lebih pula hati aku ni. Omel ku.

Cinta Yang Ku InginkanWhere stories live. Discover now